Chi Memulas habis Throttle motor Pak Kordi sehingga dorang melantun beberapa kali di jalan bukit tanah merah sebab takut Terlambat memintas Van Hitam itu.
Pak Kordi pula memegang erat pemegang Di belakang sambil mengikut rentak badan Chi.
setelah beberapa ketika jalan raya yang mereka hendak masuk hampir sampai.dan kereta hitam yang dorang kejar berada di bawah tebing bukit sahaja dan agak laju untuk diberhentikan.
Motor yang dipandu Chi berada di atas jalan bukit dan tepian kiri bawa tebing tu adalah kereta hitam yang dorang cari.masih mencari idea dan secara tiba tib pak kordi bersuara.
"Chi depan itu ada selekoh.dan kemungkin itu sahaja cara yang kita ada sekarang.kita kena langgar dorang dari tepi.ada 50-50 peluang yang ada.tapi baik lagi ambil risiko dari kita kehilangan budak tu."
chi menangguk faham,dia faham apa Yang pak Kordi cuba sampaikan.benda tu simple sahaja.bawa laju lurus dan terbang dari tebing tu dan langgar tepi kereta tu di tempat duduk depan.
tanpa berfikir panjang,Chi terus jalan lurus ke arah tebing.Pak Kordi yang duduk belakang bersedia untuk apa apa hal yang bakal berlaku.
Van Hitam Yang yang cuba ambil Selekoh tu masih tak Sedar akan kewujudan Chi dan Pak Kordi mengambil terus selekoj di depan mereka dan....
*BAMMMMMMMMM...!!!!!*
Tayar depan Motor yang dipandu Chi Masuk ke dalam cermin tepi tempat duduk depan kereta itu dan terbalik Sekali .
manakala Chi dan pak kordi bergolek di jalan raya.mereka lompat dari motor itu sebelum motor itu sentuh kereta di depan mereka.
"Sialll!!!...keluar...cari siapa langgar kita"
lelaki yang bercakap itu mengalami pendarahan di bahagian kepala dia sambil cuba untuk buka tali pinggang keselamatan di kereta itu.Manakalah 5 orang lelaki sasa berbaju gelap dan bertopeng di belakang tu mengalami sedikit pening tapi terdengar suara bos dorang terus bergegas keluar.Anak Mak Ija pula pengsan.tak pasti sama ada pengsan sebelum atau selepas kemalangan.walaupun kepala dia berdarah.tapi keadaan dia masih baik.pemandu van hitam tu pula pengsan....sebab tayar motor Pak Kordi hinggap di mukanya...sebelum kemalangan.
orang pertama keluar dari kereta tu hendak melihat kawasan sekeliling ,mencari orang yang langgar mereka tapi belum sempat lihat penumbuk Chi dulu sampai di mukanya.
darah mencurah di balik topeng mukanya.belum sempat bernafas dan ambil posisi sekali lagi tumbukkan dari tangan kiri Chi sampai.
dalam masa yang singkat 6 biji tumbukkan sampai dan semua tepat di mukanya.Setiap Tumbukkan tu sangat berat seolah olah dipukul dengan bata.Lelaki berbaju hitam tu Rebah.sama ada pengsan Atau mati Chi tak ambil peduli sebab sekarang 4 orang lelaki di dalam kereta tadi suda keluar semuanya.
"BERANI KAU PUKUL ORANG KAMI!!"
jerit lelaki bertubuh sederhana berbanding yang lain.2 dari kumpulan lelaki tu menarik pisau di belakang mereka.keempat empat mereka menyerang secara serentak ke arah Chi.Tapi Chi x Panik...dia undur kebelakang sedikit.untuk ada sedikit ruang mengelak dari serangan mereka.
Sebelum sempat serangan lelaki yang memegang pisau yang besar sedikit dari lelaki yang satu itu,Tangan dia terlebih dahulu Putus,sebab terima tetakkan dari Pak Kordi yang keluar secara tiba tiba di tepi kereta hitam itu menunggu kesempatan.lelaki berbaju Hitam yang lain pula xsempat membantu sebab Chi Telah menendang dan menumbuk setiap dari mereka.
kalau dilihat,mereka tak ada sedikit pun peluang untuk menang melawan Chi dan Pak Kordi.
setelah beberapa ketika...keempat empat lelaki tu terbaring.seorang dari mereka mati sebab kehilangan darah yang banyak.
Pak Kordi berjalan menuju ke arah Van Hitam itu untuk melihat Budak yang diculik itu.
Chi pula duduk mencangkung dan membuka Topeng Orang yang terbaring itu dan secara tiba tiba dengar bunyi shotgun yang di isi peluru.
Pada pandangan Chi semua Slow....keadaan sangat jelas pada waktu itu.Seorang lagi lelaki berbaju hitam x bertopeng mengacukan Senapang shotgun ke arah Pak Kordi.dan cuba menarik picu Senapang itu.
Chi Berlari dengan Pantas dan menolak pak Kordi dan.....
*BAMMMMMM.....!!!!!!*
Bunyi Senapang meletup dan peluru itu terbang membenam masuk ketubuh Chi.
Pak Kordi yang melihat keadaan tu tanpa Menunggu terus membaling Parang Pusakanya ke arah lelaki itu.
dan keadaaan kembali menjadi cepat..parang itu melekat di tayar depan kereta yang terbalik itu.kepala pemilik senapang itu jatuh terpisah dari badannya.
"Theoooooo......!!!"
sepanjang kenal dengan chi inilah kali pertama Nama betul Chi Pak Kordi panggil.dan tidak lama selepas tu bunyi motor banyak kedengaran menuju ke arah mereka.
orang kampung yang mengejar mereka dari belakang sampai di tempat kejadian.Tapi semua Terlambat sebab Mereka cuma mampu melihat tubuh Chi yang tidak bernyawa di pangkuan Pak Kordi yang menangis teresak esak itu.Mereka semua tahu,pak Kordi anggap Chi sebagai anaknya sendiri.sebab itu tiada seorang pun bersuara.
.....
petang jam 5.30
Polis yang telah sampai ketempat kejadian 30 minit selepas kematian Chi (sebab jarak dan kesesakkan di bandar mempengaruhi masa)masih membuat block dan mayat mayat sedang cuba Dialihkan.
Keluarga Chi pula telah Sampai Di tempat kejadian
.emaknya menangis xberhenti henti setelah sedar dari pengsan melihat mayat milik anaknya.
Alice Yang baru dapat cuti dari kerjanya sebagai peguam pula memeluk erat tubuh abangnya yang x bernyawa itu sambil menangis teresak esak.Bapa Chi pula menangis tapi tak Seteruk mak dan adiknya tapi jauh di dalam hatinya hancur berkecai dan kagum dengan Anaknya yang telah menyelamatkan nyawa orang lain.Dia mendengar penjelasan Pak Kordi dan melihat mata pak Kordi yang merah sebab menangis dari Tadi.
.........
hari kedua Kejadian....
Keranda yang diisi dengan insan bernama Theodore@chi itu....diturunkan Secara perlahan lahan kedalam lubang kubur.suasana masa itu sangat suram dan cuma tangisan emak adik dan Saudara mara kedengaran di sekitar tanah perkuburan itu.
isu Kematian Chi dan kes penculikkan itu tular di media Sosial.Nama Theodore menjadi isu di Muka surat Hadapan surat khabar dan berita.Dan Selain itu....namanya juga naik di media sosial lain seperti facebook,insta,tweet dan etc.
semua orang tahu kejadian yang berlaku,kena lagi penjelasan dari Pak Kordi masa kejadian itu.Ramai orang panggil nama Chi sebagai TheoThe Hero....
manakala kes kematian Penculik itu pula tidak menjadi isu sebab Penculik itu Merupakan individu
yang sangat dikehendaki oleh pihak polis dari luar mahu pun dalam negara.banyak suda kes mereka terutama isu pemerdagangan organ manusia.
....
secara perlahan lahan kawasan perkuburan menjadi Sunyi.Cuma seorang sahaja yang masih tinggal di tanah kubur itu,iaitu adiknya Alice.
sambil mengalirkan air mata alice berkata
"Tenanglah abang.Adik akan jaga Mak dan bapa seperti mana abang jaga mereka sebelum sebelum ini.Abang janganlah risau akan keadaan kami.rehatlah dengan aman."
ayat terakhir Alice sambil berpaling meninggalkan kawasan kubur itu.
sebelum bergerak Alice terasa seperti ada angin lemah lalu pergi di belakangnya.dia berpaling sebentar dan melihat tiada apa apa di sana.dan terus bergerak pergi.
kisah Hidup Theodore@Chi Di dunia asalnya berakhir sampai disini.
dan Rohnya masih tidak diketahui dimana dan kemana arah tujunya....