Chereads / To Deprive A Deprived Person [Bahasa Melayu] / Chapter 1 - To Deprive A Deprived Chapter 1 Bahasa Melayu

To Deprive A Deprived Person [Bahasa Melayu]

Nanako_Miku
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 12.8k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - To Deprive A Deprived Chapter 1 Bahasa Melayu

01 - Kematian mendadak

Nama aku Yu Sato, 12 tahun.

Aku tahu ini tiba-tiba berlaku, tetapi aku sudah mati ...

Aku dapat merasakan kesedaran Aku semakin hilang. Orang yang di hadapan aku adalah lelaki itu. Lelaki itulah yang selalu mengancam bapa tiri aku untuk membayar hutangnya.  Dia bercakap kepada aku dengan santai.

"Maaf, Aku tidak ada pilihan.  Aku kena buat ini.  Anggap saja ini sebagai bayaran hutang ayahmu. "  - kemudian dia membuat wajah hodoh sambil ketawa.

Perkara terakhir yang terlintas di fikiran aku adalah tentang orang-orang di dunia ini.  Hanya ada dua jenis orang.  Yang pertama adalah mereka yang selalu dirampas.  Yang kedua adalah mereka yang selalu merampas.  Kalaulah aku diberikan peluang lain ... Aku akan membuang semua kelemahan aki ... Semasa aku memikirkan kelemahan aku untuk terakhir, aku tenggelam dalam kegelapan.

▪️▪️▪️▪️▪️

Aku terbangun dan mengetahui diri aku berada di atas katil.  Aku cepat-cepat memeriksa keadaan aku.  Aku yakin kalau aku tidak berada di hospital.  Aku melihat ke arah luar tingkap bilik, dan yang aku nampak hanyalah pokok-pokok atau lebih tepat hutan.

"Oh, kamu sudah bangun!"

Kata-kata itu datang dari seorang perempuan tua yang nampak ramah.  Dia mengatakan bahawa aku dibawa ke sini, kerana aku jatuh dari langit.  Dia menyangka kalau aku adalah peri/roh kerana rambut hitam aku.  Jadi, kenapa dengan rambut hitam aku?

Setelah berbual dengannya, aku mendapat info yang menarik.  Tempat ini bukanlah di Jepun.  Dan juga bukan di Bumi.  Tempat ini dipanggil kampung Resser di benua Furem.  Walaupun aku hanya pelajar sekolah rendah, sekurang-kurangnya aku tahu nama-nama tempat di Bumi.  Aku sekarang berada di dunia lain.

Bahasa yang mereka gunakan bukan bahasa Jepun.  Tapi kenapa aku dapat memahami apa yang dia cakap, aku juga tidak tahu.  Semasa dia mengatakan bahawa tidak ada manusia dengan rambut dan mata hitam di dunia ini, aku menjadi yakin kalau ini bukan lagi dunia yang sama, yang di mana aku tinggal dulu.

Alasan yang paling kuat?  Adalah ketika aku melihat nenek Stella, informasi maklumat pelik muncul di hadapan aku.

▪️▪️▪️▪️▪️

STATUS

NAMA: Stella Foddo

RAS: Manusia

KERJA: Tiada

LEVEL: 6

HP: 11

MP: 3

KEKUATAN: 2

KELAJUAN: 3

TENAGA: 3

KECERDASAN: 22

SIHIR: 1

BERTUAH: 1

( SKILL PASIF )

Tiada

( SKILL AKTIF )

Tiada

( SKILL ISTIMEWA )

Tiada

▪️▪️▪️▪️▪️

Aku tahu ini adalah sesuatu yang biasa anda lihat dalam permainan RPG. Kemudian aku cuba melihat status aku sendiri.

▪️▪️▪️▪️▪️

STATUS

NAMA: Yu Sato

RAS: Manusia

KERJA: Tiada

LEVEL: 1

HP: 8

MP: 2

KEKUATAN: 2

KELAJUAN: 3

TENAGA: 3

KECERDASAN: 22

SIHIR: 1

BERTUAH: 1

( SKILL PASIF )

Tiada

( SKILL AKTIF )

Tiada

( SKILL ISTIMEWA )

UNKNOWN WORLD MAGIC EYES:

Lvl. 1

▪️▪️▪️▪️▪️

UNKNOWN WORLD / Dunia yang tidak diketahui?  Bumi tempat aku berasal, adalah dunia yang tidak diketahui?  Bukan seperti saya merancang untuk mencari jalan kembali ke dunia aku, jadi tidak ada masalah walaupun tidak diketahui.  Dengan pengetahuan game yang aku tahu, sudah cukup untuk faham status aku.  Di dunia baru ini.  Aku akan menjadi orang yang merampas.