Seminggu selepas aku menyatakan keputusan untuk keluar dari semua kegiatan yang pernah ku lakukan demi bersama si dia, aku menerima panggilan dari rakan aku lalu aku angkat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum ibal"
"waalaikumsalam kenapa ewan"
" kau ada dekat mana? "
"aku ada dekat rumah ni"
"jom datang ke balai raya kejap, semua nak jumpa kau"
"datang kalau kau rasa kami semua masih kawan kau"
Lalu aku terus mengambil kunci motor ku. Lalu ku terus ke balai raya untuk bertemu rakan ku.Setibanya aku disana, aku terlihat sosok yang sentiasa berada bersama ku ketika aku masih berada di dalam kegiatan aku.
Aku pun turun daripada motor aku sambil mengeluarkan rokok sebatang lalu ku bakar dan hisap asap rokok itu. sosok itu terus merapati aku. Sosok itu terus berbicara dengan suara yang penuh kecewa tapi tetap cuba sembunyikan perasaan itu.
"Ibal, aku ada benda nak dibincangkan dengan kau"
"apa dia? "
"Ibal aku dengar kau nak tinggalkan semua kegiatan lama kita disebabkan perempuan"
Dengan lantang aku jawab
"Aku tinggalkan kegiatan aku sebab aku takut dia terluka tapi bukan maksudnya aku tinggalkan korang"
Sosok itu membalas kata kata aku dengan suara yang keras.
"Kau kena pilih sama ada perempuan tu ataupun kita semua"
Aku tetap kata ayat yang sama dan berharap yang aku tidak perlu melakukan pilihan ini. Aku memang sayang dan cinta tapi aku tak sanggup hilang sosok seorang yang sentiasa ada disisiku ketika semua memandang serong pada ku.
Tapi semua itu hancur apabila sosok itu bercakap dengan nada yang keras.
"Pilih la cepat"
"kami atau perempuan tu"
Lalu, dengan hati yang berat serta nada suara yang sebak menahan pedih kat hati ni,aku tetap cuba kuatkan semangat dengan memikir yang ku lakukan ini demi si dia yang ku cintai.
"A... aku pilih perempuan itu.."
Semua muka rakan aku yang ada kat situ semua berubah daripada biasa kepada muka yang amat sedih dan tahan marah. Sosok itu merapati aku hingga mulutnya berhampiran dengan aku. Lalu dia berbisik di telinga aku.
"Kau dah buat pilihan sekarang kau blah..."
"Kau bukan lagi sebahagian dengan kami"
Aku pun dengan perasaan sedih aku menaiki motor aku lalu ku hidupkan motor ku dan beransur daripada balai raya tersebut. Tanpa aku sedar airmata aku mengalir membasahi pipiku. Aku berasa sebak kat hati sebab aku terpaksa tinggalkan orang yang rapat dengan ku.
Aku tabahkan hati aku dan memujuk diri aku yang aku lakukan ini semua demi bersama dengan si dia. Aku ingin hidup dengan dia maka aku perlu lah mengubah gaya hidup yang aku sentiasa jalani.
Aku terasa ingin bercerita dengan si dia tapi aku tahan kerana aku tidak mahu dia merasa bersalah dan mengatakan ini semua berlaku disebabkan dia tetapi dia seakan tahu yang aku menghadapi sesuatu.
Malam itu aku berbual dengan dia di dalam aplikasi wassap.
"Assalamualaikum, awakk"
"waalaikumsalam, awakk"
"Awak dah makan? "
" Dah, awakk pula"
"Dah juga"
Dia lihat aku berkelakuan aneh malam itu lalu dia bertanya dengan aku.
"Awakk okay?"
"Okay je.."
"jujur..."
Lalu aku terus tanpa berfikir tanya kepada dia.
"Awakk, sudi awak terima saya sebagai boyfriend awakk?"
Dia menjawab
"Maaf wakk saya dah berpunya"
Mendengar jawapan dia aku tersentak tetapi aku tetap berkeras aku ingin bersama dia.Lalu aku menjawab dengan nada yang lemah.
"Takpe saya sanggup tunggu awak"
"kalau awakk sanggup tunggu saya akan terima awakk"
"Baiklah saya akan tunggu"
Selepas beberapa bulan daripada peristiwa itu dia putus dengan ex dia iaitu luqman. Lalu, aku pun berpasangan dengan dia. Aku sangka ini akan jadi permulaan yang indah bagi ku. Pada waktu itu juga aku bersumpah dan memberitahu si dia yang aku akan menjaga si dia dengan seluruh kudrat yang ada di tubuh aku.
Aku sedar yang aku bukan bercinta dengan dia bukan demi suka-suka sahaja tetapi demi untuk menghalalkan hubungan dia dengan aku.