Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

K-Clique (Genggam Cinta Aku)

🇲🇾scvrlet
--
chs / week
--
NOT RATINGS
111.3k
Views
Synopsis
"Jom pergi dataran. Aku nak dapatkan tandatangan K-Clique." Sabrina mengeluarkan baju untuk ditandatangani. "K-Clique? Apa tu?" Berkerut kening Stella memikirkan K-Clique. "K-Clique nama kumpulan rappers dari Sabah. Tulah madah baca komik anime je. Ingat kau tu dah tua. Sibuk tengok kartun." Bebel Sabrina. "Nama macam cerite anime je. Kau ingat anime ni untuk budak-budak je ke? Kau tak tengok lagi memanglah. Cuba tengok dulu. Confirm melekat." Stella ketawa.
VIEW MORE

Chapter 1 - K.C 1

"Thank you very much for your support. Jasa korang amat kami hargai. See you guys again. Bye!" Kata M.K atas pentas tersebut.

Mereka baru sahaja selesai membuat persembahan di Dataran Johor sempena menyambut pemain JDT pulang dengan kemenangan.

"Well done you guys. Ok lepas ni korang semua rehat dulu. Lebih kurang setengah jam lagi. Ada sesi bersama peminat." Kata Nas. Nas juga adalah tulang belakang kepada kumpulan K-Clique. Dialah manager, dialah produser, dialah penyanyi, dialah ketua, Segalanya adalah dia.

Tuju bangun dan keluar dari bilik rehat tersebut.

"Nak pergi mana tu?"

"Ambil angin jap." Tanpa memandang Nas, Tuju terus keluar dari situ.

"Adurh ini anak. Memang suka buat hal sendiri agaknya." Nas menggeleng kepala.

Dari tadi Tuju hanya melihat telefonnya. Tiada sebarang panggilan mahupun mesej.

"Kau langsung tak kisah pasal aku kan?!" Dia sandarkan diri pada pokok.

"Kau ok bro?" Tanpa sedar M.K mengekorinya dari belakang.

"Aku ok." Air mineral yang di bawanya dia tenguk perlahan.

"Masih teringatkan Fifi ke?" M.K mengagak.

Tuju mengeluh.

"Aku tak tahulah mana silap aku. Banyak kali aku call, mesej semua tak balas."

"Alarh chill la. Bunga bukan sekuntum."

"Memanglah bukan sekuntum. Tapi bunga tu je yang aku suka petik."

Bahu Tuju, M.K tepuk.

"Sabarlah. Mungkin ada sebab dia kenapa menghilang, kita tak tahu. Just think positive jelah. Nanti lama-lama kau akan ok. Kami semua always support you bro."

Tuju hanya senyum.

***

3 bulan yang lalu

Di hari pernikahan. Mereka semua sudah tiba di hadapan rumah Fifi. Tuju hanya ingin pernikahan yang sederhana sahaja tanpa sebarang gangguan dari media. Hanya keluarga yang terdekat sahaja.

"Wah segak bergaya macam gini hah." M.K mengeluarkan simbol ibu jarinya.

"Yelah, ni hensem sangat ni." Somean memberikan songkok pada Tuju.

"Tak adalah. Aku biasa-biasa je." Tuju hanya merendahkan diri.

Persiapan nikah di rumah Fifi semuanya hampir selesai. Fifi sedang di solekkan di bilik utama.

'Tawaran hanya datang sekali, kalau bukan sekarang bila lagi kau nak dapat. Ingat ni perluang kau untuk berjaya dalam modeling. Kapal terbang akan berlepas jam 12 pm. Kau ada masa lagi 2 jam je ni. Tiket kau ada dengan aku. kalau kau lambat aku bagi tawaran ni pada orang lain.'

Pesanan mesej dari Majikan Fifi tak henti melihat. Dia tak tahu nak buat apa? Cita-citanya menjadi model yang terkenal akan musnah jika dia teruskan perkahwinan tersebut.

Ting! Ting!

Tiba-tiba Tuju terima satu mesej dari fifi.

'Maaf Azree. Saya tak boleh lakukan. Sekali lagi saya minta maaf. '

Tuju terus terdiam seketika. Mukanya terus berubah. Yang lain hanya memerhati.

"Kau ok tak bro?" Noki memegang bahu Tuju.

Telefon milik Tuju M.K ambil lalu terus membaca mesej yang di terima tadi.

"Saya tak boleh lakukan?! Wah! Gila betullah perempuan ni." M.K mula marah.

"Pengantin!" Jerit Gnello dari jauh dengan sebuah hadiah.

"Happy wedding day bro. Adurh! Tak sabar nak silat depan kau ni." Gnello terus memeluk erat Tuju.

"Kau tengok ayahanda ni. Aku rasa nak terajang jek." Fareedpf

"Kau pahal panggil aku ayahanda?" Fareedpf mengangkat kedua tapak tangan tanda mengalah.

"Asal ni? Ada apa-apa yang aku terlepas ke?" Gnello memandang yang lain.

"Fifi, dia tak jadi nak nikah." Beritahu Kdeaf.

"Serious ar?! Adurh dah kenapa perempuan tu?" Gnello turut bengang dengan tindakan Fifi tersebut.

"Eh Fifi nak kemana nak?" Ibu Yah ibu kepada Fifi menarik tangan satu-satunya anak tunggal yang dia ada.

"Nak kemana dengan beg besar ni? Fifi kan nak nikah sayang jangan buat ibu macam ni nak." Ahli keluarga yang hadir turut melihat apa yang berlaku.

Tuju dan yang lain berlari terus ke hadapan rumah Fifi.

"Kenapa Fifi? Kenapa kau buat aku macam ni?" Tuju mengalirkan air mata.