Tengah malam Yang suram terutama di kawasan perkampungan,keadaan sekitar sangatlah sunyi.cuma bunyi burung Hantu sahaja yang kedengaran pada ketika ini.Tapi ada satu kawasan halaman rumah,Kedengaran Suara bercakap dari skrin Telefon bimbit jenama Redmi dari seorang lelaki berusia 30-an.
Chi (nama panggilan kampung) atau nama sebenarnya Theodore sibuk melayan siaran yang sedang dilayarinya itu.Siaran "how to make your...." sangat popular terutama kepada Chi yang Suka membuat benda benda baru.Selain dari Memiliki kilang kecil Parang buatan sendiri,Dia juga pandai membuat pelbagai benda benda lain asalkan ada sedikit asas benda yang hendak dia buat itu.
Sedang Sedang melayan video Dari telefon miliknya,pintu rumahnya dibuka dari dalam...
"Aik...Chi,kau belum tidur?da nak masuk jam 2 pagi sudah ini."Emak Chi bersuara menegur anaknya yang Boleh digelar bapa budak itu.
"belum Lah Maa.kejap lagi.sibuk layan Video baru ini.pasal Baju perisai yangbdibuat dari kulit Buaya."jawab Chi sambil tersengih.
"sibuk tanya pasal orang,yang Mama tu kenapa belum tidur?"
"owh....emak ada tidur tadi,tapi entah kenapa sejak beberapa hari ne asyik resah sahaja.macam ada benda buruk nak jadi." Emak Chi menjawab Sambil mengeluh.
"Erm...benda buruk apanya Maa.Mungkin pasal tak basuh kaki sebelum tidur.tu yang tak selesa tidur tu." Chi bersuara sambil mengusik emaknya.
"Oya Maa...Besok Alice balik kan dari Semanjung?nanti Mama Dengan Bapa pergilah jemput.Saya tak Dapat nak pergi.kena antar tempahan parang di tempat Pak Kordi.Mungkin lama lagi sana.paham paham lah pak Kordi tu.kalau tak bawa bercerita tak Sah."
nada chi sambil mengeluh.
"erm...baiklah.hati hati ja drive besok Hantar Tempahan tu.Kirim salam dengan Dorang di sana." emak chi masuk semula ke dalam rumah mereka.
Chi cuma melihat emaknya masuk dan menguap secara tiba tiba menandakan waktu tidur dia suda tiba..
Keesokkan harinya.....
"Chi Bangun..."
"ermmm....kenapa?jam berapa sudah nie?"
"10 minit lagi jam 8.Mak Dengan bapak kau nak jalan Suda ne.nak tunggu Alice di Perhentian Bas.dalam jam 9 dia sampai daa.dia telefon tadi."
"bah yelah.hati hati ja jalan nanti.kejap lagi saya gerak juga ne antar Parang tu." Kata Chi smbil mengosok matanya.
selang beberapa minit kemudian Bunyi kereta milik bapanya berbunyi.menandakan mereka telah bergerak.Chi bangun sambil merengang rengang otot badannya dan melipat kainnya dan secara x sengaja terpukul piala miliknya di tepi meja kerjanya.piala hasil kememengan Sukan Seni bela diri campuran yang dimenangi olehnya sewaktu berusia 21 Tahun itu di Singapore itu sempat diambilnya sebelum mencecah lantai.
""perghhh...masih ada pula Sisa sisa Tenaga zaman muda saya ini ar...hoho""
suara hati Chi sambil tersenyum sendirian.
sejak selepas itu....
Setelah selesai bersarapan ,Chi Masuk di Kilang Milik Bapanya dan mengambil Parang Parang Yang ditempah untuk disusun dan dihantar.Parang Hasil dari Tangannya itu Sangat menarik dari segi kekemasan,ukiran pemegangnya dan ketajamannya....Oleh sebab ciri ciri inilah,Chi mendapat tempahan yang banyak dari banyak orang.banyak yang tanya dari mana dia dapat teknik membuat parang miliknya,dia cuma jawab Dari Youtube.Tapi orang tak percaya sikit pun apa yang dia bagi tahu.Semua orang Sangka itu adalah hasil dari ilmu yang diturunkan oleh orang Tua nya.Tapi Chi tak kisah sangat.sebab itu semua terpulang pada mereka.
setelah selesai kemas barang barang yang hendak dibawa Chi menaiki Motor 3 Tayar yang dia Ubah sendiri.Dan bergerak menuju ke Kampung Pak Kordi Yang terletak 25km dari kampung miliknya....