Setelah melalui beberapa kampung, akhirnya tiba juga di kampung nenekku.Masa tu perasaan aku seakan-akan seram dan aku rasa sangat kesejukan seperti berada di dalam ais.Aku menoleh ke kanan dan ke kiri sambil memerhatikan kawasan tersebut, aku seperti telah ditipu dengan kata-kata orang yang mengatakan kampung itu indah.Ternyata indah khabar dari rupa, kampung itu sangatlah sunyi dan berantakan seperti ada kejadian yang sangat mengerikan dan perasaan seram mulai menerjah benakku.Jiwa aku rasa tidak tenteram dan rasanya ingin balik semula ke bandar. Apakah daya aku hanya mampu mengikuti ayahku yang sangat keras kepala. Ibuku dari mula merasa tidak senang ketika ayahku meminta untuk balik ke kampung secara tiba-tiba. Awalnya ibuku tidak bersetuju dengan cadangan ayahku itu. Disebabkan ayahku tetap ingin balik ke kampung ibuku kerana katanya rindu dan ingin kami mengetahui siapakah nenek kami di sebelah ibuku. Akhirnya ibuku mengalah dan hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Ayahku pun beria-ia lalu menyusun barang pada malam itu juga kerana dia ingin bertolak esok pagi.
Setelah sekian lama berjalan di kampung itu, akhirnya kami terjumpa rumah nenek. Ayahku pun menghentikan kereta lalu keluar dari kereta dengan perasaan yang gembira, Ayahku terus memberi salam "Assalamualaikum mak!..", "waalaikumussalam!!Ohh..kamu rupanya Hashim! Eh, Ana dan Mia pun ikut sekali ke!!" jerit nenek dengan gembiranya. Alangkah terkejutnya aku apabila, aku melihat nenekku sangat cantik walaupun usianya sudah lanjut dia seperti perempuan yang baru umur 30 tahun berbanding ibuku yang terlihat seperti nenek yang berusia 50 tahun padahal usianya baru 34 tahun. Mia berlari dengan pantasnya ke arah nenek dan terus berada di dalam pelukan nenekku tetapi aku masih merasa tidak sedap hati dan aku agak merasa aneh dengan nenekku yang masih terlihat muda walaupun usianya sudah 70an."Ana kenapa tak salam nenek?" tanya ibuku. Aku tersentak dengan suara ibuku "Ouh..maaf ." jawab aku. Aku pun pun segera bersalaman dengan nenekku "Assalamualaikum Opah. Opah sihat?" tanya ku tetapi nenekku tidak mengendahkan pertanyaanku lalu pergi masuk ke bilik. Aku pun berasa hairan dengan sikap nenekku kepadaku.Dia bersikap lebih dingin kepadaku berbanding dengan adikku.
Tanpa banyak soalan, aku terus meluru masuk ke dalam rumah. Pada masa itu, aku melihat pintu yang satu-satunya berukir seperti gambar alam flora dan fauna. Ukiran pintu itu sangat cantik dan sepertinya pintu itu selalu dibersihkan oleh nenekku kerana ia terlihat sangat bersih. Aku memuji nenekku "Bersihnya pintu ini Opah!Opah selalu ka bersihkan bilik ni?", "Eyh..kau jangan banyak tanya.Kau diam je lah, sibuk saja pasal bilik tu! Kau jangan pernah terfikir nak masuk sana. Kalau aku tau aku akan buang kau dari rumah ni!! Faham?!" kata nenekku dengan tegasnya. Aku pun tersentak seketika bila mendengar kata-kata nenekku tadi. Aku seakan-akan disambar petir ketika nenekku berkata sangat kasar dan ingin membuang aku dari rumah. Nenekku menjeling dan terus pergi ke dapur. Aku masih tercegat di sana sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh nenek aku. "Kenapa Opah tegas sangat dengan aku. Aku baru sampai kot..baru je kenal takkan nak marah-marah. Aku tak fahamlah masalah opah ni." bisik hati kecilku. Aku terus beredar dari tempat itu lalu ke halaman belakang untuk menemani adikku bermain. " Hah,sampai pun akak! Kenapa lama sangat kak..adik penat tunggu."kata adikku. aku pun menjawab "maaflah akak ada hal sikit tadi." , "Ehy...Kau dah tua-tua pun nak main lagi ke tak malu eyh... Bagus kau pergi dapur, masak lauk pauk, masak nasi..hah!! Daripada kau main kau dapat apa..!" Kata nenekku dengan tegas. "Baiklah opah." jawabku. " Eyh sapa opah kau, hah!!" katanya lagi. Aku terdiam dan aku tak tahu nak kata apa. Aku hanya mampu tundukkan kepala dan berlalu pergi dari halaman belakang. " Dah tua bangka pun masih berfikir nak main! Apa nak jadi lah dengan kau!!", katanya lagi. Aku yang berada di dapur terdengar kata-katanya itu terasa sangat hina dan aku ni seperti orang gaji di rumahnya. Adik aku diberikan semua yang diminta dan aku disuruh melakukan segala perkejaan di rumah walaupun itu baru hari pertama aku balik ke kampung. Aku agak tersinggung dengan sikap nenekku kepada aku kerana dia seperti memanfaatkan aku. Ibu dan ayahku tidak peduli dengan keadaan aku masa tu. Aku pun hairan sebab sebelum ni mereka sentiasa memberi perhatian terhadap aku dan adikku tetapi semenjak balik ke kampung sikap ibu ayah ku telah berubah seolah-olah fikiran mereka dikawal oleh nenekku. Setelah seminggu berada di kampung aku mulai rasa curiga dengan bilik yang dikunci itu. Aku seperti rasa ada sesuatu yang memanggil aku untuk masuk ke bilik itu. Oleh kerana tiada sesiapa di rumah, aku pergi mendekati bilik itu dan cuba untuk mengintip ke dalamnya. Aku cuba untuk melihat melalui lubang kecil yang ada pada pembuka pintu tersebut dan aku melihat ada sesuatu di dalamnya. Aku rasa terkejut dan wajahku bertukar pucat apabila mengetahui di dalam bilik itu terlihat.....