Chereads / Indah yang sementara / Chapter 2 - BAB 2: Perkenalan yang indah

Chapter 2 - BAB 2: Perkenalan yang indah

Pada malam itu, aku tersentak dengan satu deringan daripada telefonku. Aku mengambil telefon aku lalu ku hidupkan dan melihat deringan itu daripada notifikasi akaun facebook ku. Rupa rupanya wanita itu membalas perbualan yang ku hantar padanya petang tadi.

Kami pun berborak sehingga larut malam melalui facebook.Dia memperkenalkan namanya irah daripada jerantut Semakin lama semakin ku rapat bersama wanita tersebut,daripada niatku hanya untuk mempermainkan dia berubah menjadi menyayangi dia dan ingin melindungi dia. Secara tiba-tiba dia menyepi untuk berhari hari.

Walaupun ketika itu aku masih belum berpasangan dengan dia aku tetap rasa risau sebab dia tetiba menyepi.Aku takut sekiranya berlaku sesuatu kepada dia. Aku cuba mencari kenalan rapat nya dari akaun facebook dia dan aku yang selama ini tidak pernah bertegur perempuan aku boleh tebalkan muka dengan berbual dengan kenalan rapatnya semata-mata untuk mengetahui keadaannya.

Beberapa hari kemudian, dia kembali berbual dengan aku. Ketika hatiku menjadi lega yang tiada apa apa terjadi padanya. Dia tergelak apabila kenalan rapatnya mencerita betapa risaunya aku ketika dia menyepi.

Malam itu ku beranikan diriku, meminta gambar darinya untuk melepaskan rindu seandainya dia menyepi lagi. Ketika dia memberikan aku gambarnya aku melihat lalu ku terpaku dengan keindahan wajahnya yang menyerupai arwah rakanku yang ku sayangi dan meninggal di depan mata ku. Senyuman dan perangai dia menyerupai arwah rakan ku. Aku memegang janji ku dengan rakan ku yang akan mencari seseorang yang sama dengan dia apabila dia tiada nanti.

Tanpa aku sedari, air mata ku telah membasahi pipiku dan terasa sebak dihati. Ketika itu juga aku bersumpah di dalam diriku yang akan menjaganya dengan seluruh kudrat yang ada di dalam diriku. Dua hari lagi aku terpaksa kembali ke hostel untuk menyambung pengajian aku. Aku mengambil kesempatan itu untuk meminta no telefonnya agar dapat ku hubungi dia ketika ku di hostel.

Lalu, dia memberikan no telefonnya aku pun menyimpannya di dalam telefon aku. Bermula daripada sejak itu aku menjadi makin rapat dengan dia. Tanpa aku sedari sudah tiga bulan aku rapat dengan dia. Ketika itu seminggu sebelum raya aku bertanya dengan warna baju raya dia agar dapat aku sepadan dengannya.Dia menjawab warna baju raya dia adalah merah jambu. Lalu ku telefon keluargaku dan mengatakan tema raya tahun itu adalah warna merah jambu.

Ibu dan bapa ku berasa hairan kerana selama ini aku tidak pernah ingin memakai apa apa sahaja yang berwarna merah jambu tetapi secara tiba-tiba aku ingin memakai baju raya berwarna merah jambu. Aku mengatakan yang aku ingin sama dengan si dia.Pada malam raya aku berborak dengan dia di dalam aplikasi wassap lalu ku mengatakan yang warna baju raya ku adalah berwarna merah jambu sama dengan dia. Dia ketawa ketika itu, gelak tawa dia itu akan aku ingat sehingga kini.

Maka pada hari raya pertama aku bertukar gambar bersama dia. Itulah hari raya yang paling indah pernah ku rasai. Pada hari itu juga aku mengambil keputudan yang aku perlu ubah gaya hidupku demi bersama dia.

Waktu itu juga aku sedar yang diriku dah berubah sikit demi sedikit.

Aku tinggalkan segala kegiatan yang jahat pernah ku lakukan seperti peras ugut, gaduh, lumba haram serta kumpulan motor yang aku sertai aku tinggalkan juga demi dia. Tipulah kalau aku kata ketika itu aku tidak ramai musuh. Aku tidak takut sekiranya aku yang dilukai oleh musuhku tapi aku takut sekiranya orang yang aku sayang akan dilukai oleh musuh ku.

Aku berterus terang dengan rakan rakan ku yang aku ingin tinggalkan semua ini kerana si dia. Kebanyakan rakan ku mencemuh dan memaki aku. Malah ada yang marah pada aku dan kata yang aku ni lebihkan pasangan daripada kawan aku. Tetapi ada juga yang menyokong ku dan doakan aku menemui kebahagiaan yang aku cari.

Maklumlah selama ini aku dikenali sebagai orang yang tiada perasaan kerana aku memukul orang tanpa belas kasihan sampai sepupu ku pun aku menghala pisau pada anak tekak dia.Maka sebab itu lah semua orang pelik apabila mendengar khabar yang aku ingin berubah secara mengejut.