Di Giant Setapak, Viya dan Thara sedang membeli barang dapur sambil berbual tentang Tengku Azmeer.
Thara: Viya, kau macam mana kenal Tengku Azmeer yang kaya tu?
Viya: Aku kenal dia secara kebetulan. Semalam saya pergi ke shopping mall lepas tu aku terlanggar dia. Hari ni pun kami jumpa secara kebetulan juga. Baru tadi aku tahu yang dia tu anak kepada Syarikat Tengku yang Top 1 billionaire. Aku tak sangka yang aku akan jumpa dia secara bersemuka.
Thara: Untunglah kau Viya sebab dapat kawan dengan Tengku Azmeer.
Viya: Jangan mengarut boleh tak?
Thara: Betullah apa yang aku cakap tu.
Tengku Azmeer: Assalamualaikum.
Masa itu, Tengku Azmeer juga sedang membeli barang dapur. Secara kebetulan dia terjumpa Viya dan Thara sedang membual dan dia terus menuju ke arah mereka dan memberi salam. Viya dan Thara terus menoleh ke arah Tengku Azmeer Dan terkejut lalu menjawab salam.
Viya & Thara: Walaikumussalam.
Viya: Awk buat apa kat sini?
Tengku Azmeer: Saya dtg kat sini untuk berenang. Kata orang ada kontraktor bina kolam renang yang baru.
Viya diam lalu renung tajam pada Tengku Azmeer. Tengku Azmeer yang memahami renungan Viya tersengih lalu memberi tujuan kedatangannya.
Tengku Azmeer: Kalau orang datang sini buat apa lagi? Tentulah beli barang dapur. Kan, Thara?
Thara: (terkejut) Hah? Ya.
Tengku Azmeer: Mama saya suruh saya beli barang dapur sebab tulah saya singgah sini sekejap.
Viya: Owh... ya ke?
Tengku Azmeer: Ya. Boleh tak saya teman awk berdua Untuk beli barang?
Viya berfikir sejenak lalu dia bagitahu kepada Tengku Azmeer.
Viya: Baiklah. Jom.
Tengku Azmeer: (tersenyum) Terima kasih.
Viya, Thara dan Tengku Azmeer pergi beli barang dapur sama-sama sehingga mereka bawa haluan masing-masing. Tengku Azmeer berasa gembira sebab dapat luangkan masa dengan gadis idamannya dan dia juga rasa excited sangat sebab dapat rapat dengan gadis idaman dia. Viya dan Thara pula sedang berbual tentang Tengku Azmeer dalam perjalanan pulang ke rumah.
Thara: Aku rasa Tengku Azmeer sukakan kau lah.
Viya: (marah pada Thara) kau jangan mengarut boleh tak?
Thara: Aku tak mengarutlah. Aku cakap betul-betul ni. Aku boleh nampak melalui cara dia bercakap dengan awk dan cara dia layan awk.
Viya: Thara jangan mengarutlah. Kau ingat anak orang kaya seperti Tengku Azmeer sukakan orang miskin seperti aku. Cuba fikir sedikit. Mungkin dia nak kawan dengan aku kot.
Thara: Viya, Untuk bercinta tak payah ada status. Cukup ada hati yang jujur.
Viya: Ya... Aku tahu. Tapi tak mungkin lah Thara.
Thara: Ada kemungkinan yang besar Viya.
Viya: Dahlah malas nak layan kau.
Thara: Kau ada nombor telefon Tengku Azmeer kan? Aku nak nombor telefon dia.
Viya: Ya. Ada. Kenapa kau tanya nombor telefon dia?
Thara: Bagilah. Aku nak tanya kat dia sama ada dia sukakan kau atau tak.
Viya: Jangan buat kerja gila Thara. Aku tak boleh bagi nombor dia.
Thara: Alah.... Please...please. Tolonglah kasihan aku ni.
Viya: (geram) Hish... Baiklah.
Thara: (gembira) Yay... Thank u. I love you Viya.
Viya: I hate u.
Viya terus bagi nombor telefon Tengku Azmeer kepada Thara.