Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

PINTU RAHSIA

Toseh_Channel
--
chs / week
--
NOT RATINGS
7.2k
Views
Synopsis
Cerita ini mengisahkan tentang kepulangan Ana ke kampung neneknya yang mempunyai misteri di rumah neneknya iaitu misteri sebuah bilik yang agak aneh kerana tidak pernah dibuka oleh sesiapa pun dan tidak pernah ada yang berada di bilik tersebut.Adakah Ana akan menjadi orang pertama ke bilik itu atau Ana akan menjadi yang terakhir?Adakah bilik ini tempat stor ataupun tempat sesuatu?Mari kita baca dan nikmati cerita ini.
VIEW MORE

Chapter 1 - Bab 1 : Perjalanan ke kampung

Pada pagi yang indah lagikan cerah kami sekeluarga telah merancang untuk pindah ke kampung di mana tempat asalku iaitu di Kampung Seri Indah.Pada pagi tersebut,kami sekeluarga telah bersiap-siap sebelum bertolak ke sana.Pada saat itu,semua keluargaku rasa gembira tatkala aku merasakan sesuatu yang tidak kena dan aneh ini mungkin disebabkan aku tidak pernah pulang ke kampung nenekku,walaupun kata hati aku mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kampung nenekku aku tetap bertekad untuk balik ke kampung kerana ingin berjumpa dengan nenekku yang aku tak pernah jumpa dan kenali.Aku teringin sangat nak pergi kampung nenekku kerana aku tidak pernah melihatnya dan keindahan kampung di sana.Kata orang kampung itu indah dan sangat cantik pemandangan di waktu senja.Aku pun berasa sangat teruja kerana dapat bertemu nenek, tapi aku juga khawatir akan keanehan kampung itu.Sebelum bertolak ibuku berpesan,"Kamu semua harus dengar apa mummy nak cakap sebab ni penting.Setelah kita sampai di kampung nenek, mummy taknak kamu menegur apa yang kamu lihat dan mummy taknak kamu bermain di luar rumah pada waktu senja. Faham?!..".Kami pun menjawab,"Baiklah mummy..kami janji takkan buat!!..,"."Ouh ya mummy hampir lupa, jangan sesekali buka pintu bilik di mana bilik tu dekat dengan bilik kamu..Faham?! Mummy serious tau ni!!.." kata mummy lagi."Ya mummy..!" , jawab kami sambil tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh ibuku.

Semasa kami dalam perjalanan ke Kampung Seri Indah, kami berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak yang kebetulan berdekatan dengan sebuah kedai makan yang kelihatan seperti tiada penghuni yang berdekatan di tempat tersebut."Mummy mari kita pergi ke kedai makan tu!Adik laparlah mummy.." pujuk adik."Hm... Mummy rasa tak sedap hatilah..""Eyhh..jangan fikirkan sangatlah...Mari kita makan daddy belanja..." kata ayahku kepada ibu.Walaupun wajah ibu aku masa tu agak khawatir tapi dya tetap pergi kerana dya berasa lapar,bak kata pepatah perut kosong penggilap otak.Aku juga sempat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan kedai itu"hmm...peliklah kedai makan ni.. Sepatutnya kedai tu banyak pelanggan sebab ada kat tepi jalan,ni knapa kosong sangat macam pelik je.Hm..perasaan aku je kot..Arhh apa-apa jelah..!" kata hati aku.Tanpa membuang masa, aku dan keluargaku terus ke kedai itu tanpa menanyakan mengenai kedai tersebut kepada orang yang berada di stesen minyak itu.

Sampai sahaja di kedai makan itu, kami terus turun dari kereta dan masuk ke dalam kedai makan itu."Assalamualaikum, ada orang ke?" tanya ayahku."Waalaikumussalam, hah jemputlah duduk..kejap ehh.. Aku ambil menu dulu ye.Adik!!Bawakan menu tu ke sini..""Baiklah abah."kata anaknya kepada ayahnya."Hah.. nak pesan apa encik?"tanya pakcik itu kepada ayahku."Kamu semua nak makan ka?"tanya ayahku."Kami minum milo je kan adik..""yup!!"kata aku dan adik lelaki ku."Mummy pula nak makan ka atau nak minum je?"tanya ayahku lagi kepada ibuku yang termenung dari tadi."Huh? Ouh, mummy cuma nak minum air kosong je."katanya dengan nada suara yang lembut seakan akan tidak bermaya."Hm..baiklah bagi milo dua,air kosong satu dan bagi Ice lemon tea satu..tu je lah"."okay." jawab pakcik itu.Setelah beberapa minit berlalu air pun sampai.Semasa kami sedang minum air, pakcik itu bertanya kepada kami "Apa hajat kamu datang ke sini?".."Ouh, kami datang ke sini nak pergi Kampung Seri Indah sebab diorang teringin sangat nak jumpa nenek."jawab ayahku."Kamu ingin ke kampung tu ke?!.."tanya pakcik itu dengan tegasnya."Ya,knapa kamu terkejut?Ada sesuatu kah yang terjadi di kampung itu?"tanya ayah ku. Pakcik tadi tidak menyahut lalu pergi ke dapur. Ayahku hairan dan tertanya "Agaknya kenapa dia bergitu?", ibuku hanya mengangkat bahu sambil gelengkan kepala. Setelah selesai minum ayahku membayar ke kaunter dan kami meneruskan perjalanan ke kampung. Semasa kami sedang berseronok menyanyi lagu 'Balik kampung' tiba-tiba kereta kami rosak dan kami terpaksa berhenti di tepi jalan. Masa tu tiada siapa yang lalu lalang di jalan tersebut dan tiada juga rumah yang berdekatan dengan tempat kami berhenti.Kami pun tiada pilihan lain selain daripada menunggu orang lalu di kawasan itu kerana di tempat itu tidak mempunyai Wi-Fi untuk berhubung dengan orang lain.Setelah beberapa jam kami di situ, akhirnya ada juga yang lalu di kawasan sepi itu kami meminta bantuan kepadanya dan nasib dia adalah tukang baiki kereta.Kami sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan orang tersebut.Kami berterima kasih lalu meneruskan perjalanan kami ke kampung.Aku merasa agak aneh bila semakin hampir dengan kampungku tetapi aku diam dan hanya melihat keluar tingkap sambil aku termenung memikirkan tentang pakcik yang aneh tadi. Aku seakan dipukau oleh sesuatu, aku dari tadi melihat ke luar tingkap dan memerhatikan jalanan sunyi sepi dan penuh dengan pokok yang agak aneh jika dibandingkan dengan pokok yang lain.