Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Encik Datuk untuk Cik Lawyer

πŸ‡²πŸ‡Ύnrshahieyda
--
chs / week
--
NOT RATINGS
13.1k
Views
Synopsis
AZRA SARI IRIS X ADAM HADRIAN "Boleh saya duduk dekat sini?" Azra. Pertemuan pertama membawa beberapa kisah dalam kehidupan seorang gadis yang bergelar sebagai peguam dan merupakan anak angkat kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak. Gadis yang tidak diketahui identiti apabila dia merupakan masa culikan dan hampir 21 tahun dia tidak berjumpa dengan keluarga kandungnya. Bertemu dengan seorang lelaki di majlis perkahwinan sahabatnya membuatkan hatinya diasak dengan pelbagai soalan apabila si jejaka mula memaksanya mengaku sebagai isteri kepada lelaki itu. Hidupnya mula haru apabila semakin lama dia di KL semakin dia dekat dengan pembongkaran rahsia penculikannya dan dia mula tahu siapa keluarga kandungnya. Dia mula tahu siapa dirinya. Dia mula tahu yang dia kembar seiras yang merupakan isteri kepada jejaka bangang itu. Dia mula tahu yang kembarnya sudah meninggal empat tahun lepas ketika dalam perjalanan untuk ke majlis resepsi. Dia mula tahu yang dia sudah jatuh cinta kepada duda terlajak kacak itu. Dia mula tahu yang duda itu adalah seorang Datuk. "You are my sunflower!" Adam. "Rasanya bunga matahari tak boleh makan tapi kuaci boleh makan so awak tak boleh lah makan saya." Azra. "Takkanlah you are my kuaci pulak?" Adam. "Apa salahnya! Kita tak boleh klise sangat kalau nak hidup! Kita bukan dalan drama." Azra. "Yelah sayang..." Adam. Mengenali Adam merupakan perkara terindah buat Azra. Dia mengetahui bahawa lelaki itu pernah memasuki wad mental seketika apabila dia disahkan kemurungan. "I will do anything for him!" Azra. "Termasuk tinggalkan dia macam kakak kau!" unknown

Table of contents

Latest Update2
Bab 24 years ago
VIEW MORE

Chapter 1 - BAB 1

Ulek mayang ku ulek,

Ulek dengan jala jemala,

Ulek mayang diulek,

Ulek dengan tuannya puteri...

Bait-bait lagu itu dihayati sambil badan melenggok-lenggokan tarian bersama temannya yang lain.

"Sari?!" jerit seorang wanita memakukan langkah gadis itu.

"Balik sekarang!" bentak wanita tersebut sebelum berlalu. Kain batik dibetulkan apabila ditiup angin pantai yang kuat.

Sari membetulkan perhiasan dikepalanya yang seperti mahkota. Kain yang terikat dipinggangnya dibiarkan sebelum kakinya menyarung selipar dan berlari untuk ke rumahnya.

Sari menghendap kepalanya untuk melihat kelibat ibunya.

"Kamu buat apa tu?" soal Puan Salmah.

"Opocot mak kau menari!" latah Sari sambil memusingkan badannya menghadap maknya.

Puan Salmah tersenyum sumbing.

"Kenapa ibu terjerit-jerit panggil, Sari? Sari ingat, mak nak mengamuk tadi." Sari sudah memuncung lalu melabuhkan punggungnya di atas bangku kayu disebelah pintu dapur dimana menjadi tempat dia dan temannya berborak.

"Takdelah. Mak risau tau dari pagi, Sari tak balik. Merata, mak cari, Sari tau." ujar Puan Salmah. Itulah sebab dia berang sangat apabila dia mengetahui bahawa anak daranya ada di pantai berdekatan rumah.

"Mak macam tak tahu pulak, apa yang Sari suka. Sari lupa nak bagitahu mak. Lagipun, telefon Sari tak bawa." terang Sari tanpa rasa bersalah. Rambutnya yang disanggul diuraikan apabila mahkota sudah ditanggal dari kepala. Cucuk sanggul juga ditanggal. Bunga yang menjadi hiasan sanggulan rambutnya dicabut dan diselit di tepi telinga.

"Lain kali, lepor je telepun tu dalam parit biar punoh!" hamek kau! Keluar terus loghat Terengganu dari mulut Puan Salmah.

"Mane buleh mok! Sari sayang lagi dekat telepun tu!" Sari membalas. Dia membulatkan mata kelabunya sebulat-bulatnya yang sedia bulat.

"Doh kalu sayang, guna. Bukan wak harte sake dalam bilik!" Puan Salmah masih di dalam mood membebel. Siap bercekak pinggang.

"Sayang kenalah simpan bukan guna."

Menjawab!

Hobi utama Azra Sari Iris ialah menjawab. Biasala peguamkan.

"Dah pergilah mandi. Lepastu, solat baru turun makan. Mak ada buat cucur udang ni." ujar Puan Salmah.

Cerah biji mata Sari apabila mendengar makanan kegemarannya ada pada waktu makan petang. Tak shabarnya...

"Sari mandi dulu!" terus sahaja Sari berlari ke dalam rumah untuk membersihkan diri.

"Alahai, anak dara."

πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž

"Datuk, Tan Sri minta Datuk ke bilik dia sekarang." ujar Alisa sambil membetulkan kaca matanya bulatnya.

"Give me a few minutes. I want to finish all of my works!" ujar Adam Hadrian tapi matanya tetap memandang fail hitam didepannya.

"Baik, Datuk." ujar Alisa seraya menunduk badannya sedikit.

"By the way, Datin Alisa. Just call my name or 'Encik'."

"Tapi..."

"No tapi, Datin Alisa."

"Tapi Datuk panggil saya, Datin." menunduk wajah Nur Alisa.

"Dah awak yang panggil saya Datuk kenapa?" soal Adam sambil menjongketkan keningnya.

"Fine! Jangan panggil saya Datin. Kalau tak..."

"Kalau tak saya bagitahu, Aidan." ejek Adam sambil tersengih sinis.

Alisa menjegilkan matanya. Malas melayan.

"Saya keluar dulu, Datuk!" dikuatkan suara menyebut Datuk.

"Baiklah Datin." balas jawab Adam sambil ketawa.

Kenakan adik ipar memang terbaik. Macamanalah, Aidan boleh terjatuh hati pada si PAnya yang kekadang tegas macam singa.

Alisa menghempaskan iPad ke atas mejanya dengan geram. Mulutnya tidak habis-habis mengomel perihal abang iparnya yang perangai asyik mengusik.

"Kalau aku tahu macamni, baik aku duduk rumah daripada menghadap perangai abang ipar merangkap boss yang tak semenggah!" bebel Alisa sambil menghentak-hentak pen ke atas meja dengan geram.

"Sayang?" panggil Aidan yang lengkap bersut hitam. Dia yang baru tiba di meja isterinya merangkap PA abangnya itu pelik apabila mendengar omelan kecil isterinya itu.

"Abang." terkejut Alisa.

"Lisa kenapa ni?" soal Aidan atau lebih tepat, Datuk Wira Aidan Hazrian.

"Takde pape lah." gelabah Alisa lantas mencapai tangan kanan suaminya untuk bersalam.

Aidan tersenyum senget sebelum berlalu masuk ke dalam ruangan abangnya.

"What do you want, Alisa?" soal Adam tapi mata tetap menumpu ke arah fail yang menimbun di atas meja.

Aidan yang berada di depan pintu tersenyum nipis.

"Bro!" tegur Aidan sambil bersandar pada dinding.

Adam angkat kepala.

"I thought it was, Alisa. Where's Alisa?"

"Kau apahal? Alisa bini aku!" Aidan kerut dahi.

"At your home. Here, she's my wife." ujar Adam sambil senyum sinis dihadiahkan pada adiknya itu.

"F**k you!" sumpah Aidan sambil mengambil tempat berhadapan abangnya.

Adam meneruskan kerjanya yang terbengkalai tadi dengan tekun.

"Bila kau nak kahwin?"

Uhuk!

Terbuntang mata Adam memandang adiknya.

Adam tersenyum sinis.

"Aku tak berminat nak jawab soalan kau." mendatar suara Adam.

"Seriuslah? Sikit pun kau memang tak berminat?" soal Aidan.

Adam geleng kepala.

"Sikit pun tak?"

"Nope!"

"Kau gay?!" tembak Aidan.

"Choi!"

Terkekek Aidan ketawa. Manalah tahu? Badan sado. Contoh bakal suami idaman para gadis malaya. Calon menantu paling boek gitu!

"Aku tak boleh lupakan Irin." luah Adam tetiba.

"Bro, dah 4 tahun Zara tinggalkan kita."

"Aku rindukan dia." luah Adam sambil merenung bingkai gambar pernikahan antara dirinya dan Zara Sari Irin.

4 tahun lepas...

"Aku terima nikahnya, Zara Sari Irin binti Azhari dengan mas kahwin RM202 dan seutas gelang tangan tunai!" lancar lafaz Adam.

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah." semua mengucap syukur.

Usai bacaan doa, Adam bersimpuh dihadapan Irin yang memakai busana berwarna putih.

Adam menyarung cincin bertatahkan berlian dijari manis Irin sebelum memakai gelang tangan yang tertancap nama, I&A. Irin mencium tangan Adam lama sebelum Adam mencium ubun-ubun Irin lama.

"Thanks."

"Welcome, Irin." jawab Adam.

Pada malam itu, Irin bersiap didepan cermin dengan dress berwarna royal blue bersulam benang emas. Rambutnya disanggul rapi. Dia menyentuh dadanya yang tetiba berdebar.

Klak!

Pintu bilik air terbuka mengejutkan Irin yang sedang mengsiapkan diri.

Terkaku langkah Adam apabila melihat Irin yang nampak cantik.

"Beautiful." puji Adam.

"Thank you." ucap Irin lalu menarik Adam berhadapan dengannya.

Irin mengemaskan kemeja hitam Adam sebelum mengikat tali leher berwarna gold. Irin mencapai kot berwarna royal blue lalu disarungkan ditubuh tegap suaminya itu. Dia mengusap dada suaminya beberapa kali untuk membetulkan kot dibadan.

Cup!

Adam menghadiahkan ciuman didahi isterinya itu.

"Awak, saya minta maaf kalau saya ada buat salah dengan awak sebelum kahwin atau selepas kahwin. Maafkan saya?" lirih pintaan Irin sambil merenung mata suaminya.

"Saya selalu maafkan isteri saya." jawab Adam.

"Saya sayang awak."

"Saya pun sayangkan awak."

"Maafkan saya kalau saya terpaksa tinggalkan awak."

Tersentak Adam mendengar bicara isterinya.

"Hey! Don't talk about that." amaran dari Adam buatkan Irin semakin sebak.

"Sorry."

"Saya dah maafkan awak." Adam memeluk Irin sebelum berlalu keluar dari bilik.

Dua buah kereta disediakan.

"Aku ingatkan nak tidur dekat depan pintu." sindir Aidan sambil memeluk tubuh disisi sahabat Irin iaitu, Alisa.

Adam dan Irin hanya senyum nipis.

"Jom selfie?" ajak Alisa lalu mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar swafoto bersama pengantin.

"So beautiful." puji Alisa lalu menyimpan telefon ke dalam beg tangan.

"Naik kereta asing. Irin, kau naik kereta depan. Adam kau naik kereta belakang. Aku dengan Alisa naik kereta aku." putus Aidan. Irin melambai kearah suaminya lalu masuk ke dalam kereta BMW berwarna maroon.

Adam juga masuk ke dalam kereta BMW berwarna biru metalic. Alisa dan Aidan menaiki kereta Audi kelabu miliknya. Ketiga-tiga kereta tersebut mula bergerak laju menuju ke dewan.

Adam tenang sahaja dibelakang memandang kereta yang dinaiki isterinya itu. Tetiba, kereta yang dinaikinya brek mengejut membuatkan Adam terlantung ke depan.

"Encik Adam, kereta Puan Irin hilang kawalan!" jerit Pak Sani sebagai pemandi kereta.

Adam yang mendengar terus membuka pintu dan kakinya lembik sehingga melorot kelantai apabila kereta yang dinaiki isterinya menjunam ke dalam gaung sebelum

Booom!!!!

"Irin!?!?!" jerit Adam kuat.

Aidan dan Alisa terus turun dari kereta apabila mendengar letupan kuat dari gaung.

"Irin mana?" soal Aidan apabila melihat abangnya menangis tersedu-sedan di atas jalan tar.

Adam geleng kepala.

"Letupan tadi..." kata-kata Alisa terbantut sebelum dia nelorot jatuh ke lantai.

"Innallilahiwainailahirojiun..." ucap Aidan perlahan dan terus Adam terkulai pengsan.

Adam menyiram pusara dengan air mawar. Tangannya mengusap nisan yang tercatat nama si mati dan tarikh lahir serta tarikh pulang ke rahmatullah.

"Saya redha, pemergian awak. Awak tunggu saya ya." ucap Adak sebelum bangun meninggalkan pusara yang masih merah tanahnya.

Jiwanya kosong setelah pemergian isteri yang dinikahi tidak sampai 24 jam.

"Stay strong, abang." pujuk Adelia yang memakai baju kurung berwarna hitam bersama selendang hitam yang sudah melorot ke lehernya.

Adam tersenyum nipis sebelum berlalu ke arah Puan Seri Iril.

"Maafkan, Adam mama."

"Takpe, Adam. Memang ditakdirkan memang semua anak-anak mama akan meninggal. Mama redha asalkan, Adam pun redha." positif betul Puan Seri Iril.

"Sorry again, mama."

Puan Seri Iril hanya tersenyum nipis dan terus berlalu masuk ke dalam kereta milik suaminya.