Prof Alina membebel pasal trigger point(TrPs) di depan. Aku, anis dengan hani dan buat muka zuhud. Tak berkelip kami dengar prof alina cakap. Nasib baik...tak laju macam prof zahid! Kalau tak...memang naya lah kami bertiga.
Bukan merangkak...mahu kami tersadai dalam bilik gym nih.
Dalam 40 minit prof alina terangkan pasal trigger point, si anis dah cuit lengan aku dekat sebelah. Lepas tu, dia bisik perlahan.
"Weh hanna...kau nak jumpa mamat tu kan?" Perlahan aje si anis cakap. Sambil tu, dia pandang dekat luar bilik. Aku pun ikut sama pandang ke luar.
Dan nafas aku mula berombak kasar.
Firash.
Dekat luar...ada firash dengan dua orang lelaki kulit sawo matang tengah bercakap. Cakap apa entah...tapi muka mereka..tak macam gaduh. Lepas tu...mereka mula melangkah.
Tubuh tinggi firash aku pandang lama. Dan tanpa aku sedar..mulut aku tersebut nama dia perlahan.
"Firash..."
Dan serentak langkah firash mati.
Anis di sebelah dah siku pinggang aku.
"Kau cakap apa,hanna? Aku tak dengar."
Suara anis aku abaikan. Sebaliknya...anak mata aku terus memerhati batang tubuh firash. Sampai lah...si firash berpaling dan dia pandang ke dalam bilik gym kami. Atau...dia pandang seseorang. Atau...dia pandang....aku?
Muka aku memerah.
Lagi-lagi bila si firash senyum nipis dan beredar dari situ.
"Anis...aku rasa aku dah jatuh gaung lah. Gaung yang sangat dalam." Anak mata aku masih pada tempat si firash berdiri tadi. Walaupun...kelibat firash dah menghilang.
"Dah kenapa kau ni? Demam ke?"
Anis tanya aku perlahan sebelum dia fokus ke depan.
"Betul kot. Aku dah demam. Demam cin-....."
Eh! Apa aku merepek ni. Terus aku menggeleng perlahan dan fokus aku kembali berlabuh pada pembentangan di depan.
"Ya Allah...kau ampunkan dosa-dosaku. Dosa isteriku,dosa ibu bapa dan keluarga mentua aku. Kau rahmatilah keluarga kami. Kau jauhkan kami sekeluarga dari benci dan khianat manusia. Dan kau beri lah kami peluang untuk hidup bersama walau hanya seketika cuma." Si dia di depan teresak perlahan sebelum menyambung.
"....kau berilah aku peluang untuk menjadi seorang suami yang baik. Yang dapat bahagiakan seorang perempuan yang aku sangat cinta. Ya Allah...hanya padaMu aku berserah. Amin Ya RabbalAlamin."
Tangan aku lekapkan pada muka sendiri. Dan ada titisan air jernih yang jatuh ke pipi. Kenapa dengan aku?
Kenapa aku rasa sedih?
Si dia berpaling dan duduk dia labuhkan di depan aku.
Anak mata aku masih tidak beralih dari merenung sejadah. Sampai lah...aku nampak ada tangan besar di depan. Dan suara dia menerobos gegendang telinga.
"Hanna..."
Suara dia. Tak ceria macam selalu.
Terus aku angkat wajah dan anak mata aku berkaca. Berkaca bila nampak wajah dia pun sama basah dengan air mata.
"Salam abang, sayang."
Macam biasa. Dan aku pun dengan penuh hormat bersalam dengan dia. Dan bila aku nak lepaskan tangan dia, tangan aku makin digenggam erat.
"Kenapa isteri abang menangis lagi?" Air mata yang jatuh di pipi aku dia kesat perlahan. " Kan abang dah cakap....jangan menangis kerana manusia yang lemah." Air mata aku dia terus kesat sebelum dagu aku dia sauk.
"Bagi abang tengok isteri manja abang ni kejap." Anak matanya jatuh pada anak mata aku. Dan tap...air mata dia jatuh.
Serentak...aku rasa seolah dada aku dihenyak kasar dengan sesuatu. Dan memaksa empangan air mata aku untuk pecah.
"Nanti...bila abang dah tak ada...jangan nangis macam ni. Abang tak ada. Tak boleh nak pujuk hanna lagi. " Tangan aku diraih dan dikucup lama. " Abang tak boleh nak cium tangan hanna macam ni lagi." Tangan aku dia terus kucup. Sampai aku dapat rasa...ada air suam yang jatuh pada belakang tangan aku.
"Macam mana dengan hanna? Apa yang hanna nak buat kalau abang tak ada? Macam mana hanna nak hidup kalau abang..." Aku dah teresak. Tangan dia, aku lepaskan sebelum aku mula lekapkan tangan aku pada pipi dia yang basah dengan cecair jernih.
"....kalau abang tak ada...macam mana dengan hanna?" Air mata dia aku kesat perlahan. "Suami hanna tak boleh menangis macam ni. Tak macho." Selesai kesat pipi dia...tangan aku beralih pada hidung dia dan aku cuit perlahan.
"...suami hanna kena kuat. Tak boleh menangis walau apa pun yang jadi. Biar hanna aje yang cengeng. Biar hanna aje yang selalu rindukan abang bila abang tak ada nanti. " Hidung dia aku kucup sekilas.
"Jangan sakit sebab hanna. "
Dan air mata aku pula yang jatuh. Si dia di depan laju tarik tubuh aku ke dalam pelukan. Aku terus menangis tanpa henti.
"Abang sayang hanna. Sayang sangat sangat."
Aku mengangguk perlahan.
Hanna tahu.
Aku pejamkan mata dan biar air mata yang jadi saksi kisah kami berdua.
"HANNA!! BANGUN!!"
Suara nuha menjerit. Dan aku laju buka kelopak mata. Tap. Setitis air mata jatuh ke pipi. Dah kenapa aku mimpi sedih macam ni?
"Woi..hanna...kau nangis!!"
Si nuha menjerit lagi sebelum dia sambung bergolek atas katil aku. "kau nangis kenapa weh? Nightmare ke?"
Aku diam sebelum aku tarik nafas perlahan.
Wajah nuha aku pandang sekilas.
"Nightmare. Sampaikan aku rasa...aku tak sanggup nak hadap kalau betul-betul jadi ." Air mata aku kesat perlahan sebelum tangan aku capai tuala di sebelah. "Aku mandi jap. Nanti aku citer."
Tak sampai seminit...aku dah masuk dalam bilik mandi. Tiba-tiba teringat pasal mimpi malam tadi.
Kenapa aku sedih sangat dalam mimpi tu?
Macam petanda aje!
Nauzubillahiminzalik! Mintak dijauhkan!
Laju aku pulas pili air dan air pancur mula jatuh ke badan sendiri.
*******
"Hanna...sebelum pergi kolam renang. Boleh tak tolong ambik tuala dekat bilik paling hujung?" Si erin...penolong ketua dah mula bagi arahan. Aku pula tak membantah dan hanya ikut arahan.
Maka...aku pun berjalan lah macam itik pulang petang di tepi kolam. Sambil tu...sempat aku berkhayal pasal mimpi semalam. Tak puas hati betul dapat mimpi macam tu!
Aku pun nak jugak mimpi sweet macam kdrama! Alih-alih...dapat sadromance macam tu! Aku membebel perlahan sebelum...
"HANNA!"
Suara orang menjerit sebelum....BUKK.
Ada bola tercampak pada kepala aku dan seretak imbangan tubuh aku jatuh...SPLASHHH! Dan aku sangat malang...bila aku jatuh dalam kolam renang.
Allah.
Dan itu yang keluar dari mulut aku sebelum pandangan aku berubah gelap.
"Hanna...abang nak hanna janji.."
Tubuh aku dia tolak perlahan.
"Bila abang dah tak ada nanti...hanna jangan menangis lagi macam ni." Pipi aku dia kesat perlahan. Aku terdiam sambil merenung anak mata dia yang sama berkaca. "Tolong jangan seksa abang. Abang tak sanggup tengok hanna sedih."
Aku masih diam. Tangan aku dia genggam erat dan pada bibir dia...ada segaris senyuman perit.
"Hanna tak kuat..."
"Tak. Isteri abang...dah cukup kuat. " Dia mencelah. Muka didekatkan sebelum bibir dia berlabuh pada dahi aku. " Hanna yang abang kenal...orang dia sangat kuat. Walau apa pun yang jadi...dia tak mudah mengalah." Dan bibir dia masih melekap pada dahi aku.
Tak lama lepas tu, baru dia pandang aku.
"Hana yang abang kenal....sentiasa senyum walaupun dia rasa sakit. " Tangan aku ditarik dan dilekap pada dada dia. "Tapi...abang tak sanggup tengok...orang yang abang sayang...pura-pura bahagia kalau abang tak ada nanti."
"Jadi...abang nak hana buat apa?"
Tak berkelip aku pandang anak mata dia.
"Hana lupakan abang. Lupakan semua tentang abang. Apa yang kita buat...apa yang kita lalui. Dan hana cari kebahagian hana. "
Air mata aku jatuh lagi.
"Tak...hana tak nak."
Tangan dia aku tolak kasar.
"Abang jangan paksa hana! Hana tak boleh buat macam tu!" Aku terus bangun dan melangkah dari situ. Berlari dan terus berlari hingga ke satu tempat.....
Suara manusia hilang...
Dan bunyi hon yang tinggal...
"Ya Allah!! Hanna!!"
Suara dia tenggelam dalam cecair warna merah.
Sakit dan sedih...yang hanya tuhan saja yang tahu.