Chereads / CINTA AKU, KAU DAN DIA / Chapter 2 - Kami sayang kau, Iman!

Chapter 2 - Kami sayang kau, Iman!

Sedang aku melayan nasib sendiri, tiba tiba aku dikejutkan dengan bunyi loceng 'krriinggg!!'. Terperanjat aku dibuatnya hingga terlompat sedikit, tapi mujur aku tak melatah kalau tak, mau malu aku kalau orang dengar. Aku melihat jam yang terlilit di pergelangan tanganku, rupanya waktu sekarang ialah masa rehat. Tetapi, aku tak terasa lapar langsung jadi aku malas nak pergi ke kantin lalu aku menyambung 'aktiviti termenung' aku yang tergendala sebentar tadi.

"Woi, makcik! Kau menung ape? Berangankan pakwe eh?" Terdengar seseorang menyergahku dari arah belakang dan menarik kerusiku hingga hampir aku jatuh.

"Opocot... Makcik kau berangan pakwe!" Aku melatah sehingga pen di tanganku tercampak akibat sergahan itu. Aku memandang orang yang bertanggungjawab atas sergahan tadi sedang ketawa terbahak bahak macam nak keluar anak tekak dah tu.

" Isy, Adib Shahrul! Korang ni dah tak tahu bagi salam ke? Terkejut aku! Nasib baik tak sakit jantung tadi." Marahku seraya memegang dada dan beristighfar panjang.

" Hahaha... Shahrul, kau nampak tak muka Iman macam mana tadi. Wey, sumpah lawak! Hahaha..."

"A,ah muka dia buruk sangat! Aku tak boleh tahan gelak. Kalah muka beruk dekat belakang rumah aku tu."

"Jahatlah kau, Rul! Kau samakan aku dengan beruk belakang rumah kau! Eeeiii!!!" Aku memarahi Shahrul kerana geram. Ada ke mukaku disamakan dengan binatang, tak masuk akal langsung.

"Tapi kan, Man. Muka kau serius lawak tadi." kata Adib, selepas gelaknya beransur reda.

"Yelah! Macam ayam berak kapur tau!Sambung Shahrul.

"Eeeiii.... Kau orang ni memang tau! Suka sangat mengacau aku, tahu tak!" Aku berkata lantas menendang kaki kedua dua lelaki itu, manja.

"Iman, kau tak nak makan? Jomlah! Pergi ke kantin" Ajak Adib. Aku geleng.

"Man, kau ok ke? Kau demam ya? Aku tengok tadi kau menangis, kenapa? Kau ada masalah ya, man?" Tanya Shahrul. Aku terharu dengan sifat ambil berat mereka terhadap diriku. Mereka juga amat 'caring' tentang kesihatanku, mereka selalu ada disampingku di kala susah atau senangku. Aku sayang sangat pada mereka, akanku hargai semua pengorbanan mereka terhadap diriku.

"Weyy, Iman! Aku tanya ni kau okay ke tak?"Sekali lagi Shahrul menyoal.

"Aku ok saja. Cuma penat sikitlah! Tak ada apa pun..." Aku berbohong.

"Iya ke? Aku tak rasa kau ni tak ada apa apa dan jawapan kau ni macam tak logik untuk dijadikan penyebab kau menangis tadi. Klise sangat!" Adib seperti sudah mengesan pembohonganku.

"Iman, kalau kau ada masalah, beri tahulah... Kita orang ni 'BFF' kau tau! Susah senang kita sama sama, weyy!" Ucapan Adib mengundang sebakku sekali lagi.

"Betul tu, man! Ade masalah, kau janganlah pendam. Share lah pada kami ni. Jangan simpan rahsia lama lama, tak baik tau!" Aku mencebik dengan kata kata Shahrul, macamlah dia tu suka kongsi rahsia dan masalah dia dengan aku. Kalau ada pun, selalunya dengan Adib je.

"Iman, kau tahu tak, aku sayang kau. Shahrul pun sama. Kita ni dah seperti adik beradik, man. Ibu bapa kita pun rapat dan kenal antara satu sama lain. Kita orang pun anggap kau macam adik, tau! Kalau kau susah, kita orang tolong. Kalau kau sedih, kita orang pun sedih sekali tau!" Air mataku menitis saat Adib berucap sebegitu.

"Laaa... Kenapa kau menangis? Aku bukan marah kau pun." Sambungnya lagi seraya menyerah kepadaku sehelai tisu.

" Nah! Lap air mata tu. Aku nak lapkan pun tak boleh, belum halal lagi." Katanya sambil tersenyum, nakal.

"Adib!!! Kau ni!!!" Aku geram dengan Adib, waktu aku sedih pun mahu lagi mengusikku.

"Ok! ok! janganlah marah, aku gurau saja. Jomlah, pergi kantin. Kau nak makan apa? Aku belanja, ok? Nanti kita makan di taman sebab dekat sana tak ramai orang sangat. Jadi, kita lepak situ dan kau bolehlah cerita masalah kau tu dekat kita orang, okay? Jangan menangis, sedih pula aku tengok."

" Aku gembira dan bersyukur dapat sahabat macam kau orang ni. Baik, hensem, berbudi bahasa, hormat orang, beriman... Ni yang aku sayang kau orang sangat sangat tau!"

"Haa... yang hensem, baik semua tu aku sokong seratus peratus!" kata kata Adib membuatkan kami tergelak.

"Aku hargai semua pengorbanan kau orang dekat aku. Aku janji akan sayang kau orang sampai akhir hayat aku dan aku harap juga persahabatan kita akan kekal sampai syurga." Sambungku.

" Amin..." Serentak mereka berdua membalas.