"Ye lah,saya tahu sebab tunang awak ialah.." Cikgu Aryan tersenyum malu lalu menamatkan kata-katanya dan berlalu pergi.
Anna dan Anis terkedu dan tertanya-tanya bagaimana cikgu Aryan boleh mengetahui Anna telah bertunang dengan seseorang.
" macamana cikgu Aryan tahu Ann ?"
" aku pun tak tahu... mungkin dia kenal tunang aku kot."
" mungkinlah, aku rasa semacam je cikgu Aryan ni. Mungkin dia tunang kau lah Ann ?"
" Tak mungkinlah dia tunang aku. Adakah cikgu nak dengan murid yang tak matang macam aku ni?"
" Adalah kau kan baik , cantik ,pandai.... banyaklah. Kau ni macam orang yang paling perfect yang aku pernah jumpa tapi kau manja sikit."
" Kau ni mana ada lah. Kau yang cantik,baik kau lah segalanya. memahami aku, aku sayang kau sangat-sangat. Tapi sejak bila aku manja."
"tak dikira manja kalau hari-hari call mak kau lepas tu sedih memanjang ?"
"kau ni." Anna tersenyum dan tiba-tiba seseorang menelefonnya.
" Assalamualaikum Anna. Saya ni tunang awak, saya dah ada kat sekolah awak. Awak pegi tunggu dekat vios biru dekat parking depan masjid."
" Ok awak. Saya pegi sana kejap lagi."
Anna berjalan ke hadapan masjid dengan perasaan berdebar-debar kerana ini adalah pertemuan pertama Anna bersama tunangnya. Anna berkata didalam hati "ya Allah kau berikanlah ketenangan jiwa untukku untuk bertemu dengan bakal suamiku." Setiap langkah Anna terasa sangat lama dan jauh dan perlahan-lahan dia semakin tenang semasa hampir sampai ke kereta tunangnya.Anna berkata "Bismillahirrahmanirrahim...." ketika dia membukak pintu tersebut alangkah terkejutnya dia melihat seseorang yang dia kenali sedang duduk di hadapannya yang di gelar tunang.
"apa yang cikgu buat kat sini....."