XXX Iblis
Sejenis makhluk yang mempunyai pelbagai rupa,
Bertanduk,
Berkepala dua,
Berkaki enam,
Atau
Mempunyai kepak yang besar dan panjang,
Aku pasti ramai yang tahu. Sifat iblis lebih kepada apa, dan perbuatan apa yang iblis suka lakukan.
Jahat, suka mengoda, pemfitnah atau
Suka menghasut.
"Hanya manusia naif sahaja, mudah diperbodohkan atau dipergunakan."
"Masuk!"
Kakiku melangkah masuk ke bilik ini, diiringi bersama Akise disebelah kanan badanku.
Dan hatiku memberitahuku, aura negatif telahpun menyelubungi bilik ini.
Bagai malapetaka, bakal menimpa ...
Aku dan Akise meletakkan buku latihan di atas meja nya, secara perlahan, agar tidak terhempas.
"Akise, kamu boleh pulang ke kelas kamu."
"Saya ada sesuatu untuk dibincangkan dengan Hazune."
"Baik cikgu."
XXX Aoi Haruka, 23
Guru kelas yang disukai ramai, peka dan tegas. Walaupun kata-katanya kadangkala menikam sensitiviti seseorang individu. Tetapi strateginya terbukti berkesan.
Walaupun kehebatannya terserlah, tetapi perbuatan iblisnya masih digunakan olehnya.
Demi mencapai kelas A, dia telah mempergunakan pelajarnya untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari kelas 5-F naik ke kelas 5-D. Dan diteruskan usaha ini sehingga ke kelas A.
Mungkin ada yang tanya, apa bezanya kelas-kelas ini?
Setiap bulan, setiap kelas akan dikreditkan point mengikut taraf kedudukan, daripada yang bawah iaitu F hingga yang paling atas, A.
Setiap point yang diperolehi, dimana ianya sama seperti sistem mata wang. Digunakan untuk membeli segala barang dan benda di sekolah itu.
Pelajar yang melakukan kesalahan dan perbuatan jahat akan dilindungi oleh Cikgu Haruka. Dan disogok dengan pelbagai janji olehnya.
XXX
Akise menundukkan kepala, tanda hormat. Dan segera melangkahkan kakinya berjalan pulang ke kelas.
Aku tahu. Aku hanya berdiamkan diri. Seperti orang yang menunggu ajal ditarik sebagaimana sebilah pisau diacu ke tengkuknya.
"Genius tinggal satu tingkat di atasnya. Dan menguasai semua tingkat dibawahnya ...
... Akira Hazune."
Seperti yang ku duga,
"Saya tak tahu apa maksud cikgu, tapi saya anggap ianya sebuah compliment."
Jawabku dengan selamba,
"Kamu hampir capai 60% bagi setiap subjek termasuk fizik, kimia dan biologi. Ianya sesuatu yang agak unik dan mengejutkan ..."
Katanya sambil mengukir senyuman sinis pada bibirnya, bermatakan separa buka seperti psychopath merenung mangsanya.
"Dunia ni sangat misteri, bukan? Atau ianya hanyalah sebuah kebetulan."
Ya, dunia ni membahagikan manusia kepada tiga taraf, dimana diantara mereka bersaing menguasai sesama mereka.
golongon genius,
golongan membangun,
dan,
golongan lemah.
Setiap struktur ini menghabiskan masa mereka membangun, bersaing dan menjatuhkan.
Seperti mana golongan genius menakluk golongan membangun dan golongan lemah,
Golongan membangun menerima perintah golongan genius dan menakluk golongan lemah.
Dan akhirnya, golongan lemah hanyalah menjadi hamba semata-mata. Dieksploitasi dan dipergunakan, tiada hala tuju dan hanya menurut apa yang diperintah
"Tiada kebebasan."
Di dalam dunia ini juga, tiada kawan atau musuh yang akan memihak kepada kita untuk selama-lamanya. Adakalanya, mereka berpaling tadah demi suatu keperluan peribadi atau suatu matlamat yang hendak dikecapi.
People with no sense, akan anggap ianya natural bagi kehidupan.
Tetapi,
People with knowledge, gunakan mereka sebagai "tools" untuk mengukir kemenangan.
Tanpa mereka sedar,
"They have been manipulated to become...
....their slaves and tools"
Akira Hazune, bermonolog dihatinya,
"Kebijaksanaan kamu saya kagumi, tetapi attitude sampah kamu, perlu dihapuskan."
"Itu privasi saya"
Keadaan menjadi tegang seketika, Cikgu Haruka menempelak Hazune secara halus.
"Saya tak berminat langsung untuk capai kelas A, cikgu Haruka. Ianya membu-..."
"... Dan orang yang tidak menunjukkan bakatnya adalah orang yang bodoh."
Hazune membisukan diri, menganggap ianya perkara yang sia-sia.
Cikgu Haruka menghembuskan nafasnya secara perlahan. Menarik udara untuk menyegarkan moodnya.
"Hazune, adakah dunia ni equal bagi kita semua? adakah peraturan dunia ni mengikat kebebasan kamu, pada pandangan mata kamu?"
Equal?
Adakah kita equal,
ataupun,
tidak?
Ada sesetengah masyarakat berfikir, lelaki dan perempuan adalah sama dari segi kesamarataan jantina.
Tetapi tidak dari segi dunia pekerjaan,
Perempuan lebih banyak menguasai kekosongan, dan memberikan alasan bahawa hasil kerja lelaki amat teruk dan cuai. Mereka diangkat seperti core utama pendapatan negara meningkat.
Mereka juga diangkat menjadi boss, Yang menyusun atur buruh syarikat dan menetapkan etika dan adab berkerja sendirian.
Tetapi kita almost lupa,
Bahawa kita juga golongan yang menindas golongan "disabilities" yang memerlukan kesamarataan. Hilang keupayaan akibat daripada kemalangan, genetik dan ketidaksengajaan.
Dan kita sering melaung seruan "Justice" untuk komuniti kita, dalam masa yang sama, discriminate golongan yang kurang upaya dengan mengunakan tempat dan utiliti khs mereka untuk kegunaan harian kita.
Jika aku disoal,
"Tidakkah dunia ini begitu kejam?"
"Ya ...
... kewujudan equality dalam hierarki sosial
... tidak wujud sama sekali."
End of chapter 1-2