Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Date Me?

🇲🇾levonuts
--
chs / week
--
NOT RATINGS
10.4k
Views
Synopsis
To: mr crush *cerita ni untuk awak. *bahagia ni untuk awak. *cinta ni untuk awak. so...date me please? Untuk kali ke seratus....aku hantuk lagi kepala ke dinding. "sah hanna! kau memang gila!" ni kot...yang manusia kata cinta ini buta. actually...cinta tak buta. manusia yang buta. tengok lah aku ni .... "takkan lah aku nak bagi dia baca ayat macam ni!!" Aku hantuk lagi kepala ke dinding sebelum.. bang!! kertas tadi aku campak ke dalam tong sampah besi. Mati lah kau wahai surat! ****** Tapi...ni bukan cerita aku mengurat encik crush.. dan lagi bukan...cerita crush mengurat aku balik. sebaliknya...ni kisah aku dan dia... yang tak mungkin bersatu kerana satu perkara. takdir. jadi...mampu ke takdir mencari cinta yang inginkan? atau cinta yang kami inginkan langsung tak patut wujud?
VIEW MORE

Chapter 1 - firash

Nama: Muhammad Firash bin Malik.

Umur:21 tahun

Status: single

Ekk...itu pun nak tulis. Mata aku dah terkedip perlahan pada ayat paling bawah.

Moto: kalau kau benci aku...aku tak kesah. Aku benci kau jugak.

Aikk...macam tahu-tahu je ramai musuh mamat ni.

          "Nuha! Sini jap!"

Nuha yang tengah tersadai atas katil mula angkat wajah dan pandang aku pelik.

         "Asal? Kau nak info apa pulak?"

Macam tahu-tahu aje si nuha nih.

Aku sengih tak bersalah.

         "Alahh...aku nak tanya pasal mamat ni." Kertas tentang maklumat firash aku angkat. Dan mata nuha terbuntang.

           "Aikk...mane kau rembat info pasal FIRASH!!" Si nuha laju berlari ke arah aku dan dengan selamba dia rampas kertas di tangan aku. "Biar betul weh!! Sejak bila kau pandai skodeng laki nih?"

Kepala aku dia tunjal perlahan sebelum anak mata dia berhenti pada info firash.

        "Tapi kan...kenapa firash? Kau syok dekat dia ke?"

Itu yang dia tanya.

Aku buat tak dengar.

        "Tak penting lah. Yang penting sekarang....boleh tak kau cerita sikit pasal dia. Alah...aku tahu..kau ada jumpa jugak dengan dia kan."

Bahu nuha aku tunjal perlahan.

         "Jangan buat tak tahu..."

   

         "Alah....aku bukan buat tak tahu...tapi...apa yang bestnya pada firash? Aku tengok biasa aje." Si nuha letak balik kertas di atas katil. Lepas tu dia lentokkan kepala atas bahu aku. "Tapi..kalau kau nak tahu juga...aku boleh aje cerita mana yang aku tahu."

Si nuha tarik nafas seketika sebelum dia sambung.

         "Okey...kalau kau nak tahu...firash ni...budak agama. Aku tak tahu detail course dia tuh. Tapi yang aku tahu...kalau ada ceramah atau majlis ilmu...si firash ni akan duduk bahagian paling depan."

        "Then?"

          "Banyak jugak dia tanya. Budak kesayangan prof Naresh. Tapi dia bukan jenis banyak mulut jugak. Dia cakap bila perlu aje."

Aku diam. Ralit dengar cerita nuha. Sekaligus...aku tengah berfikir pasal firash.

         "Satu hal...dia tu memang tak sporting macam laki lain. Dia bergaul dengan kaum adam aje. Kaum hawa dia cakap bila terdesak dan kalau assignment sama. Yang lain...memang dia buat tak tahu."

         "Alim eh?"

Itu yang aku tanya.

Dan sudahnya...kepala aku si nuha ketuk. Tanya soalan biul lagi!

         "Entah! Nak jaga ikhtilat mungkin. Bagus lah tu. Jenis yang jaga iman dan agama kan. Bukan senang nak cari laki macam tu. Aku tak tahu laa sangat. Kalau ada dia tersasul...nak buat macam mana kan. 

Sebelum pandai agama...dia tu just manusia biasa."

Panjang lebar si nuha terangkan. Budak law. Mana nak pendek. Sekali bagi...memang padat.

        "Nuha...kau rasa kan...firash tu baik dekat semua orang ke...atau sesetengah je?"

        "Semua kott"

         "Ouhh."

          "Dah lah. Banyak pulak aku membebel malam ni." Nuha angkat kepala dia sebelum dia pergi ke katil dia dekat sebelah. "Tapi kan hanna...kau jangan macam-macam tau. Ingat...kita datang sini nak belajar. Kau jangan menggatal pulak. Sia-sia aje kena bedal dalam kubur! "

Pedas berapi ayat nuha.

Aku senyum aje.

Baru nak buka buku...si nuha sambung.

        "Lagi satu....kau jangan mudah jatuh suka dekat orang. Bahaya. Jatuh cinta tu...sama aje macam jatuh gaung! Kalau kau dah jatuh...aku nak tarik balik pun susah!"

Dalam maksud nuha. Lepas tu...kami sama-sama buat kerja.

*****

2 hari lepas tu.

Aku dah berjalan terkedek-kedek dengan fail yang bertimbun di tangan. Aku dah lah pendek...bawak barang banyak...dah macam smurf sekali pandang. Dan sebab aku ni...jenis gelabah...

Bukkkk!!

Badan aku terlanggar dinding. Habis semua fail jatuh. Nak dijadikan cerita...aku bukan langgar dinding...tapi langgar manusia dekat depan.

Si firash!!

Cliche kan?

Aku rasa..nak aje lempang diri sendiri.

          "Sorry!"

Serentak aku dengan firash mintak maaf.

Double cliche!

Memang nak kena lempang jugak muka ni.

Aku buat tak tahu.

Walaupun...jantung aku dah berubah rentak...tangan aku laju kutip fail yang berterabur dekat bawah. Dan yang paling tak sangka...si firash tolong sekali.

Ni part tak best!

          "Next time...awak mintak lah tolong sesiapa. Berat ni. Nasib balik jatuh dekat sini. Kalau jatuh dekat tangga? Tak mustahil awak jatuh sekali. Kan bahaya.." si firash membebel perlahan.

Suara dia.

Tak ada nada.

Nak kata marah tak jugak. Nak kata mengejek tak jugak. Sudah nya...aku cakap..

        "Okey. Terima kasih."

Lepas kutip fail dan kertas, si firash baik hati tolong bawakkan untuk aku.

Ni yang aku tak suka.

           "Tak apa. Saya boleh bawak sendiri. Kali ni..saya bawak elok-elok." Baru aku nak ambik fail di tangan firash...dia boleh terus jalan macam tu aje. Aku dekat belakang dah mengeluh.

Sepanjang jalan...ada aje mata-mata yang pandang kami...macam aku ni makhluk asing...dan firash pulak...bidadara yang terjun dari langit ketujuh. Hmmm...

Lepas siap hantar dekat prof alina...si firash menghilang. Aku buat tak tahu aje. Nak ucap terima kasih tak sempat.

        "Tak apa lah. Lain kali boleh cakap."

Baru nak berjalan...ada manusia yang pintas laluan aku. Aku pun tengok lah. Kali ni...nafas aku berhenti sesaat.

           "Nah." Si firash hulur jaket hitam ke arah aku. Muka dia biasa je.

Aku ni...yang tak tahu..dah kerut berapa dah dahi aku ni. Pelik bin ajaib. Entah mimpi apa si firash ni...nak bagi aku jaket dia?

          "Kenapa?"

Si firash tak jawab. Sebaliknya...dia datang dekat lepas tu...dia sarungkan jaket dia dekat badan aku. Siap...dia terus pergi. Macam tu aje. Aku dah mati kata.

Jaket hitam dekat tubuh sendiri aku pandang. Ada bau perfume lelaki. Bau firash.

Aku tahan senyum. Sambil tu...aku sempat masukkan tangan ke dalam poket. Ada kertas. Tak nak buat busy body...tapi aku baca jugak.

       Maaf tapi...awak perlu jaket tu untuk tutup belakang awak

Aku dah tak sedap hati. So...aku pun laju terjah tandas dekat situ. Dan betul....aku tak boleh solat. Patut pun...si firash bagi jaket dia.

Muka aku dah memerah. Malu!

Habis aku perasan tadi!! Entah...banyak mana laa orang dah tengok!!

Okey...sumpah kali ni...aku nak tanam muka aku dekat bawah lantai. Hmmm...

******

Jaket yang disangkut dengan hanger pada dinding, aku pandang. Jaket firash. Bila aku nak bagi balik?

Wajah nuha, aku pandang sekilas. Nak suruh nuha bagi...nanti mesti banyak nuha tanya. Jenuh nak menjawab. Aku mengeluh perlahan. Tangan aku melipat kertas kecil dan kemudian aku selit pada kotak dalam laci meja.

Biar lah....nanti aku bagi balik.

Siap simpan buku, aku terus landing dan tidur. Malas nak pening kepala.