Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

CINTA AKU, KAU DAN DIA

🇹🇭eisyasufiya
--
chs / week
--
NOT RATINGS
5.7k
Views
Synopsis
Kisah Puteri Iman Tiara, seorang gadis yang tidak mengetahui tentang cinta. Yang hanya dia tahu hanyalah belajar untuk masa depan yang dia cintai. Dia menghadapi konflik cinta tiga segi antara dua orang kawan baiknya Adib dan Shahrul. Siapakah yang menjadi pilihan hati Iman, adakah Adib ataupun Shahrul? Apa yang terjadi pada Shahrul sebenarnya? Semuanya ada dalam kisah ini.✨
VIEW MORE

Chapter 1 - Mengalirnya air beningku

Air mata yang sejak tadi ku tahan tahan, akhirnya tidak dapat dibendung lagi. Dengan perlahan lahan, air bening itu jatuh gugur satu persatu. Aku sendiri tidak tahu bila aku menangis. Aku tidak tahu bila masa air mataku mengalir. Tapi, yang pasti aku tahu sebab mengapa aku menangis. Aku harap tiada siapa yang menyaksikan drama air mata ini. Ya, inilah aku. Umur seperti aku ini tidak pandai lagi memikir soal cinta dan kekasih, yang hanya aku tahu adalah belajar, belajar dan belajar. Aku adalah murid contoh di sekolah, aku juga agak 'famous' dengan perangai aku yang kecoh dan suka membebel ini. Aku serta sahabat baikku, Adib dan Shahrul. Kami terkenal disekolah kerana kami bertiga ada perangai yang amat disenangi guru dan pelajar lain, salah satu sebabnya kerana kami murid contoh. Tapi ada sesetengah daripadanya tidak 'berkenan' dengan perangai kami, mungkin mereka cemburu atau iri hati dengan kami? Hmm... entahlah! 'Perangai kami' yang aku maksudkan adalah sebab mengapa kami popular di sekolah itu. Dan inilah sebabnya. Sahabat aku, Adib Azril nama diberi terkenal kerana dia mempunyai rupa paras yang agak tampan tapi aku tidak pernah lagi terpikat dengan dia dan mungkin disebabkan itu ramai perempuan di sekolah kami itu minat padanya. Dan separuh dari pelajar lelaki di sekolah kami agak cemburu dengan Adib dan menggelarkannya sebagai 'buaya darat' atau maksud yang tepatnya adalah 'playboy'. Aku tidak tahu tapi bagi aku yang pastinya, panggilan itu memang agak kena pada dia. Kerana dia pernah tunjukkan handphone nya, di dalamnya terdapat nombor telefon perempuan perempuan yang berbalas mesej dengannya. Aku tidak gemar dengan perangai Adib yang suka mempermainkan perempuan, aku pernah menasihatinya tapi dia, umpama macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku harap dia berubah satu hari nanti. Aku tidak boleh membenci dia sebaliknya aku terpaksa menerima kerana dia adalah kawan baikku yang banyak membantu aku. Sama seperti kawan baikku yang seorang lagi itu, Shahrul Haikal.Dia juga ada rupa yang menarik dan ketinggian dia sama seperti Adib, ketinggian mereka berdua melebihi ketinggian aku kerana itu aku sering diejek 'pendek' oleh mereka. Aku agak senang sikit dengan Shahrul. Kerana dia tidak seperti Adib, dia seorang yang lemah lembut, penyayang dan tegas.Walau bagaimanapun, dia ada satu perangai yang pelik, dia seorang yang misteri dan suka menyembunyikan rahsianya daripada aku. Susah juga mahu korek rahsia daripada dia, agak agaknya dia suka seseorang dan telah lama memendam rasa.Manalah tahu? Setelah lama mengelamun aku bangun dari alam realiti. Sekarang ini di dalam kelas adalah mata pelajaran bagi subjek yang paling aku tak suka iaitu subjek matematik. Kerana subjek ini paling boring bagi aku. Hari ini, mood aku agak lain sikit kerana itulah sebabnya aku duduk di penjuru kelas bersebelahan tepi tingkap. Selalunya tempatku adalah didepan sekali tapi disebabkan aku 'tiada mood' jadi aku duduklah disini memandangkan tiada siapa yang duduk di tempat ini. Aku agak suka juga berada disini kerana tempat ini bersebelahan dengan tingkap jadi selalunya angin akan masuk melalui tingkap ini lalu menerpa ke arah mukaku. Aku juga dapat merasai udara nyaman dan segar ini. Adakala, bila angin bayu meniup lantas menampar pipiku, ia seolah olah memberikan aku kekuatan dan harapan dalam hidupku ini. Melihatkan pemandangan yang terpampang di depan mata, sesekali aku berasa tenang dan damai melihat pokok pokok yang menghijau, akar yang menjalar dan pohon yang merimbun ini biarpun terdapat beberapa buah rumah yang mengganggu pemandangan mata ini akan tetapi ia tetap menenangkan aku. Kala itu, terdengar kicauan burung burung yang berterbangan di lautan langit yang membiru dengan awan gebu dan putih. Sebenarnya, aku sedih dengan nasib yang kualami ini. Aku tertanya tanya mengapa dan kenapa? Entahlah, aku tidak pasti tentang itu. Aku tidak tahu dan mungkin aku tidak ambil peduli langsung tentang perkara itu. Biarpun, ia menyakitkan tapi aku terpaksa menerimanya dengan redha dan pasrah. Walaupun, dia telah pergi meninggalkan aku buat selama lamanya tapi aku tak akan pernah lupakan dia sampai bila bila. Aku tetap menyayangi dia sampai syurga.