Chereads / Girls Of Leaders / Chapter 3 - Bab 3

Chapter 3 - Bab 3

"Weii..dah habis ke? Lama lagi ke kita kat pasar ni?" Rungut Fiza.

Mana tak merungut, dah lebih 2 jam mereka kat pasar ni. Jangan ingat diorang ni orang berada tak pernah pergi pasar okey? Mereka lagi suka hidup macam orang biasa2 je kira hidup berdikari lh.

"Kejap lagi lh..ni nak cari ikan segar jap" kata Sya.

"Betul ni? Kejap lagi kita balik?" Tanya Fiza untuk kepastiaan.

"Iye..dah2 gerai ikan kat depan tu je lgi, lepas tu kita boleh balik dah" beritahu Sya lagi. Dia tahu Fiza ni bukan jenis yang suka jalan lama2.

Mereka pun menuju ke hadapan di mana terletaknya gerai ikan. Bau ikan menusuk ke dalam hidung mereka. Bau? Memang pun tapi mereka tak kesah pun sebab dah biasa dengan bau tu semua.

"Pakcik..ikan merah ada?" Sampai2 je dekat gerai ikan terus Yuni bersuara.

"Ada cik..masih segar lagi sebab baru sampai tadi pagi" terang pakcik tersebut.

"Ohh..kalau macam tu bagi 2 kilo ye" ujar Fiee pulak.

"Kejap ye cik" pakcik itu menimbang berat ikan lalu memasukkan dalam plastik sebelum diserahkan kepada Nad.

"Berapa harga dia pakcik?" Tanya Reen.

"Lima belas ringgit je cik" kata pakcik itu seraya Reen menghulurkan dua keping not berwarna merah kepada pakcik itu.

"Lebih duit tu simpan je pakcik" kata D'R serentak sambil tersenyum manis.

"Syukur alhamdulillah..semoga kamu semua diberkati oleh Allah" doa pakcik tu.

"Amin!..kalau macam tu kami gerak dulu ye pakcik" kata Dee minta diri.

"Baik lh..sila datang lagi" kata pakcik itu sebelum mereka bergerak pergi dari situ.

"Yeah!! Jom kita balik" kata Fiza dengan gembira.

Yang lain dah menggeleng kepala sambil tersenyum tengok sepupu kesayangan diorang ni. Harap je leader D'R tapi perangai macam budak2 hingusan.

Mereka pun memasuki kereta masing2 sebelum meluncur laju membelah jalan raya menuju ke banglo D'R.

"Sampai pun!!" Jerit Fiza selepas keluar dari kerita Dee.

Pakk!

"Auch..sakit lh" mencerlung mata Fiza melihat ke arah Dee.

"Kalau ye pun happy dah sampai rumah ni..tolong lh angkat semua barang basah ni masuk dalam rumah" kata Dee.

"Hehehe..sorry! Aku teruja sangat tdi sampai lupa semua benda ni" laju tangan mengambil semua barang yng mereka beli tadi.

Mereka semua pun masuk ke dalam rumah dan meletakkan semua bahan2 tadi ke dapur. Semua barang2 itu di susun elok2 di tempat yang telah disediakan.

"Hah..hari ni giliran korang berdua pula masak" kata Eqah kepada Yuni&Sya.

"Haah lh..nak masak apa untuk tengah hari ni?" Kata Yuni

"Masak apa2 je yang penting sedap dan mengenyangkan perut" kata Nad seraya menggosok perutnya sambil membayangkan masakan2 yang sedap2 nanti.

"Kau ni tau makan je kn?" Kata Fiee yang baru sampai ke dapur.

"Auchh! Auchh! Lepas lh ngok..sakit tau tak?!" Jerit Nad&Fiee menahan kesakitan di telinga mereka yang di tarik oleh Fiza.

"Dari pada korang terus bertekak..apa kata kamu berdua pergi mandi cepat sebab lepas je kita makan tengah hari ni, kita pergi mall sama2 takde yang tinggal kat rumah" dah keluar dah aura leader si Fiza ni.

"Iye..kitorang nak pergi mandi lh ni. Tapi lepas lh telingan kitorang ni" kata Fie minta lepaskan.

"Yelah..habis merah telinga aku ni" terus keluar muncung si Nad ni sambil menggosok telinga dia yang merah tu selepas je Fiza lepaskan telinga mereka.

"Dah2..aku nak korang berlima pergi naik atas dan mandi dalam kiraan 3 kalau tak nahas korang" ugut Fiza kepada Nad,Eqah,Fiee,Dee dan Reen.

"Sa.." belum sempat Fiza menggira, terus kelima2 gadis itu pecut melarikan diri ke tingkat atas sebelum nahas dikerjakan oleh si Fiza ni.

"Hahahaha..tau takut, aku baru je ugut sikit" gelak Fiza melihat tingkah laku sepupu kesayangan dia tu. Yuni dan Sya pun turut gelak dengan perangai mereka semua itu.

"Dah lh..aku nak pergi naik atas nak bersiap okey? Korang masak sedap2 ehh" kata Fiza lalu menaiki satu persatu anak tangga.

"Baik boss!!" Laung Yuni dan Sya serentak.

Setelah lama menghabiskan masa dengan memasak di dapur, Yuni dan Sya pun bercadang hendak naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri sebelum memanggil yang lain untuk turun makan.

"Hurmm..sedapnya bau" satu aroma yang sedap menusuk ke dalam hidung mereka berenam.

Keadaan di tingkat 3 ketika itu sunyi sekejap bagi menghayati bau sedap itu sehingga ada satu bunyi yang menganggu mereka semua.

"Krukk..krukk..krukk" semua memandang Fiee yang sedang tersengih sambil membuat gaya peace.

"Hahahahahaha.." semua yang berada disitu gelak sakan sehingga ada yang tergolek2 disebabkan bunyi tu datang dari perut Fiee yang tengah tahan lapar.

"Ehh..korang dah nak pergi bawa ke?" Tanya Sya yang baru keluar dari bilik dia tu.

"Haah..kau baru habis mandi ke? Yuni mna?" Soal Reen sambil menliarkan matanya mencari kelibat Ayunni.

"Haah aku baru je lepas mandi..Yuni kat dalam bilik dia lh kot" ujar Sya.

"BAAHHH!!" sergah seseorang dari belakang.

"Ohh pocot mak kau terbang!" Latah Dee dan yang lain hanya terkejut sebelum ketawa dengan latah Dee tu.

"Apa main sergah2 orang ni? Kalau kitorang ada sakit jantung cemana? Kau nak tanggung ke?" Soal Dee dengan geram.

"Sorry lh..jom ahh dah alang2 kita semua ada kat sini ni, jom kita pergi makan kat bawah" ujar Yuni tanpa mengendahkan soalan Dee.

Mereka pun turun ke tingkat bawah sama2 dengan gelak tawa. Selesai makan mereka semua pergi bersiap sebelum mereka keluar ke mall pada jam 2 petang nanti.

TBC..