Chereads / peguam itu boyfriend aku / Chapter 2 - CHAPTER 3

Chapter 2 - CHAPTER 3

Pada keesokkan harinya,seperti biasa Mia dan Tania berjalan bersama ke kantin.Disana Mia hampir terjatuh dan untung saja sempat diselamatkan oleh Ammar.Sejak hari itu ramai orang asyik membicarakan tentang mereka dan sejak itu jugak Mia,Tania dan Ammar menjadi rapat.Segala masalah yang ada pasti akan dikongsi dan diselesaikan bersama.Semua pelajar perempuan yang lain berasa sangat tergugat dengan kedudukan Mia dan Tania yang begitu rapat dengan Ammar.Mia dan Tania merupakan pelajar yang tinggal di asrama sebaliknya Ammar tidak.Suatu hari ketika peperiksaan pertengahan tahun sedang dijalankan,Mia berhasrat hendak menelefon keluarganya tetapi adiknya yang mengangkat ganggang telefon tersebut.Mia berasa hairan masakan tidak adiknya tidak pergi kesekolah? jadi dia pun bertanya ke adiknya soal itu..jawapan dari adiknya itu membuatkan Mia mengalirkan air mata.Adiknya telah memberitahunya bahawa ibunya telah dimasukkan ke hospital kerana suatu penyakit yang tidak dapat dikenal pasti.Yang lagi membuatkan Mia berasa sedih ialah,ibunya telah seminggu berada dihospital tetapi tiada seorang pun ahli keluarganya yang mengkhabarkan berita itu kepadanya Mia berusaha sedaya upaya untuk berhenti nangis kerana dia mahu masuk kekelas.Akan tetapi Ammar yang perasan akan perubahan pada riak wajah Mia langsung bertanya malangnya Mia hanya merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan semua orang.Sahabat baiknya sendiri Ammar dan Tania juga tidak pernah mengetahui bahawa ibu Mia sakit.Mia tidak pernah sekalipun menceritakan hal keluarganya kepada orang luar sehingga menyebabkannya stress dan tidak dapat fokus dalam kelas.