Chereads / KAU SUKA AKU ?! / Chapter 1 - KAU SUKA AKU ?!

KAU SUKA AKU ?!

🇲🇾arihahs201
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 117.1k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - KAU SUKA AKU ?!

Harini adalah hari pertama persekolahan bagi sesi 2020 bagi aku biasa saja tapi dalam masa yang sama aku gembira kerana tahun ni adalah tahun terakhir aku di sekolah ini .

Blurpp

Bunyi notification menandakan ada yang chat aku tanpa membuang masa aku segera memandang ke screen telefon yang sedang ku pegang tak lain dan tak bukan kalau kawan-kawan aku yang menghantar mesej .

" wey tunggu aku kat depan pintu pagar masuk sekolah tau kita masuk sama sama " siapa lagi kalau yang nak hantar chat begitu kalau bukan wica minah senget tu memang suka suruh orang tunggu tapi nanti dia yang masuk dulu aku hanya menjawab " yela see you soon " .

Jam di dinding menunjukkan 6:50 pantas aku bangun dari katil dan mengambil beg sekolah ku terus turun ke bawah bagi menyantap sarapan yang telah ibu buat . Selesai sahaja bersarapan aku memasuki perut kereta ayah dan pergi ke sekolah selalu nya first day sekolah ni memang ramai ibu ayah yang hantar anak-anaknya ke sekolah lagi-lagi budak baharu dan budak tingkatan 1 .

" wey jom lah masuk dalam sekolah semua dah ada ni buat apa nak duduk sini lama-lama kita dahlah pengawas aduh " rungut ku kepada kawan-kawan ku mana tak nya nak kata kawan aku tak cukup lagi semua dah ada geng aku pun bukan ramai ada empat orang je iaitu Sofea , Darwisyah , Safiyya dan aku .

.

.

.

.

Pagi ni dimulai dengan perhimpunan rasmi seperti hari isnin walaupun harini hari Rabu tapi tetap ada perhimpunan rasmi yela bagi menyambut pelajar tahun 2020 . Azam aku tahun ni hanya nak fokus pada SPM taknak dah ada masalah macam tahun lepas yela tahun lepas tahun di mana aku boleh enjoy tahun ni kalau tak fokus mati aku .

" Bila lah pengetua korang ni nak habis bercakap " soal Pia pada kami bertiga pengetua kalau dah bercakap mana boleh sepatah dua patah je banyak benda dia nak bercakap nya buat masa ni boleh lah si pia ni nak bercakap dengan kita orang nanti bila dah ada jadual bertugas takda nya dia dapat bercakap yela dia kan pengawas sekolah mana lah duduk dekat barisan murid biasa ni walaupun yang ada berjawatan .

" akhirnya selesai juga wey pinggang aku dah sakit duduk bersila lama-lama " rungut wica

" yela , dah lama kita tak duduk bersila apa pasal la tak duduk atas kerusi sebelum ni helok je duduk atas kerusi tibe tahun ni kena duduk bersila " soal fiyya

" sudahlah nak cakap banyak pun takda guna " kata pia

Aku hanya tersenyum saja melihat gelagat masing - masing kami masuk ke kelas masing -masing aku dan fiyya satu kelas manakala pia dan wica kelas lain dia orang ambil account aku pula ambil sains tulen . Seperti tiada perubahan di kelas ni masih ada orang yang sama tiada pertambahan orang dan kekurangan orang .

Kring! kring! kring!

Kini sudah tiba masa untuk menengah atas pula yang rehat masa yang dinanti nanti kan telah tibe yeayyy !!! Siapa tak happy woi dapat rehat cakap dengan aku . Pantas aku mengemaskan segala barang miliku dan diletakan di dalam beg jenis aku memang simpan dalam beg kalau tinggal dalam laci meja jawabnya memang terlupa lah nak bawa balik .

Macam biasa port rehat kami di meja pondok yang dibuat oleh pihak sekolah meja ni kegunaan umum tapi kami kongkeng untuk geng kami ja setiap tahun muka kita orang je yang duduk situ tak kisah lah lambat ke cepat tetap duduk situ kira port baik punyalah .

" Amacam wey kelas tadi okay tak " soal pia yang duduk dihadapan ku aku hanya menjawab " okay " sesudah saja aku cakap begitu dia terus " kau nak tahu tak eh memang menyirap betul aku pagi-pagi dah kena kacau dengan jembalang takkan lah tadi dalam kelas kalau tak aku pukul-pukul dia " aku memandang pia dengan muka blur soal nya aku memang tak tahu apa yang cuba dia sampaikan " mana lah ada jembalang hantu pagi-pagi ni woi kalau ada pun kau tetap tak boleh pukul dia makhluk ghaib " kata ku kepada pia . Wica yang mendengarnya hanya gelak dan mengata kan jembalang yang diperkatakan oleh pia adalah haikal dan danial .