Bah!!!
"Opocot mak kau!" latah Sari lalu tangannya melempar kain yang sedang dipegang.
Sari mencerlung matanya memandang bakal pembunuhnya yang masih ketawa.
"Kau kenapa kejutkan aku macamni?" geram Sari.
"Aku rindu kau."
Sari hampir pengsan mendengar sebelum dia ketawa kuat.
"Gila!" ujar Sari lalu berjalan meninggalkan lelaki itu.
"Memang Am gila! Am gilakan Sari!" jerit Ammar kuat sehingga memberhentikan langkah Sari.
Sari terkelu dan terkedu dengan kejujuran Ammar. Dia tak tahu untuk membalas apa. Dia hanya anggap Ammar sebagai abang dan tak pernah lebih.
"Sah! Ammar gila!" ujar Sari lalu ketawa kecil. Walaupun dia sangat janggal dia tetap ketawa untuk menghilangkan keganjalan dalam diri. Ops! Kejanggalan.
"Sari tolong faham Am. Am cintakan Sari."
"Maaf." terus sahaja Sari masuk ke dalam rumah dan menutup daun pintu rapat. Baju yang belum dijemur dibiarkan. Nanti ada juga yang akan jemur.
Ammar mengeluh. Susah betul nak pikat hati batu Azra Sari Iris.
Sari menghempaskan badannya ke atas katil dan menumbuk bantal dengan kuat. Geram betul dengan Ammar yang tetiba meluahkan perasaan.
Tok! Tok! Tok!
"Masuklah. Pintu tak kunci!" jerit Sari sambil membetulkan duduknya.
Pintu dikuak dan tersembulah wajah Afiza yang masih elok bertudung.
"Awal kak Fiza balik."
"Kes tunda. Diorang tak dapat hadir sebab kemalangan." jawab Afiza malas. Penat jugalah dia memandu dari kampungnya ke Bandar Terengganu semata-mata nak selesaikan kes. Tapi bila dah sampai sana, dapat pula panggilan yang anak guam dia kemalangan kecil. Mahu tak mengamuk dia tadi.
Dahlah nak lilit tudung pun masalah tadi. Lepastu drive Mini Cooper nya ke Bandar Kuala Terengganu. Habis minyak kau tahu tak?!
"Kenapa Ammar datang tadi?" soal Afiza pelik. Pelik pulak melihat anak ketua kampung itu merangkap tentera laut itu berjumpa dengan adiknya.
"Actually, he confessed me about his feeling." jujur Sari tanpa rasa malu.
Membulat mata Afiza.
"So, what's your answer?" Sari senyum sinis. Macam tak tahu pulak apa yang adik biasa jawab.
"Hell no!" jawab Sari sambil menjeling Afiza.
"Ahahah! Tapi kenapa, Sari tolak?" soal Afiza pelik.
Sari jeling Afiza tajam. Macam tak tahu cerita pulak.
"Kenapa? Ingat Sari lapar sangat nak Ammar?!" geram Sari. Dia memeluk beruang koalanya dengan erat.
"Yelah. Ammar tu anak ketua kampung, tentera laut lagi, kacak dan kaya!" puji Afiza sambil membayangkan wajah Ammar.
Sari mula meluat. Boleh tak nak lempar Ammar dekat Lautan Hindi? Menyampah! Meluat! Benci!
"Kalau macamtu, Akak lah kahwin dengan Ammar. Sari taknak! Pupus sekalipun lelaki dekat dunia ni, Sari sanggup jadi andartu!" ujar Sari yakin.
Walaupun dia jadi andartu. Tiada keturunan sekalipun dia tak kesah asalkan bukan Ammar. Dia tak suka Ammar.
"Yelah Sari. Bila Sari balik KL?" soal Afiza menukar topik. Sari tersenyum nipis tanda suka apabila topik Ammar sudah tamat.
"Kalau ikut Sari, malaslah balik KL. Tapi memandangkan, Sari kena masuk court lusa so Sari balik petang esok." ujar Sari sambil mencapai iPad nya dan melihat beberapa pelanggannya.
"Sari taknak tukar sini ke?"
"Nope!"
"But why?"
"Sebab ada Ammar."
Itulah sebab musabab kenapa dia sanggup tinggal di Kuala Lumpur bukan di Terengganu. Dia sanggup berulang-alik 8 jam seminggu sekali ataupun sebulan sekali demi untuk tidak bertembung dengan Ammar.
☕☕☕
Afida mengacau air teh untuk sarapan pagi manakala Puan Salmah sedang menyendukkan nasi goreng didalam kuali ke dalam mangkuk besar.
"Mak! Fif nak duit." minta Afif yang merupakan anak lelaki kepada Puan Salmah.
"Mak takde duit. Duit mak semuanya Afif dah ambik semalamkan." jawab Puan Salmah. Tangannya ligat menyediakan sarapan bersama anak bongsunya, Afida.
"Apa mak ni?! Takkan anak minta pun mak nak berkira? Tak kira, Aku nak duit sekarang!!" terhenjut bahu Puan Salmah apabila dijerkah oleh anaknya.
"Apa abang ni? Mak takde duitkan." Afida mula membengkak kegeraman.
"Kau diam!" Afif menjerkah kepada Afida sehingga terjatuh pinggan yang berisi kuih karipap ke lantai.
Prang!!!
Bunyi pinggan yang terhempas ke lantai mengejutkan Sari dan Afifa yang baru pulang dari warung untuk membeli sedikit kuih-muih untuk sarapan pagi.
Dengan pantas, Sari dan Afifa berlari masuk kedalam rumah.
"Abang!!!" jerit Afifa dan Sari serentak.
Afifa menolong adiknya mengutip pinggan kaca yang masih belum pecah. Nasib. Terketar-ketar tangan Afida mengutip kuih yang sudah tersadai di atas lantai kayu tersebut.
"Abang kenapa?" soal Sari.
"Aku bukan abang kau, anak pungut!" terkelu Sari apabila diherdik oleh Afif. Puan Salmah, Afifa dan Afida juga tergamam.
Pang!
Afiza yang baru turun dari bilik terus menampar pipi Afif sehingga terpaling wajahnya. Dada Afiza berombak laju menahan amarah yang memuncak.
"Mulut kau jaga sikit, Fif! Sari adik akak dan selama-lamanya adik, akak, anak mak!" tekan Afiza.
"Gila!" herdik Afif sebelum keluar dari rumah dengan geram.
Sari yang tergamam tadi mula tersenyum manis. Dia dah biasa dengar hinaan dari mulut Afif.
Semenjak bila?
Semenjak dia berumur 17 tahun. Dirinya hanya mampu senyap dan redha.
"Mak, Fiza pergi kerja dulu." pinta Afiza lalu menyalam tangan Puan Salmah. Sari, Afifa dan Afida juga turut bersalam dengan Afiza.
"Sari, maafkan kembar Fifa." pinta Afifa.
Sari tersenyum manis menahan rasa hati.
✴✴✴
Sari berjalan menyelusuri pantai dengan hati yang tenang. Dia merindui Afif yang dahulunya baik, penyayang, dan ceria. Dia sangat merindui.
Jam tangan Gucci ditilik sebelum menghela nafas panjang. Lagi sejam untuk dia berada di kampung sebelum bekerja seperti biasa.
Afifa sudah pulang ke Sabah tadi kerana ada kecemasan di hospital. Afina petang nanti baru sampai sini. Afida akan balik ke KL untuk sambung belajar dan tinggalah Afiza dan Afif di kampung.
Risau?
Ya. Dia sangat risau tentang Puan Salmah apabila tinggal bersama Afif. Bukan dia mahu bersangka buruk tapi apakan daya. Sudah lebih 8 tahun Afif tidak berkerja mahupun untuk sambung belajar.
"Sari." panggil seseorang.
Sari memberhetikan langkah.
"Kau dah nak balik KL ke?" soalnya.
"Yelah. Esok aku ada kes." jawab Sari.
"Kau jangan lupa balik sini tau." pesannya lagi.
Sari tersenyum sebelum menggeleng kepala.
"Takdenya! Sini tempat aku membesar dan takkan aku lupakan kau wahai, Fasha." pujuk Sari sambil menarik rambut pendek Fasha.
"Manalah tahu. Mentang-mentang dah jadi budak KL terus lupakan kampung." sindir Fasha lagi.
"Kau nak lunch makan pasir ke?!" soal Sari geram.
"Tak!"
"Babe, I will miss you."
"I will miss you too." sari dan Fasha berpelukan satu sama lain. Alahai...