Chereads / my teacher my obsession husband / Chapter 1 - Bab1: Tunang

my teacher my obsession husband

🇲🇾Ad_wawa
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 10.3k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Bab1: Tunang

Anna adalah pelajar tingkatan 6 atas,tinggal sehari untuk dia tinggal di asrama. Sebelum tidur,Anna biasanya akan menulis diarinya, Anna menulis," Esok adalah hari terakhirku bersekolah dan hari terakhirku menjadi seorang anak di bawah tanggungjawab ibu dan abah. 'Ibu dan abah lepas ni An dah jadi isteri orang,An tak tahu pun siapa bakal suami An.Tapi An harap dia dapat terima segala kekurangan dan kelemahan An,Sebab An ni bukan seorang perempuan yang sempurna, An tetap manusia yang selalu membuat kesalahan dan kesilapan namun An harus kuat untuk semua ini. Insyaallah An dapat jaga bakal suami An dengan baik,An harap An dapat jaga dan cintakan dia seperti zulkarnain". Semasa Anna menulis dia tidak sedar jam telah menunjukkan tengah malam dan akhirnya Anna tertidur.

Pada keesokan paginya Anna bangun pada jam 3.30 pagi Anna kelam-kabut mengemas semua barang-barangnya untuk balik ke rumah. Anna berkata dalam hati" Akhirnya dah boleh balik rumah dah tak payah duduk asrama bastnya." dengan perasaan gembira Anna mengamas semuanya, dan pda akhirnya Anna turun ke bilik air dan mandi dengan perasaan gembira. Ramai orang sedang mengemas barang mereka masing-masing di form masing-masing dengan bahagia.Selesai saja Anna mandi dia terus memakai baju dan bersiap-siap untuk turun kebawah dengan mengangkat semua barangnya-barangnya ke bilik televisyen pada berdekatan dengan P-G1. Selepas selesai mengadakan barang, Anna pergi ke dewan makan dan bersarapan di sana bersama-sama rakan sedormnya. Selesai saja sarapan pagi, dia terus pergi ke kelasnya . Sembil menunggu kawan-kawannya sampai ke kelas, Anna menghantar mesej kepada ibunya bahawa dia akan balik pada hari itu.

Anna menjalani hari itu dengan sangat gembira sebagai hari terakhir persekolahan yang amat berharga dan bergambar bersama guru dan rakan-rakan. Setelah habis waktu persekolahan Anna menelefon ibu dan waktu ibunya mengambil dari sekolah.

"Assalamualaikum ibu, ibu dimana?"

"Waalaikumsalam An, ibu masih kat rumah. Nanti dalam jam 12:30 ibu atau tunang An ambik."

"Siapa ibu....tunang?"

"Ya, tunang An."

"ibu bergurau kan....tak kan tunang An ambik?"

" Betullah, takkan ibu bergurau....kamu ok tak?"

"Ok ibu....An ok"

"Ok kalau macam tu ibu suruh tunang An ambik."

"ammm... ok ibu"

"ok.....bye"

Ibu Anna menamatkan perbualan dan mematikan panggilan dengan Anna. Anna masih lagi tidak percaya dengan apa yang baru ibunya katakan dan menyebut perkataan 'tunang' berulang kali. Sehingga sahabatnya Anis bertanya " kenapa kau sebut tunang berulang kali,kau dah bertunang ka?" Anna menjawab "eh, tak la. sepupu aku bertunang." Anis menjawab "oooo,ingat kau bertunang." Anna berdalih " eh,tak lah kalau aku kahwin atau tunang kau orang pertama aku bagi kat jemputan." Anis ketawa kecil " hahahah, kau jangan lupa jemput tau kalau kau tak jemput aku merajuk dengan kau." Anna menjawab " alla comel kawan aku sorang ni. jangan lah merajuk. Nah" Anna berikan sekeping sampul surat. Anis bertanya"Apa ni?" Anna menjawab "kau buka lah." Anis membuka sampul tersebut dan berkata "kau serius lah?" Anna menjawab "yalah, takkan aku nak bergurau benda serius macam ni" Anis memeluk Anna dan berkata " tahniah An, aku sayang kau. love you. I hope you happy dengan tunang kau."

" thank you, Anis i love you too, jangan lupa datang esok."

"Ok, tapi kenapa nama tunang kau macam kenal, macam nama cikgu Aryan. Sebab nama penuh cikgu Aryan ialah Tengku Aryan Asyraf dan nama tunang kau pun sama."

" Mungkin nama je sama tapi orang lain-lain sebab kan kebanyakan orang suka nama Aryan Asyraf sebab maksud dia baik."

" Ya, betul cakap kau sebab mengkin sama nama ja orang lain-lain."

Secara tiba-tiba tiba cikgu Aryan datang dan berkata "eh, kenapa kamu sebut nama saya?" Anis berkata "Tak lah cikgu nama tunang Anna ni lebih kurang nama cikgu." Anna menutup mulut Anis "Kau ni malu aku. Cikgu jemput lah datang perkahwinan saya esok." Anna memberi sebuah sampul surat " nah cikgu." cikgu Aryan berkata " terima kasih, tapi awak dah pernah cumpa tunang awak ke."

" tak pernah cikgu, kenapa cikgu kenal ke?"

"Oh, tak lah tapi saya tahu siapa tunang awak awak tengoklah siapa yang ambil awak balik nanti."

" macam mana cikgu tahu tunang saya ambik?"

" Ya lah,saya tahu sebab tunang awak......"