Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Love me just one day

Inah_Herinah
--
chs / week
--
NOT RATINGS
25.1k
Views
Synopsis
Sedari kecil, dia satu sekolah bersama mereka. Mereka ialah, Alpha. Airis pun tak tahu itu takdir atau bala dalam hidupnya.Dia pun dah menyampah, meluat, nak muntah hadap muka yang sama selama 14 tahun dia di alam persekolahan.Dan kini mereka satu universiti malah mengambil satu bidang yang sama?! Ini memang gila.Ini bukan takdir, ini bala bencana namanya. Lagi buat otak dia serabut tahap kena timpa tsunami ialah dia diberitahu bahawa dia sebenarnya dah ditunangkan dengan cucu kawan baik atuknya sejak umur 3 tahun. Dah kenapa hidup dia macam dalam novel pula ini?! AMARAN: Story ni mengarut, tak best and cliche nak mati.Acah novel perempuan melayu terakhir.Tapi watak heroin dalam lembutnya ada karate. So sediakan bantal, sebab mungkin mengantuk dan jangan lupa snack Nachos dengan latte caramel.
VIEW MORE

Chapter 1 - Bab 1

AKU memang tak faham apa masalah mereka ini.Ke dunia ini yang tunggang terbalik?

Geng Alpha.

Seingat aku, diaorang ini dari zaman aku tadika lagi duduk satu bangunan dengan aku.Tak campur lagi zaman sekolah rendah, menengah, dan sekarang ini ah ya, mereka juga satu universiti dengan aku.Dahlah sekelas dengan aku tiap-tiap tahun.

Adakah kami berjodoh?

Ugh... tolonglah jangan.Aku ini memang dah masak dengan perangai diaorang walaupun tak pernah bercakap dengan mereka.

Geng Alpha terdiri dari enam orang lelaki yang sememangnya popular dari aku kecil lagi.

Ketua mereka, Tengku Adam Haikal.Dia mula terkenal waktu aku darjah satu sebab dia comel dan ibu dia banyak keluarkan dana untuk sekolah.Dan dia ini macam malaikat.Suka tersenyum.Tapi bila dia dah mengamuk, rest in pieces lah jawabnya.

Penolong dia, Ahmad Danielle.Dia nampak macam playboy tapi hakikatnya tak pun.Dia memang terlebih sporting.Semua orang dia nak tegur tapi itulah tak pernah nak tegur aku.

Sobs...sobs...

Yang ini kira macam ayah geng ini, Raja Firdaus.Dia anak kerabat dan mak ayah dia pun banyak keluarkan dana untuk sekolah.Dia ini jenis suka cakap lembut dan tak ada siapa pernah tengok dia marah.

King of fashion, Muhammad Shahrill.Dia tak adalah beli baju berjenama sangat tapi apa je yang dia pakai semua fit dengan dia.

Budak skema dalam geng ini, Ahmad Damien.Dia ini dari zaman sekolah rendah asyik pegang jawatan ketua pengawas sebab semua kerja dia perfect.

Dan yang terakhir, a sleeping head, Ashraf Hairi.Dia sama spesies macam aku. Kerja dia nak tidur je. Okay aku tarik balik geng ni tak cakap dengan aku.Mereka memang ya tapi lain pula Ashraf ini.Mungkin sebab aku selalu kena berdiri dekat luar kelas dengan dia, dia mula cakap dengan aku?

Apapun, aku tak suka pemandangan hari pertama dekat universiti ini.

Please lah! Tak ada muka lain ke selain mereka? Aku dah kena badi mereka ke apa ini?

"Airis!"

Tersentak aku apabila lengan aku dipeluk secara tiba-tiba.Dahlah semua orang pandang ke arah aku sebab suara jeritan yang kuat.

"Dee kau ini!"aku memukul lembut bahu rakan baik aku, Dee atau nama panjangnya Nadirah.

"Hehe, jomlah duduk depan sana.Aku dari tadi cari kau.Eee dari dulu lagi suka sangat duduk dekat belakang.Kau dahlah rabun!"

"Aku menyampahlah duduk depan..."balas aku malas.Tak semena-mena Dee memandang ke arah geng Alpha yang duduk di barisan hadapan sekali.

"Lah kau berjodoh lagi ke dengan diaorang itu?"

"Aip! Berjodoh jodoh ini jangan cakap.Alaaa duduk jelah dekat belakang ini.Tak apa, aku baru buat spec semalam"aku terus memujuk Dee.Bekas kaca mata aku tarik keluar dari dalam beg sandang.

"Woah! Gila cool kau spec. Kau buat dekat mana?"

Aku terus memakai spec bulat berbesi emas itu.Aku bukanlah orang yang suka ikut trend tapi akak kedai itu cakap muka aku sesuai aku beli ajelah.Janji boleh nampak sudah.

"Dekat Hollywood Eyes&Lens. Kedai itu tengah buat diskaun sekarang ini"

"Eeee kau ini dahlah comel.Pakai spec  sepuluh kali ganda comel!"Dee terus menarik pipi aku.

"Dee!..."aku menolak tangannya ke bawah.Pipi aku yang masih berbekas sakit aku usap.Habis londeh pipi aku.Penat je bertahun-tahun buat urutan muka.

"Hehe.."

"Dah meh duduk sebelah aku ini.Ceramah dah nak mula"aku menepuk sebuah kerusi plastik kosong di sebelah aku.Dee tanpa banyak soal menurut.

"Eh, Tengku pandang kaulah Ris..."tiba-tiba Dee menolak kepala aku melihat ke arah barisan yang diduduki geng Alpha.

Dahi aku berkerut serta-merta apabila mata aku menangkap kepala Tengku Adam yang berpaling semula ke depan.

"Dia pandang orang lain kot?"aku terus memandang semula ke arah pentas dewan.Slaid besar sudah diturunkan dan lampu dewan ditutup.

"Tapi..."

"Dah dah fokus"

"BAIKLAH saya bagi masa setengah jam untuk awak semua rehat.Ronda-rondalah dulu ingat laluan.Lepas ini saya akan pecahkan awak semua ikut course yang korang ambil"ujar tour guide kami sebelum dia menyertai beberapa orang pensyarah di pondok tidak jauh dari kami.

Aku terus duduk di sebuah bangku di bawah pokok.Dee berdiri di depan aku.Beg sandangnya diletakkan di sebelah aku.

"Ris, aku nampak mesin gedegang tadi.Ada mesin fast food juga.Kau nak order apa-apa?"

Mesin gedegang itu vending machine ya anak-anak?

Aku lantas mengeluarkan not RM 5 lalu menghulurkannya kepada Dee.

"Kau tolong beli Tinge Lemon dengan roti ikan bilis.Thanks"

"No prob"

Dan dia terus berlalu pergi.Aku pantas menghidupkan telefon aku.Buka-buka sahaja mahu sakit jantung aku melihat 10 missed call dari mak aku.

Adeh mak ini...Aku bukan budak kecil lagilah....

Aku pantas menghubungi semula mak aku.Ada juga nanti mak aku pergi buat report polis sebab anak emas dia tak angkat call dari pagi.

"Assalamualaikum mak"ujar aku selembut mungkin.

"Waalaikumussalam.Kenapa tak angkat call? Mak risau tahu tak?"suara mak kedengaran tidak puas hati.Aku tersenyum nipis.

"Alaa mak janganlah marah.Ris sorry okay?"aku keluarkan suara comel aku.

Seketika, kedengaran mak mengeluh.Alah senang je nak pujuk dia.Kau buat suara kesian lembutlah dia.

"Duit Airis ada lagi? Nak mak tambah? Dee jaga Airis tak? Ada orang cari pasal dengan anak mak tak?"

Hambek kau! Bertubi-tubi dia soal.

"Mak, Airis baru je dua hari dekat sini.Duit pun tak luak pun.Pasal Dee pula dia ada je jaga Airis ni ha"

"Tak ada siapa kan nak mengorat anak mak ini? Mak risau betul.Dahlah anak mak ini lawa ya rabb"

Aku tergelak dengar omelan mak di sebelah sana.Risau betul dia walaupun benda ini nampak remeh tapi bagi dia penting.

Dahlah aku sorang je anak perempuan dari enam beradik lelaki.Mana dia tak risau?

"Mak off dulu ini.Ada meeting sekejap lagi.Kalau ada apa-apa tak cukup terkurang bagai, beritahu mak okay?"

"Okay mak.Love you"

"Love you too, daughter"

Dan talian mati.Aku pandang telefon aku lalu tersenyum nipis.Susah betul ada mak yang over-protective ini.

Sedang aku mengelamun, tiba-tiba ada setin air Coke bergolek mengenai kasut aku.Aku pantas mengambil tin itu lalu mendongak.Terkejut aku melihat Tengku Adam berlari-lari anak menghampiri aku.

Aku pandang tin lalu aku pandang dia.Dia berhenti betul-betul di hadapan aku.Aku lantas menghulurkan tin Coke itu kepadanya.

"Sorry and thanks"

Dia menyambut tin itu tapi masih lagi tidak pergi.Aku dah mula pelik.

"Saya Adam"dia senyum kekok.Aku pun be like, ehh?

"Oo..oh...haha..hai.Err...Airis" aku pula yang kekok.Kenapa tiba-tiba ini?

"Tahu"gumamnya perlahan tapi masih lagi sampai ke pendengaran aku.

"Hmm?"aku pandang dia dengan muka blur. Tengku Adam ini tak pernah hayat nak tegur aku walaupun kami dari sekolah rendah lagi satu kelas.

Ini apa kes pula?

"Eh Tengku?"

Suara Dee memecahkan ke 'awkawrd' kan antara kami.Aku dah hembus nafas lega.Aku pandang Dee lalu menghadiahkan dia senyuman manis.

' Dee, kaulah penyelamat aku! '

"Err...umm...saya pergi dulu. Nice to know you Airis" dan dengan itu dia terus meninggalkan kami.

Dee meletakkan botol Tinge dan bungkusan roti ikan bilis di atas riba aku.Kemudian, dia melabuhkan punggung di sebelah aku.Botol airnya dibuka.

" Eh tak pernah hayat dia tegur kau.Kenapa tadi itu?"Dee terus meneguk airnya.

"Oh tadi tin Coke dia bergolek ke sini"

Aku terus membuka penutup botol lalu meneguk sedikit.Tapi tak semena-mena mata aku terpandang ke arah Ashraf yang sedang merenung aku dengan wajah malasnya.Kemudian dia menepuk bahu Raja Firdaus lalu beredar.

Dahi aku serta-merta berkerut.

Dah kenapa dengan geng Alpha hari ini? Weird...