Chereads / Hikayat Cinder / Chapter 2 - chap_2|musuh baru

Chapter 2 - chap_2|musuh baru

Makan malam buat kali pertama di rumah baru. Keluarga baru dan lebih penting...dengan musuh baru. Mata aku tajam mencerun pada tubuh kecil amara di sebelah father raymond. Amara yang menyuap makanan penuh sopan ke mulut dan mengunyah penuh tertib.

Aku yang melihat membuat muka.

Geram. Tak hilang lagi. Si luna di sebelah cuit lengan aku bila aku henti makan. "Kenapa?" Dan aku pula hanya memberi satu senyuman ringkas.

Mata ini masih memerhati tingkah laku si amara cinta yang makan fish and chip di meja makan.

"Anakanda edith....kenapa tak makan? Tak sedap ke makanan di sini? Atau anakanda tak suka fish and chip?"

Suara garau father raymond. Serentak semua mata jatuh pada aku. Termasuk amara dan ibu Adeline. Di depan...ibu Adeline menjeling aku tajam. Sebagai amaran supaya aku tak buat hal di depan father...jadi aku hanya tersenyum ringkas.

"Tak, father. Edith suka makanan ni. Semua sedap. Cuma edith tak ada selera."

Aku memandang wajah father di depan. Father raymond...tak ubah seperti arwah ayah. Sangat baik dan lembut dengan kami. Aku dan luna.

"Edith tak sihat ke? Kalau tak father boleh hantar ke klinik."

Masih lagi dalam nada yang risau. Kali ni aku tak berpaling pada wajah ibu. Sebaliknya...mata aku terus merenung wajah father Raymond. Alangkah bagus...kalau arwah ayah masih ada. Mesti semua ni tak akan berlaku. "Tak apa. Edith okay. "

Father tersenyum ringkas. Tapi tak lama...tak lama sebelum dia menyoal aku lagi. "Kenapa pipi edith lebam? Kena pukul?" Dan kemudian anak mata father raymond beralih ke sebelah. Pada wajah ibu Adeline yang pucat.

Dalam hati...nak saja aku cakap perkara sebenar. Tapi aku tak sampai hati. Bukan...tapi hati aku tak sampai lagi untuk buat perkara sebaik tu. Kalau aku nak buat perkara jahat...aku akan buat dia sampai rebah dan tak mungkin boleh bangun lagi.

Heh.

"Tak ada lah. Edith suka merayau dalam hutan. Kerap juga edith jatuh tersembam ke tanah. Tu yang boleh lebam macam ni."

Itu saja jawapan yang aku bagi. Wajah ibu Adeline aku renung sekilas sebelum mata aku kini jatuh pada wajah amara. Siap kau. Dah tiba masa kau. "Kakanda amara...boleh adinda edith bertanya?"

Lembut suara yang terkeluar. Amara di sana mengangkat muka dan memandang aku pelik. Dahi dah berkerut.

"Nak tanya apa edith. Tanya saja. Tak perlu minta macam tu. "

Lembut lagi suara amara menjawab. Wajah sendiri aku maniskan. Kalah bidadari di atas sana....atau mungkin bidadari di atas sana mahu membedil aku dengan busurnya.

Well...

Edith tak kesah.

"Tadi edith ada nampak kakanda amara bercakap mesra dengan pemuda. Siapa dia?"

Senyum amara mati. Lepas tu semua mata jatuh pada wajah amara yang memudar tanpa warna.

Heh..siap lah kau amara.

"Pemuda? Siapa dia amara?"

Suara garau father membelah sepi. Penuh amaran. Sama macam mata dia yang mencerun tajam pada lekuk wajah amara di meja makan. Dan dari sini...aku dapat hidu rasa takut amara. "Kawan."

"Amara tak pernah cakap amara ada teman lelaki.."

Sudu diletak di tepi pinggang. Wajah father dah berubah tegang dan berona merah. Aku tahan senyum. "Sejak bila amara ada kawan lelaki?"

Masih tajam. Dan amara aku lihat teguk liur sendiri. Senyum dia ukir walaupun aku nampak perit.

Well...itu baru sikit amara ku sayang...

"Baru lagi father. Amara jumpa dia baru tadi."

Perlahan nada suara amara. Kepala ditundukkan ke bawah. Aku yang melihat terus mencelah. Permainan baru bermula amara...aku takkan biar semua ni berakhir dengan mudah.

Kalau kau watak utama...aku akan pastikan aku rampas takhta kau. Aku akan heret kau lebih jauh dan aku akan tolak kau jatuh ke lohong hitam tanpa harapan. Kau tengok laa nanti.

"Maafkan edith father. Maafkan edith amara...edith tak niat nak buat father marah macam ni."

Father mengeluh lemah sebelum dia toleh ke arah aku. "Tak. Ni bukan salah edith. Sepatutnya father berterima kasih pada edith. " Lepas tu dia toleh ke sebelah. Ke arah amara yang masih lagi menunduk. "Amara...father tak nak amara jumpa lagi pemuda tu. Amara tahu kan...amara dah bertunang. Tak manis kalau amara berjumpa lelaki lain."

Lembut suara father menutur.

Dahi aku berkerut. Dah bertunang rupanya si amara. Nampaknya...game ni akan jadi lebih menarik.

"Baik father. Amara janji...amara takkan jumpa dia lagi."

Lurus amara menjawab. Aku yang melihat tersenyum ringkas. Puas hati. Tapi tak jugak...hati aku masih panas dengan adegan cliche si amara-putera tadi. Rasa macam jantung aku kena tembak bila sang putera boleh senyum kacak di depan amara.

Hhhhh...

"Are you okay?"

Suara husky bergema. Serentak semua pengawal berbaju putih turun dari kuda dan  mengelilingi sang putera. Sang putera pula duduk mencangkung sambil hulur tangan pada amara yang terjatuh atas tanah.

Cliche.

Aku rasa nak saja sepak si amara dari jauh. Dari celah pokok...aku boleh nampak senyuman ringkas pada bibir amara.

"Yes. I'm okay. Dont worry. "

Huluran bersambut dan kemudian si amara bow sedikit. Tunduk hormat pada sang putera. Entah dia tahu atau buat-buat tak tahu...lelaki tu adalah putera raja. "Who're you mr? I never see you before."

Salah seorang pemuda di sebelah sang putera mahu menjawab sebelum suara husky tadi membelah sepi.

"I'm alexander. Royal guard from shadow acre castle."

Sang putera menunduk ringkas sebelum semua semua pengawal turut menunduk sama.

Double cliche.

Kalau tadi aku rasa nak sepak si amara...sekarang aku rasa...nak saja aku sepak sang putera sekali. Lepas tu aku humban dua-dua dalam lobang jamban.

"Ouh...saya amara cinta. Anak kepada tuan raymond."

Giliran amara menunduk. Lepas tu renungan mereka bersatu. Lama. Seolah anak mata mereka tenggelam dalam khayalan ciptaan mereka. Seperti awanan bersatu dengan lautan biru.

Hati aku sakit.

Rasa ingin menghancurkan sang putera makin kuat.

"Maafkan saya sekali lagi. Saya rasa...elok kalau saya pulang ke rumah dulu."  Bakul yang terjatuh tadi dikutip penuh cermat sebelum amara sekali lagi bow pada putera.

Aku di sebalik pepohon makin mengecilkan diri. Rasa sakit ini makin menguasai diri. Lagi-lagi bila lihat...sang putera langsung tak berkalih dari renung si amara. Walaupun kelibat si amara dah menghilang..

Anak mata biru miliknya masih jatuh pada tempat yang sama.

Hati aku membahang.

Marah.

Cemburu.

"Edith!"

Suara luna di sebelah. Laju aku pandang luna dengan dahi berkerut. "Ya."

"Termenung laa tu. "

Bahu aku ditepuk. Bibir luna terjongket senyum sambil sebelah tangan menolak pinggang aku ke tengah meja. "Semua orang dah siap makan. Edith saja belum sentuh lagi. Betul tak nak makan? Nanti sakit perut macam mana?"

Nada suara luna berubah risau.

"Edith okay. Edith tak akan sakit. Edith kan kuat. "

Aku tersenyum. Mungkin pada luna saja...aku dapat beri secebis kebaikan ini. Dalam seribu jahat...masih ada baik okey. Walaupun aku memang jahat.

"Yelah tu. Kalau dah tak nak makan. Mari pilih baju."

Lengan aku diheret perlahan. Si luna dah sibuk menggamit aku ke satu lorong. Lebih tepat lagi ke satu bilik yang ada banyak gaun  dan corset. Di dalam bilik tu...ada beberapa almari dan di setiap almari ada berpuluh gown yang cantik.

Dahu aku berkerut.

"Kenapa nak pilih baju? Nak pergi mana?"

Si luna yang sibuk memilih baju toleh ke arah aku sambil tersenyum ringkas.

"Oh adinda edith...hujung minggu ni kan ada majlis tari di kerajaan alukoth. Semua rakyat dijemput hadir. Sebab tu semua orang excited nak pergi. You know....bukan senang nak jejak kaki di alukoth. Apatah lagi...di istana shadowacre."

Nafas aku terhenti sesaat.

Istana putih dan putera bermata sapphire itu menjelma di ruangan mata. Kuku aku menyejuk salju. Mungkin....hikayat ini sudah bermula.

"Adinda edith...dengar tak ni?"

Suara luna. Kali ni lengan aku ditarik mendekat ke arah almari baju. "Dari tadi asyik termenung....ada masalah ke? Atau adinda edith tak suka pergi majlis macam tu.  Tapi...pelik laa pulak. Sedangkan adinda edith ni hantu menari."

Si luna sengih cantik sambil menarik gaun kuning. Dibelek dengan dahi berkerut dan lepas tu dia letak balik dalam almari.

"Mana tahu edith suka menari?"

Aku menyoal. Saja aku tanya.

"Apa yang luna tak tahu pasal edith. I know everything about you, my little sis. Apa yang edith fikirkan pun luna dah boleh agak. "

Nada suara luna berubah tajam.

Seolah dia ingin menembak aku dari dalam.

"Tapi adinda edith....luna nak beritahu..apapun yang adinda rancang...pastikan di atas kepala ada maruah dan di kaki ada cinta. Dan jangan biar ia jadi sebaliknya."

Dan mungkin...

Memang betul kata luna....dia tahu semua tentang aku. Barangkali mungkin...dia tahu apa yang aku rancangkan. Perlahan-lahan aku memeluk tubuh luna dari belakang dengan dagu aku jatuh pada bahu kanan luna.

"Kakanda luna akan sokong edith tak?"

Nafas luna terhenti sesaat. Tapi tangan aku pada pinggang dia, dia tepuk perlahan. "Luna akan ikut edith tak.....walau ke mana edith pergi. "

Kali ni nafas luna dihembus lemah.

"Adinda edith kan adik luna. Walau ke mana edith pergi, luna akan ikut. Apa yang edith rancang, luna akan sokong. I'll be your shadow in the daylight...and the star in the midnight. Kakanda rela untuk serahkan jiwa ini pada edith. Sebab di dunia...luna hanya ada edith."

Nafas aku pula terhenti. Tapi tak lama. Bibir aku mula terjongket senyum. Gembira. Sekurang-kurangnya...aku masih ada luna sebagai perisai.

Dan aku akan jadi alat yang menghunus nyawa musuh di depan sana.

"Dah laa....jom cari baju. Nanti nak cantik-cantik. Mana tahu tersangkut putera raja."

Tajam.

Dan aku tahu ayat tu lebih dituju pada aku. Tapi hanya tawa kami yang pecah. Gown dibelek penuh cermat dan bila mata aku jatuh pada gaun putih, mata aku bersinar. Gaun ni nampak simple dengan lace di bahagian dada. Tapi sebab kain dia lembut dan dihias dengan manik kristal...

Gaun ni nampak lebih cantik.

Laju aku tarik ke luar dan mata aku merenung penuh minat.

"Cantik. Sesuai dengan edith."

Suara luna.

Aku tersenyum ringkas. Sebelah tangan sibuk menyarung gaun putih ke tubuh dan mata memerhati pada pantulan cermin. Nampak sesuai tapi tunggu dulu...aku tengah fikirkan sesuatu.

"Luna....agak-agak kalau edith pakai gaun ni...semua mata pandang edith tak?"

"Sah kan mata...sekali dengan jiwa teragut sama. "

Suara father di muka pintu. Dan sudah pasti...ada ibu Adeline di sebelah. Mata ibu menjeling aku tajam tapi bila toleh ke sebelah...ke arah father..terus renungan ibu melembut. "Betul tu edith. Gaun tu memang sesuai untuk edith."

Lembut. Tapi aku tahu...di sebalik ayat tu...ibu Adeline nak bagitahu aku sesuatu.

"Ya ke ibu? Kalau macam tu...mungkin sekali dengan jiwa putera raja?".

Saja aku tanya. Sebab masa tu ada amara yang muncul di muka pintu. Renungan kami bertemu dan macam biasa ada senyuman di bibir amara.

"Ya. Mesti lah. Sekali dengan jiwa sang raja."

Jawab luna di belakang.

Bagus.

Permainan memang akan bermula.

Anak mata amara melembut atau lebih ke arah sayu. Aku tahan senyum. Tunggu amara...aku akan hancurkan kau dengan dunia khayalan ini. "Eh...mana boleh kakanda luna. Sang putera raja milik kakanda amara."

Nada selamba.

Dan serentak tubuh amara mengejung.

Padan muka kau.

"Tak ada lah anakanda edith. Amara milik ltn. Hans dari kerajaan springBrook. Tak lama nanti..kahwin laa mereka."

Jawapan dari bibir father. Sangat bagus bila father pun terikut sama. Dan wajah amara berubah. "Tak ke begitu amara?"

Mata father mencerun pada amara dan amara hanya tersenyum.

Well...

Game ni sangat menarik.

"Amara gadis yang cantik. Memang semua mata akan jatuh pada amara nanti. Tak sabar nak tengok amara di sana. Mesti semua orang terpegun."

Tubuh father raymond mengeras. Lekuk pipi dia berubah tajam.

"Bertuah father ada anak secantik kakanda amara."

Saja aku puji amara. Lagi dan lagi hingga akhirnya father mencelah.

"Amara tinggal saja di rumah. Father ada kerja untuk amara. "

Dan lepas tu kelibat father raymond menghilang. Amara pula mengikut jejak father. Sekali dengan ibu Adeline. Ibu pun...macam tahu..tapi saja buat tak tahu atau ibu pun ada rancangan sama macam aku.

"Edith...bila nak menang dalam perlawanan..."

Langkah luna atur ke depan aku dan bahu ini dipegang kejap. "You must keep your friend close and your enemy closer. Baru lah adinda boleh menang dan dunia ni akan tunduk pada adinda."

Suara lembut luna berubah tajam.

Aku tersenyum.

Atau barangkali bukan saja aku yang ingin menghancurkan mereka. Nanti kau...satu hari nanti...aku akan hancurkan seluruh keturunan kau. Biar turut sama hina.

Senyuman kami bersatu dalam hikayat ini. Hikayat yang aku akan ciptakan manisnya yang beracun. Sehingga satu saat...racun tu akan membunuh jasad dan jiwa mereka semua.