[Rewritten]
kisah ini tetap terjadi walaupun tanpa "bibbidi bobbidi boo" oleh sang fairy god mother.
takkan habis walaupun pena diletak jauh dari coretan al kisah cinta.
kerana ini kisah si cinder yang kejam jatuh cinta kepada sang putera raja.
barangkali dongengan yang dicerita hanyalah indah yang menutup durja cinta mereka....
💫Hikayat cinder💫
Mata aku jatuh pada istana di depan mata. Istana putih yang teguh di sebelah air terjun kristal yang dipanggil angels fall. Barangkali ada bidadari yang menari di celahan air terjun yang mengalir indah di sana.
Tak.
Tu semua cakap kosong rakyat jelata.
Sedangkan sebenarnya di sana ada seorang putera yang lebih kacak dari segala metafora atau rekaan mereka. Seorang putera yang sangat biru dalam lensa matanya. Biru yang menangkap...hingga sekali renungan kau jatuh padanya...
Kau takkan dapat berpaling ke arah lain.
Hingga kau dapat rasa satu perasaan di mana kau ingin jiwa dia. Dan kau akan buat apa saja. Macam aku. Aku nak tubuh dia sebab aku nak tikam dia berkali-kali. Aku dan siat dada tu dan aku nak makan jantung dia yang berentak sakti. Sampai satu masa...aku akan bunuh dia sampai dia hilang dari dunia.
Heh.
Dan mungkin hikayat ini akan bermula.
"Edith...kau buat apa di sini?"
Suara kakanda luna di belakang mencecah gegendang telinga. Serentak bahu aku ditepuk perlahan. "Kau mengintai istana putih tu lagi?" Dan tubuh luna terpacak di depan aku. Mata koko luna jatuh merenung aku tajam dengan dahi dia yang berkerut.
Heh.
Tertangkap lagi.
Aku dengan riak tak bersalah...sengih cantik tahap petala. Mungkin aku lebih cantik petala tu semua.
Sarcastic.
"Luna...kau tak rasa nak pergi sana ke?"
Dan luna di depan mendengus kasar. Tubuh kecil luna berpaling ke tempat yang sama anak mata aku jatuh. Ke arah istana putih. Atau lebih tepat lagi istana Shadowacre di kerajaan Alukoth. "Orang macam kita...takkan dapat pergi ke sana edith...kalau dapat pun. Mungkin kita akan ditangkap dan dibunuh. Paling baik...dijadikan hamba di kerajaan alukoth hingga mati. Jadi...kenapa nak pergi sana. Lebih baik tinggal di sini saja. "
Aku terdiam. Perlahan-lahan aku mencerna bait kata dari bibir luna.
She's right.
"...dunia kita jauh beza dari mereka edith. Jangankan emas...duit pun kita tak ada. Kalau ibu tak kahwin dengan father raymond. Entah-entah...kita dah mati kebulur."
Luna menghela nafas kasar.
Aku di sini masih diam dan mendengar. Fakta yang paling menyakitkan bila kau langsung tak ada apa-apa di dunia dan apa yang kau dapat...adalah rasa hina dan takut. Mungkin sebab tu...aku nak jumpa putera mereka.
Aku nak jumpa...lepas tu aku nak bunuh dia sebab rasa tak adil pada kami. Biar seluruh keturunan dia tahu...
Kami benci mereka.
"Dah laa edith...jom balik. Mesti ibu dah tunggu di rumah. Lagipun hari ni kita akan berpindah ke rumah baru. "
Luna di depan berpaling ke arah aku dan bahu aku ditepuk perlahan. Jari panjang luna bermain dengan bunga daisy dan diselit cantik pada celahan telinga aku.
"I hate this. Kenapa kita kena pindah di sana? Kalau ibu kahwin dengan father raymond...kenapa tak father raymond yang datang pada kita? Kenapa bukan father raymon yang jemput kita ke sana? Kenapa kita kena pergi sendiri?"
Aku menyoal dalam nada yang rendah. Tapi cukup untuk buat luna di depan mengeluh berat. Anak rambut aku yang terjuntai dia betulkan dan dia berbisik lemah. "Edith...you knew it well. Dont ask me when all of this...just a rubbish thing."
Dan dengusan luna bergabung dengan dengusan kasar milik aku.
Fakta yang paling aku benci...bila semua ni tak seindah cerita mereka. Dan barangkali...aku akan corakkan kisah aku dengan magis durja yang cantik kilaunya.
"Dah laa edith...jom balik. Sebelum ibu mengamuk dan pukul kita macam selalu. Lebih elok kalau kita pulang ke rumah. "
Lengan aku ditarik dan langkah kami diatur penuh cermat ke satu rumah kayu kecil di kawasan yang penuh bunga daisy. Di depan pintu, ada ibu yang tengah menjeling kami tajam sambil bercekak pinggang.
Ibu Adeline. Wanita berambut perang yang menjadi ibu angkat kepada aku dan luna. Ibu kandung kami...dah lama mati. Sejak perang berlaku lagi dan ibu Adeline lah yang menjaga kami hingga sekarang. Ibu Adeline yang mengajar kami erti hidup di atas dunia ni.
"Edith,luna! Kau berdua pergi mana? Pergi bersiap! Nanti kita akan bertolak ke rumah father baru!"
Suara nyaring ibu Adeline menyapa gegendang telinga. Makin laju langkah kami dan bila tubuh kami jejak lantai kayu rumah. Lengan aku ditarik ibu. "Luna...kau masuk bersiap. Kau pula edith...aku nak ajar kau sekejap!"
Tubuh aku mengeras. Tahu sangat dengan makna ajar yang keluar dari mulut ibu. Luna yang melihat hanya memberi satu renungan simpati sebelum dia melangkah ke dalam rumah.
"Kau!"
Lengan aku dicengkam kuat. Sangat kuat hingga kuku ibu terbenam ke dalam kulit lenganku. "Kau pergi mana tadi?"
Dan cengkaman ibu beralih pada dagu aku. "Cakap edith! Kau pergi mana! "
Aku masih terdiam. Aku tak akan cakap di mana aku pergi tadi. Sebab tu semua adalah rahsia. Kalau ibu tahu...mesti dia akan bunuh aku. "Bodoh!"
Dan papp...
Pipi aku ditampar kuat oleh ibu. Sangat kuat hingga tubuh kecil aku terjatuh ke lantai kayu rumah. "Cakap edith! Kenapa kau bisu dengan aku!"
Papp..
Papp .
Tubuh ibu jatuh pada tubuh aku. Serentak jari panjang ibu jatuh mencengkam tulang pipi aku. "Cakap lah bodoh!"
Pappp...
Dan pipi aku terus ditampar hingga cecair likat mula mengalir di celahan vermillion milikku. Luna di dalam terus berlari keluar dan tubuh dia mengejung di muka pintu. "Ibu! Jangan pukul edith!"
Laju luna berlari dan tolak tubuh ibu menjauh dari tubuh aku. Kemudian tubuh aku ditarik ke dalam pelukan dia. "Kenapa ibu pukul edith! Apa salah edith!"
Si ibu berdiri dan merengus kasar. Anak mata koko dia tepat menikam anak mata aku yang mengendur lemah. Lepas tu dia meludah pada aku dengan riak jijik terpeta pada wajah dia disebalik solekan. "Salah dia...sebab dia keluar dari sini. Aku tahu ke mana dia pergi. Kalau kau ikut dia..sekali dengan kau...aku bunuh!".
Sekali lagi ibu meludah sebelum langkah di atur ke dalam rumah. Tubuh aku dipeluk erat dalam pelukan luna. Dan pipi aku basah dengan air mata.
Air mata luna dan aku sendiri.
"Aku minta maaf edith...aku kakak yang teruk. Aku tak boleh lindung kau."
Belakang aku ditepuk perlahan sambil jari luna mengesat cecair merah pada bibir dan pipi aku. "I'm sorry edith...aku tak patut bagi tahu kau semua tu. Ni salah aku."
Tubuh luna menggigil dan panas. Aku nak bagitahu luna...yang ni bukan salah dia. Tapi pandangan aku makin kabur.
"Aku akan jaga kau elok-elok edith. Aku akan bawa kau jauh dari sini. Satu hari nanti...kita akan hidup senang dan bahagian macam impian kita dulu."
Cecair jernih jatuh di atas kulit pipi aku yang pijar. Seketika sebelum pandangan aku jadi kabur dan semua gelap.
Gelap tanpa bintang. Mungkin gelap tanpa bintang lagi manis daripada kau tahu...ada bintang yang menyinar tetapi cahayanya bukan dituju pada kau.
Dan aku pula...makin hidup dalam rasa benci dan sakit ini.
****
"Welcome my lady."
Suara garau father raymond di depan rumah agam kecil menyapa gegendang telinga. Turun dari kereta kuda, terus ibu melangkah penuh gaya ke arah father raymond dan mereka berpeluk. Aku di sebalik skarf hitam turut turun dari kereta kuda dengan luna di sebelah.
"How can you be so stunning, my pretty lady?"
Dan tawa mereka pecah. Aku hanya tersenyum sinis di sebalik kain hitam. Cantik sahaja pada rupa...sangatlah indah di mata manusia,bukan?
Indahnya rupa hingga kau lupa untuk menilai apa yang lagi pening pada jiwa.
"Edith...okey tak?"
Luna di sebelah berbisik dalam nada yang rendah. Lengan aku dipeluk kejap sambil anak mata luna tertancap penuh pada wajah aku. Dan sebagai balasan...aku hanya mengangguk.
"So...these are your daughters?" Father raymond dah terpacak kacak di depan kami. Dengan ibu Adeline di sebelah. Senyuman terukir bila renungannya jatuh pada aku dan luna. "Pretty like you."
Dan tawa ibu pecah.
Masa ni...kalau boleh...nak saja aku muntah di depan muka ibu lepas tu biar dia menjerit macam orang gila di depan father. Tapi aku tak sejahat tu.
Atau...jahat aku lebih menjangkah jahat di fikiran ini?
"Hmm.....i hope you'll accept us here."
"Of course,dear."
Dan renungan mereka bersatu. Hangat. Aku di sebelah luna laju cuit pinggang dia. Bagi isyarat.....aku nak masuk dan berehat dalam rumah daripada layan drama plastik ibu Adeline dan Father Raymond.
Nasib baik luna faham. Dan kemudian kami meminta diri. Chloe...pembantu rumah yang berdiri di muka pintu terus menggamit kami ke dalam dan menunjukkan bilik kami. "Edith...luna. ni bilik kamu. Di depan sana..." Chloe menunjuk ke satu bilik paling hujung. Bilik yang lebih besar dari bilik kami.
"Bilik amara. Anak tunggal tuan Raymond dan Puan Alice. "
Lepas tu tangan chloe ditunjuk ke arah kanan. "Dan di sana ada dapur...kalau luna dan edith lapar...boleh pergi sana. Saya ada siapkan makanan. "
Kemudian chloe bow sedikit pada kami.
"Tak apa. Kami okey. "
Luna menjawab. Lepas chloe beredar, baru kami masuk ke dalam bilik. Skarf hitam yang menutup muka, terus aku campak ke lantai dan duduk aku labuhkan di birai katil. Luna pula menggeleng dan skarf di lantai, dia kutip dan dimasukkan ke dalam bakul. "Edith...pipi tu sakit lagi?"
Aku menggeleng. Mata sendiri aku pejam dan tubuh aku berbaring menghadap siling bilik. Bauan rosewood dihirup sambil aku berfikir tentang sesuatu.
"Kalau kita lari...mungkin ke kita akan selamat?"
Dan sebagai jawapan...bahu aku ditepuk perlahan. Buka mata, si luna dah menjeling aku tajam. "Edith...tak habis lagi ke plan nak lari dari sini? " Duduk dia labuhkan do sebelah aku.
Lama kami berdiam sebelum luna menyambung.
"...bukan tak boleh lari edith...sekurang-kurangnya...kalau kita ada duit dan hala tuju. Mungkin kita akan selamat bila keluar dari sini."
Haja tuju.
Aku ada satu.
Laju aku toleh ke arah luna. Dan bibir aku terjongket senyum smirk. "Kalau hala tuju ada...duit tak ada. Perlu ke edith mencuri duit father raymond?"
Selamba.
Dan sekali lagi..bahu aku dipukul luna. Tapi kali ni lebih kuat dari tadi.
"Kalau nak kena potong tangan...dipersilakan adinda edithku sayang.."
Tawa kami pecah. Tak lama lepas tu...sepi di luar diganti dengan bunyi tembakan. Dari hutan. Laju aku melangkah ke tepi tingkap dan mata aku mencari arah bunyi tembakan tadi. Di celahan pepohon...ada satu kumpulan kuda yang ditunggang penuh cermat dan di bahagian hadapan..
Ada sang putera dalam pakaian putih. Dengan senapang dililit kemas di sebelah kiri.
"Tengok apa tu edith?"
Si luna menyelit di sebelah sambil matanya turut jatuh ke arah tempat mata ini berlabuh. Dan serentak tubuh luna mengeras.
"My future. "
Dan bibir ini terjungkit senyum tajam. Lagi tajam bila sang putera terus menembak sasaran di hadapan. Barangkali rusa ataupun musang.
Tapi nanti...tunggu dulu.
Sebab akhirnya...aku pula akan bunuh kau wahai putera.
Jadi...biarlah hikayat ini terbuka dengan...
Once upon a time....
Dan aku akan akhiri dengan magis ini sendiri.