Chapter 2 - Bab 4

Selepas hantar Viya ke rumah Viya, Thara terus telefon Tengku Azmeer. Thara terus memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepada Tengku Azmeer apabila Tengku Azmeer mengangkat panggilan tersebut.

Thara: Assalamualaikum Tengku. Saya Thara. Kawan Viya.

Tengku Azmeer: Oh ya? Walaikumussalam. Viya ke yang bagi nombor telefon saya?

Thara: Ya.

Tengku Azmeer: Owh ya ke? Kenapa Thara tiba-tiba call saya ni?

Thara: Tengku, boleh saya tanya awak sesuatu?

Tengku Azmeer: Tanyalah. Apa awak nak tanya?

Thara: Tengku sukakan Viya kan?

Tengku Azmeer: Macam mana awak tahu? Nampak sangat ke?

Thara: Saya boleh tengok cara layan awak pada Viya.

Tengku Azmeer: Ya ke?

Thara: Ya. Tapi bila saya bagitau kat Viya. Dia tak percaya. Dia cakap Tengku just nak kawan biasa dengan dia je.

Tengku Azmeer: Tak pelah Thara. Kalau hari ini dia ingat macam tu nanti dia tahu juga, kan?

Thara: (senyum) Yalah. Tengku betul-betul sukakan Viya ke?

Tengku Azmeer: Bukan sahaja suka, Thara malah saya cintakan dia. Tapi saya tak tahu macam mana nak bagitau dia. Malulah.

Thara: (senyum dan keliru) Heh? Lelaki pun tahu malu ke?

Tengku Azmeer: Of course lah. Tapi bukan semua benda lelaki malu. Cuma beberapa perkara je. Bukan macam perempuan asyik malu je.

Thara: Apa-apa lah. Tapi Tengku tak tahu macam mana bagitau kat Viya biar saya tolong Tengku untuk bagitau kat Viya.

Tengku Azmeer: Heh? Betul ke? Yay... Terima kasih, Thara.

Thara: Saya cuma bagi idea saje tapi Tengku yang kena bagitau Viya ok?

Tengku Azmeer: Alah... awak tolonglah bagitau kat dia. Please...

Thara: Siapa suka Viya?

Tengku Azmeer: (geram) Hish... Baiklah. Saya bagitau kat dia ok?

Thara: OK. Assalamualaikum.

Tengku Azmeer: Walaikumussalam.

Tengku Azmeer terus menamatkan panggilan dengan menjawab salam Thara. Tengku Azmeer terus gementar apabila dia ingat dia nak bagitau Viya sebab dia rasa malu tapi apabila dia terkenangkan Viya dia tersenyum sendirian. Dia tak pernah jumpa gadis macam Viya selama ini. Dia cintakan Viya betul-betul. Dia dah jatuh cinta pada Viya bila pertama kali dia jumpa Viya. Dia berasa sungguh gembira.