Disebabkan Mia tidak dapat fokus dalam kelas,keputusan peperiksaannya tidak secemerlang dulu.Semua rakan dan guru berasa hairan dengan kejadian tersebut.Ada juga guru kaunseling cuba untuk bertanya kepada Mia tetapi Mia hanya diam dan tidak menceritakan apa-apa.Sehingga suatu hari Mia sangat stress dan menangis sendirian didalam bilik asrama.Kebetulan pula rakan sebiliknya Mawar masuk kedalam bilik tersebut.Mawar cuba menenangkan Mia tetapi tangisan Mia semakin menjadi-jadi hingga menyebabkan Mawar berasa serba salah.Sememangnya Mia mempunya ramai kawan kerana sikap peramah dan prihatinnya terhadap orang.Kerana Mawar berkeras untuk mengetahui masalah yang dihadapi Mia,Mia pun menceritakan semuanya bermula dari keadaan ibunya yang sakit dan perasaan bencinya terhadap ayahnya sendiri yang semakin membuak-buak kerana ayahnya tidak bertanggungjawab menjaga ibunya yang terlantar sakit.Mawar yang mendengar masalah yang diceritakan oleh Mia turut menangis kerana dia tidak menyangka orang seceria Mia sebenarnya menghadapi banyak masalah sulit yang sukar untuk diselesaikan.Mia menuntut agar Mawar tidak menceritakan masalahnya kepada orang lain.Akan tetapi dengan adanya sikap prihatin dalam diri Mawar,dia pun menceritakan semuanya kepada guru kaunseling iaitu Puan Liya.Puan Liya sangat terkejut mengenangkan nasib pelajar sekolah itu yang begitu perit.Pada keesokkan harinya,dari jauh Ammar sudah melihat Mia...siapa tidak kenal Mia Qaisara gadis cantik ,pintar dan baik disekolah itu.Mia selalu menjadi rebutan pelajar-pelajar lelaki disekolah itu malah cikgu praktikal juga jatuh hati padanya.Akan tetapi pada Mia cinta itu palsu.