Post Traumatic Stress Disorder
Aku tahu aku bertanyakan perkara ini secara tiba-tiba,
Betulkah manusia mampu melupakan kenangan silam mereka?
Adakah mereka betul-betul trauma?
Atau mereka sengaja mengimikkan perkara ini atas dasar popularity dan attention semata-mata?
Jika betul, bagaimana mereka move-on?
Apa yang aku lihat, terdapat dua jenis manusia yang mana pada pandangan aku,
"Memilih untuk membina masa depan"
Atau,
"Memilih untuk mengulangi kisah silam."
Jika kau diberi dua pilihan ini, mana satu bakal kau pilih?
Apa pilihan kau adalah tepat dan jitu?
Atau membawa kau ke arah kemusnahan diri sehingga hilang sifat humanity?
Jika kau diberikan peluang, adakah kau akan bangkit untuk menentang atmosfera di sekeliling kau dan mengubah garis masa kau yang sekarang?
Mereka ini terlalu leka dan cuai untuk buat keputusan sehingga ada di antara mereka sanggup membunuh diri kerana salah dan silap yang tidak berkesudahan.
Menghembuskan nafas yang panjang,
Renungan aku dibuang ke luar jendela, melihat permandangan yang indah disebalik gunung-ganang yang menghijau, melihat burung-burung berkicau, ada juga yang berterbangan bebas di angkasa tanpa di-
Tap! Tap!
"Hoi! Hazune. Boleh spend masa kau sekejap?"
Meja aku diketuk kuat oleh Kira Akise. Semua orang yang berada di dalam kelas memandang aku dan Akise dengan begitu tajam, seperti helang yang ingin menerkam mangsanya. Dan mereka kembali melakukan hal peribadi mereka.
Pertanyaan yang Akise lontarkan telah ku tahu jawapannya. Sedang aku mengosongkan fikiran, namaku dipanggil dengan nada yang sederhana tetapi jelas kedengaran di telingaku.
Aku menutup kedua belah mataku seperti orang bermeditasi yang sedang menumpukan fokusnya pada titik tenaga badannya, aku menggenggam erat kedua tanganku dan menghembus nafas pendek.
Secara santai dan bersahaja,
"Ada apa? Akise."
Nada yang aku ungkapkan amat halus dan rendah. Seperti orang yang tidak makan bertahun-tahun lamanya tetapi masih dapat didengari oleh orang yang peka pendengarannya.
"Boleh tolong aku angkat buku latihan ke bilik cikgu Haruka? Agak berat jugala untuk aku angkat sendiri."
Dia hadir? Dia ada di sini?
Aku jarang menumpukan perhatian semasa dia mengajar, mimik mukanya yang menyeramkan seperti iblis membuatkan aku tidak selesa. Lagu Shostakovich Symphony No.11 bermain di dalam fikiran aku. Membayangkan iblis cuba membunuh manusia melalui bisikannya yang mengoda.
"Okay."
Aku cuba menguatkan diri untuk bangun berdiri, dengan kudrat yang tinggal sedikit ini, aku secara perlahan berjalan mengambil buku di atas meja dan melangkah kaki keluar menuju ke bilik cikgu Haruka bersama Akise.
"Hari nampak tenang, kan Hazune? Sunyi je kelas-kelas lain, rajin betul diorang study."
Aku hanya membisukan diri, aku hanya melemparkan pandangan aku ke arah kelas-kelas yang kami lalui. Mereka belajar seperti hamba, tiada arah dan tujuan, mengikut telunjuk cikgu tanpa berfikir untuk berdikari.
Aku memandang wajah Akise yang masih bercakap-cakap. Aku hanya angguk. Tanda setuju dan paham.
Walaupun pada hakikat sebenar, wajahnya yang penuh innocent dan ceria, telah menutupi wajahnya yang sebenar sebagai manusia paling hipokrit.
XXX
Kira Akise, 17
Aku tahu. Mimik wajahnya tidak boleh berbohong,
Kata-katanya yang manis dan mempersonakan itu sikit pun tidak menggugat pemikiran aku, malahan kata-katanya itu hanyalah senjata untuk meracuni mangsanya.
Beberapa tahun yang lalu, rumour mengenainya tersebar luas di internet. Akise telah dituduh pernah meniduri teman wanitanya, Minahara Sayuri.
Rumournya mula tersebar luas apabila kawan Sayuri, Ai Hina memberitahu bahawa dia ternampak Sayuri memasuki hotel bersama Akise pada suatu waktu malam. Tuduhan yang dilemparkan oleh Hina dinafikan oleh Akise kerana dia memberitahu bahawa dia berada di Kanto bersama rakannya.
Tidak mungkin dia berada di Tokyo pada masa itu?
Aku tahu, Akise. Bahawa yang memasuki hotel tersebut bukanlah Akise dan Sayuri, tetapi orang yang diupah Akise untuk mengaburikan pandangan Hina.
Untuk membuat perkara ni, ianya mudah, Akise hanya perlu bekal pakaian yang sama pada orang yang diupah, manakala saki-bakinya diupah membuat berbagai cerita palsu bagi memeningkan kesemua pihak.
Setelah rumour tersebut tersebar di sekolah, pengetua cuba menutup kes ini dengan mengatakan, ianya fitnah semata-mata dan sesiapa yang masih menyebarkan perkara ini, akan diberikan mata demerit.
Dan akhirnya, rumour tentang Akise berjaya disenyapkan oleh pengetua dan Akise dipindahkan dari kelas 4-D ke 4-A.
Dimana orang tidak layak...
... menjadi ketua kelas.
"Permainan politik yang jijik ...
yang cuba untuk menutup kebenaran ...
Adalah satu kebodohan yang nyata.."
"Pitiful..."
End of Chapter 1-1