"Audrey! Tahniah atas ujian tadi!" Della yang sudah pun menunggu Aubree di dalam khemah persiapan terus melonjak ke arah Aubree dan memeluk gadis itu.
Aubree hanya tersenyum kecil dan membalas kembali pelukan Della.
"Audrey, kau nampak sangat hebat semasa berlawan tadi. Saya fikir kau akan gagal ujian ni tapi tidak sangka pula kau akan lulus!" kata Della, masih gembira dengan kemenangan Aubree.
"Della, kalau kau nak cerita pun... Biarlah saya duduk dulu. Saya masih perlu rehat untuk ujian kedua saja nanti," kata Aubree dengan wajah penat.
Della baru sedar yang dia tidak memberi peluang kepada Aubree untuk duduk tadi. Dia terus saja memeluk Aubree tadi dan lupa membiarkan dia duduk dulu sebab Della yang sangat teruja sampai terlupa.
"Oh, oh... Lupa... Saya lupa yang kau belum duduk lagi..." Della menarik Aubree untuk dudu di bangku yang tersedia.
Della kemudian menuangkan air minum ke dalam gelas dan memberikan minuman itu kepada Aubree.
Aubree tersenyum ke arah Della sambil menerima gelas itu dan mendekatkan gelas itu ke bibirnya.
Belum sempat Aubree meminum gelas itu, Aubree sudah pun meletakkan kembali gelas itu ke atas meja.
Della melihat Aubree yang tidak meminum air yang dia beri tadi dan menjadi hairan. "Kenapa kau tak nak minum air tu?"
"Ada sesuatu di dalam air tu. Kalau saya minum, saya tentu tidak akan buat ujian saya yang kedua dengan baik..."
Wajah Della berubah menjadi pucat setelah mendengar kata-kata Aubree. "Mak—Maksud kau... Maksud kau... Racun?"
Baru saja Aubree membuka mulut untuk menerangkan apakah benda asing yang berada di dalam air itu, seseorang lebih dulu memotong kata-kata Aubree.
"Racun? Siapa yang berani letak racun dalam minuman kau?" Issac yang baru tiba di depan pintu khemah persiapan tadi mendengar suara kuat Della menyebut 'racun' dan jantungnya terus berdegup dengan kencang.
Issac segera mendekati Aubree dan memeriksa jika gadis itu baik-baik saja.
Aubree terus menolak tangan Issac yang memegang dagunya. "Jangan risau sangatlah... Bukan racun yang ada di dalam air ni... Tapi sejenis bahan yang boleh mengakibatkan saya sakit perut. Jika saya terminum air ini dan nantinya saya sakit perut, saya mungkin tidak akan dapat lulus ujian kedua ni..."
Issac menghembuskan nafas lega setelah mendengar yang Aubree tidak meminum sedikit pun air yang disediakan di sana.
"Maksud kau... Ada orang yang inginkan kau untuk gagal ujian ini?" tanya Della pula.
Issac memandang ke arah Della. "Kau pergi ambilkan air yang baru untuk Audrey. Tuangkan air yang ada di dalam teko ni dan buang teko ni. Berikan air yang baru kepada Audrey."
Della memandang Issac dan Aubree silih berganti. Melihat wajah penat Aubree dan memikirkan yang gadis itu belum lagi meminum air, Della terus beredar dari sana. Dia membawa teko dan gelas tadi keluar dari khemah persiapan itu.
Dari jauh, seorang pembantu Elf yang bersembunyi di sebalik batang pokok memandang Della yang berjalan keluar sambil membawa teko dan gelas yang dia kenali.
Setelah Della hilang dari pandangan, pembantu Elf itu beredar dari tempat persembunyiannya dan menuju ke suatu bilik. Dia mengetuk pintu beberapa kali dan suara lembut milik seorang gadis terdengar dari dalam.
"Masuk!"
Tanpa teragak-agak, pembantu tadi menolak pintu dan masuk ke dalam. Sempat lagi dia mengunci pintu dari dalam untuk mengelakkan ada Elf yang masuk ke dalam.
Kelihatan seorang perempuan Elf cantik yang sedang duduk di bangku panjang berbalutkan bantal sedang berbaring di sana.
Tangan kanan dijadikan tongkat untuk menopang kepalanya sementara matanya ditutup rapat.
Dua orang pembantu Elf pula sedang memegang kipas besar dan mengipaskan perempuan Elf itu.
Setelah menyedari kehadiran pembantu Elf yang masuk tadi sudah berlutut di depannya, perempuan tadi membuka matanya perlahan-lahan, mempamerkan anak matanya yang berwarna biru.
"Bagaimana hasilnya?"
"Saya tidak yakin, Puteri Meliani. Saya melihat kawan kepada Audrey membawa teko berisi serbuk berbahaya itu keluar dari khemah persiapan itu setelah Putera Issac masuk ke dalam. Saya percaya yang Yang Mulia Putera Issac sempat menghentikan Audrey daripada meminum air yang sudah disediakan di dalam teko itu."
"Apa!? Tak guna!"
Tanpa berfikir panjang, Meliani segera mencapai teko yang masih berisi teh panas dan membaling teko itu ke atas lantai.
Pembantu Elf yang melapor tadi terus berundur ke belakang sedikit, takut terkena percikan teh yang masih panas itu.
"Tak guna! Issac lagi, Issac lagi! Kenapa dia harus menolong perempuan hodoh tu? Kenapa dia harus membela dia sedangkan dia bukannya suka dengan perempuan tu... Apa—Apa bezanya saya dan perempuan tu? Kenapa Issac lebih mementingkan perempuan tu?"
Meliani menyapu semua benda yang ada di atas meja dengan menggunakan tangannya, membuatkan buah-buahan yang ada di atas meja bertaburan di atas lantai.
"Sial! Tak guna!" bentak Meliani lagi.
Dua orang pembantu Elf yang sedang mengipas Meliani tadi sudah pun berganjak sehingga ke sudut bilik kerana mereka takut hendak mendekati Meliani. Ini pertama kalinya mereka melihat Meliani semarah ini.
Meliani memandang ke depannya dengan wajah penuh kebencian. "Saya tidak akan benarkan perempuan tak guna tu lulus ujian ni! Jika dia lulus, semua Elf akan menerima dia dan kedudukan saya sebagai pemilik Kristal Kehidupan yang unggul akan tergugat!"
Meliani memegang kepalanya macam terkena histeria. "Tidak! Saya tidak benarkan sesiapa pun merebut apa yang saya sudah miliki sebelum ini! Saya ialah satu-satunya Puteri pemilik Kristal Kehidupan yang diagung dan disanjung oleh semua Elf... Bukan orang lain. Hanya saya yang layak menjadi pemilik Kristal Kehidupan itu, bukan orang lain!"
...
...
Setelah Della berlalu, Issac menarik bangku lain dan dia duduk di depan Aubree.
Aubree membiarkan Issac melakukan apa yang dia suka dan hanya melentokkan kepalanya ke atas meja.
Aubree mahu berehat sekejap sementara menunggu ujian keduanya bermula.
"Saya tidak menyangka yang kau akan lulus ujian pertama ni. Kau nampak... Hebat semasa dalam arena pertarungan tadi!" Isaac memulakan perbualan diantara mereka.
Aubree yang ingin menutup matanya tadi memandang ke arah Issac tanpa mengangkat kepalanya. "Jadi, maksud kau... Dari awal kau tidak percaya dengan kebolehan saya?"
Issac menggeleng. "Tidak, bukan itu maksud saya. Saya cuma... Bila saya nampak lawan kau ialah seorang Tentera Elf yang berbadan besar... Saya jadi risau dengan keadaan kau..."
Kali ini, Aubree mengangkat kepalanya dan memandang Issac dengan wajah serius. "Kau risau tentang saya?"
"Tentu saja! Macam mana saya tidak risau bila nampak kau harus berlawan dengan Tentera Elf yang berbadan besar itu. Sejujurnya, ujian itu tidak adil untuk kau. Mereka seharusnya memilih lawan yang sesuai untuk kau!" kata Issac.
Aubree ketawa setelah mendengar kata-kata Issac itu. "Mereka boleh letakkan apa saja sebagai lawan saya semasa ujian ini. Saya yakin dengan kemampuan saya, saya boleh lulus..."
Aubree melelapkan kepalanya ke permukaan meja lagi.
Issac pula terkedu di tempat duduknya setelah dia melihat Aubree ketawa tadi. Sejujurnya, ini bukan pertama kalinya dia melihat Aubree ketawa seperti ini tapi ini pertama kalinya dia melihat Aubree ketawa seperti ini.
Sedikit sebanyak, perasaan bergelora di dalam hatinya menjadi semakin tidak tenang.
Perlahan-lahan, Issac mengangkat tangannya dan dia menyentuh rambut Aubree yang terasa lembut di permukaan kulit Issac.
Issac tiba-tiba merasa tidak ingin menarik tangannya pula. "Kau boleh tidur dulu... Saya akan kejutkan kau bila ujian yang kedua akan bermula..."
Aubree menatap tepat ke anak mata Issac yang berwarna biru. Ketika Issac menyentuh kepalanya tadi, Aubree merasa tidak selesa disentuh tapi kerana tangan Issac yang mempunyai perasaan hangat yang tersendiri, Aubree tidak dapat menolak tangan Isaac.
Akhirnya, dia membiarkan Issac menyentuh rambutnya.
Kerana kata-kata Issac itu, Aubree pun menutup matanya.
Issac tersenyum dan wajahnya berubah dan tiada lagi raut wajah yang dingin terpancar di wajahnya. 'Macam mana pula dia boleh ikut seratus-peratus kata-kata saya? Jika saya ini ialah seseorang yang ingin melakukan benda jahat pada dia, takkan dia akan bersikap penurut seperti ini? Dia bernasib baik kerana ini hanyalah saya. Tak perlu katakan apa-apa lagi, dia nampak comel semasa tidur...'
"Audrey~?"
"Hmm?" jawab Aubree malas.
"Macam mana kau tahu kalau di dalam air kau itu ada bahan berbahaya macam yang kau cakap tadi?" tanya Issac ingin tahu.
Aubree hanya mendiamkan diri tapi dia tidak membuka matanya. Issac pula hanya menunggu Aubree untuk membuka mulut.