Chereads / Girls Of Leaders / Chapter 28 - Bab 28

Chapter 28 - Bab 28

"Fiee..lama lagi ke?!" tanya Fiza tak puas

"Ishh..kau ni. Sabar sikit tak boleh ke?" jawab Fiee.

"Yelah. Hah? Dee mna?" soal Fiza pada yang lain.

"Dee kat.." belum sempat Nad nak menyambung katanya, tiba2 Dee datang menyergah.

"Weii..weii..weii..dia dah nak sampai sini!" sergah Dee secara mengejut.

"Weii Fiee..better kau cepat sikit nanti hancur plan kita" gesa Sha.

"Kejap lah!"

"Dah2..kau buat kerja kau tu cepat. Kalau tak jadi, kau yang kerjakan nanti" ugut Fiza.

"Ishh..yelah2. Kejap lagi settle lah ni, korang ni tak menyabar betul lah" marah Fiee sambil menjeling sepupu2nya.

"Okey dah siap dah" kata Fiee setelah kerja dia dah siap.

"Okey..dah jom duduk kat tempat masing2 cepat" arah Yuni.

"Korang semua diam je, jangan banyak bunyi. Kalau tak, siaplah korang!" ugut Eqah kepada semua pelajar yang ada kat dalam kelas tu.

Nasib baik lah mamat 8 ekor tu ada urusan mendadak dengan guru disiplin kalau tak memang tak jadi lah plan diorang kali ni.

"Dah2..semua diam" arah Fiza dan semua orang di dalam kelas itu pun ikut diam.

"Dari kiraan.."

"3"

"2"

"1"

BUSSSHHHHH!!!

"HAHAHAHHAHAHA" habis pecah ketawa Devil's Roses dengan pelajar yang lain.

Aisyah's pov

Semasa aku keluar dari kereta tadi, ramai pelajar yang memandang ke arah aku. Well, dah nama pun aku budak baru kan? Masuk hari ni dah hari ke 2 aku bersekolah kat sini.

Sesampai je kat depan pintu kelas, entah kenapa aku rasa macam tak sedap hati je nak masuk ke dalam kelas. Rasa macam ada sesuatu yang bakal terjadi je.

"Hurmm..mungkin rasa aku je kot" kata ku untuk menyedapkan hati sendiri.

Tombol pintu aku pulas sebelum kaki mula melangkah masuk ke dalam dengan senyuman manis yang terhias di mukaku. Baru je aku selamat melangkah ke dalam kelas tiba2..

BUSSSHHHHH!!!

Mati terus senyuman manisku bila mana aku merasa seluruh baju dan badanku terasa basah dan berbau busuk.

"HAHAHAHHAHAHA" pecah ketawa semua pelajar yang ada kat dalam kelas tu.

Aku mula menundukkan kepalaku memandang ke arah lantai. Malu. Itu yang aku rasakan sekarang ni. Baru aku nak melangkah keluar dari kelas tu, tiba2 ada suara orang yang menegurku dari belakang.

"Ehh..kau okey tak ni?" soal Fiza prihatin.

"Errkk. Sa..saya okey je"

"Baguslah kalau kau okey je sebab.." kata Fiza sambil membuat isyarat ke arah Devil's Roses yang lainnya.

Mereka yang memahami maksud isyarat yang di buat oleh Fiza segera menghampiri dengan membawa sesuatu di tangan masing2.

"Sebab apa?" soalku kehairanan sambil memandang ke arah 7 orang pelajar perempuan yang semakin menghampiri ke arah kami berdua.

"Sebab aku dan kawan2 aku ni nak tolong kau"

"Tolong apa?" soalku lagi.

"Tolong ni!!!"

Seraya Fiza menghabiskan katanya, ada sesuatu yang mereka lemparkan ke arahku. Aku hanya mampu menutup mata dan hanya membiarkan mereka berbuat sedemi kian.

"HAHAHAHAHA" sekali lagi kelas itu bergema dengan dengan gelak tawa pelajar di dalam kelas itu.

"Best tak mandi telur dengan tepung ni?" soal Fiza dengan sinis dengan sisa gelaknya.

Aku hanya mampu menahan air mata ku dari mengalir dan menundukkan kepala ku sebab malu yang teramat. Seumur hidupku, aku tak pernah dipermalukan macam tu depan pelajar lain.

Aku yang dah tak tahan dipermalukan macam tu, segera berlari keluar dari dalam kelas tapi sebelum aku keluar aku sempat memandang ke arah wajah serba salah Ainur. Aku tau mesti dia rasa serba salah sebab tak dapat bantu aku.

=====

Nobody's Pov

"Aisyah! Aisyah! Aisyah!" panggil Ainur tapi langsung tak di hiraukan oleh Aisyah.

"Apa yang korang dah buat dekat dia ni?" soal Ainur sambil memandang semua ahli Devil's Roses.

"Woo..cik akak ni kenapa tiba2 je nak marah ni? Alolololo..kan dah tak comel dah muka tu" kata Dee melawak dan di sambut dengan gelakan yang lain.

Ainur yang malas melayan dengan cepat ingin segera berlalu dari situ tapi di halang oleh Sha.

"Ehh..cik akak ni nak pergi mana? Nak pergi tolong kawan akak yang mandi tepung tadi tu ke?" soal Sha sinis.

"Boleh tepi sikit tak? Saya nak cepat ni" kata Ainur sambil memandang Sha yang sedang menghalang jalannya dari mengejar Aisyah.

"Ehh..ma.."

Belum sempat Sha menyambung cakapnya, tiba2 suara Fiza menyampuk dari tepinya seraya mematikan kata2nya.

"Dah..bagi je dia lalu" arah Fiza selamba.

"Okey. Nasib baiklah hari ni aku baik so, aku lepaskan kau macam tu jelah" kata Sha sambil memberikan jalan untuk Ainur mengejar Aisyah yang lari entah kemana.

"So rancang kita dah berjaya right?" soal Eqah sambil mengangkat kedua2 keningnya.

"Ofcourse ler" sahut Yuni.

"Well..tengoklah siapa yang pasang perangkap semua tu" kata Fiee dengan bangganya.

"Heh! Setakat pasang perangkap pun nak di banggakan..kau tengoklah siapa yang buat semua rancangan ni? Kalau tak ada rancangan ni, memang semua tak berjalan lancar" kata Fiza dengan riaknya sambil mengangkat2 keningnya

"Poyo lah kau!"

"Puiihh!"

"Bapak perasan minah ni"

"Sorry, who are you?"

"Nak termuntah pelangi aku sekarang ni"

"Sila meninggal"

"Sesiapa tolong kutip dia ni cepat"

Itu lah kata2 yang keluar dari mulut ahli Devil's Roses yang lainnya bila mana mereka mendengar kata2 riak dari Fiza itu.

"Hampeh!" kata Fiza sambil meluku kepala sepupu2nya satu per satu.

"Aduhh" adu mereka.

"Baru korang tahu rasa sakit dengan penangan tangan aku ni" kata Fiza sambil meniup tangan nyaa.

"Eleh.."

"Okey..sekarang ni siapa nak bersihkan semua ni?" soal Dee sambil memandang wajah sepupunya satu per satu.

"Entah..kalau kau rasa kau rajin, kau jelah yang bersihkan" kata Nad selamba.

"Tak nak aku"

"Dah lah..biarkan je semua ni. Jom kita pergi markas kita je, aku takde mood nak belajar hari ni" kata Fiza sambil melangkah ke arah pintu.

Mati terus langkah Fiza dengan ahlinya yang lain sebab dengan tiba2 terpampang wajah 8 ekor beruk hutan yang sedang berdiri di depan pintu kelas serta menghalang mereka dari terus melangkah pergi.

"Girls..can you guys explain what's going on right here?" soal Mirul dengan tegas sambil menatap tajam ke arah wajah Fiza yang berdiri di depannya sekarang.

Tbc...