Mentari membuat matanya terpaksa merengis kesakitan sebelum ia bangkit dari tempat tidur dengan malas.
Ia kembali melihat punca arah cahaya itu dan ia pun mendengus kesal.Bagaimana pula boleh ada lubang kecil dari dinding.
Lagipun dindingnya sepatutnya diperbuat dari batu bata bukan,kenapa boleh pula ia tiba-tiba menjadi papan kayu yang terlihat rapuh seperti reput.
Nanti,reput?
Bukan dinding kebal tapi kayu.
Melihat sekelilingnya yang menurutnya sangat asing, tiba-tiba datang seorang wanita yang tiba-tiba muncul dari arah pintu.
Oleh kerana ia terbuka jadinya, Lvyan tidak sempat untuk berpura-pura tidur dan harus berjaga seolah tiada yang berlaku.
"Madam Lvyan,apa anda sudah bangun?" tanya ia.Didekati namun tidak terlalu dekat. Ia masih menjaga jaraknya diantara mereka berdua.
Lvyan tertanya siapa dirinya sebenarnya sampai ia dipanggil sebagai 'Madam' itu.
"Um.." Lvyan hanya membalas dengan anggukan.Ia benar-benar tidak mengetahui apa-apa namun ia tidak boleh untuk berkata balik kerana ia merasa ia tidak perlu.
"Baiklah,jikalau begitu kalau Madam memerlukan sesuatu panggil sahaja saya." setelah itu ia pun pergi meninggalkannya.
"Madam Lvyan?" ia memang sama seperti nama asalnya cuma terdengar sedikit aneh apabila ditambah 'Madam'.
Dari satu sudut ruang yang memiliki meja yang hampir serupa seperti tempat belajar cuma besarnya seperti meja makan.Terdapat banyak buku yang disusun dengan kemas.
Dibacanya satu demi satu,tidak terkejutnya apabila ia mendapati tulisan aneh itu bisa ia fahami tanpa belajar dahulu.
Dari balik buku, terdapat satu buku yang bewarna putih dan tidak memiliki tajuk. Kerana ia tertanya? Jadinya buku itu dibukanya dengan berhati-hati kerana ia berkemungkinan diari orang lain.
Ternyata ia hanyalah sebuah novel biasa dan Lvyan hanya menanggapinya tidak penting setelah habis ia membaca namun pada saat ia mahu menutup buku itu dan ingin mengembalikannya kembali.
Entah dari mana asap mulai muncul dari sipi-sipi kertas buku novel itu lalu membakarnya dengan segera sehingga tiada lagi yang tersisa, seolah ia dibuat oleh sebuah sihir.
Nanti,entah kenapa ia terlupa akan sesuatu. Di dalam novel itu memiliki nama sepertinya tapi karakter yang dimiliki sangat jauh berbeza.
Di novel itu,ia dikenal sebagai yang terbodoh dan jahat.
Namun apa yang membuat ia terlalu mengasihankan apabila suaminya ditemui mati di kawasan pertempuran ditempat musuh.Maklumat itu ditemui apabila pihak musuh menghantar surat itu kepadanya membuatkan Lvyan dicerita itu harus menjadi seorang janda muda.
Mendapat reputasi sebagai janda adalah petanda buruk kerana mereka ini telah memberi kesan buruk terhadap pandangan masyarakat kepada mereka yang digelar janda.
Dikawasan tempat tinggalnya, tidak begitu menyukai pemilik asal jadi setelah mengetahui hal tersebut mereka pun menghalaunya dari kampung.Namun pemilik asal menolaknya dan bersikeras untuk menunggu suaminya yang tidak akan kunjung tiba.
Meskipun ia sudah hidup.Lelaki yang digelar suami itu,tidak begitu menyukainya kerana perkhawinan diantara mereka berdua hanyalah dari satu salah faham apabila lelaki itu dan pemilik asal ditidurkan bersama tanpa mereka berdua mengetahui.
Menyebabkan lelaki itu sanggup untuk meninggalkannya.Disebabkan hal itu wanita ini sanggup meragut nyawanya sendiri. Meninggalkan kedua anak kembarnya.
"Sulit betul hidup ini."
Dilihatnya sebuah laci kecil yang sudah tidak stabil lalu membukanya dengan lembut dan hati-hati.
Didalamnya terdapat satu kotak yang telah diukir dengan kemas dan teliti.Dilihatnya ini adalah hasil tangan dari pemilik asal kerana bau darah masih segar berbau.
Didalamnya memiliki cincin perkhawinan mereka berdua kerana lelaki itu telah meninggalkannya sebelum pergi berperang.
Nampaknya pemilik asal sangat menginginkan kedua mereka bersama membentuk sebuah keluarga yang bahagia dengan anak-anak mereka namun hal ini tidak kesampaian.
"Baiklah.Memandangkan aku tidak memiliki kerja lain, biarlah aku bantu menghantarnya kepada suami kamu itu."
Kerana pemilik asal sudah berputus asa untuk mencari,biar seorang penasihat peperangan ini yang mengerjakannya.
Mencari seorang yang sudah mati memang susah,tapi tidak kalau untuk orang yang sudah bertahun-tahun dimedan perang.
Namun pada saat ini,ia memerlukan sedikit bantuan.
•••♪•••••••♪••••••••••♪•••••••••
Dari satu tempat lain,tempat dimana ramai penduduk berkumpul untuk bermesyuarat. Mereka semua terlihat sangat serius saat membukakan bicara.
"Maksud ketua kampung,kita harus menyusun rencana untuk membuatkan ia pergi sendiri."
Tanya lelaki yang dipanggil sebagai Sek Gu.
"Ya,kita perlu seseorang untuk membawanya keluar dari kampung ini dengan segera."
"Bagaimana kalau ia tidak berjaya?" tanya Sek Gu kembali.Ia sangat pasti kalau ia gagal kerana selama ini mereka sudah mencuba pelbagai cara dan tidak berjaya sama sekali.
"Bukankah,Ame rapat dengannya?" tiba-tiba soalan itu dipertanyakan kepadanya.
Ame itu adalah anak tirinya dan memang benar anak itu selalu pergi melawat Lvyan.
Tapi ia tidak mahu menbabitkan anaknya di dalam hal ini.Wanita itu adalah sumpahan buat mereka dan ia tidak ingin anaknya menjadi janda.
"Tidak.Aku tidak menyetujuinya."
"Tapi.."
"Jangan nak pujuk aku segala.Anak aku tidak akan aku taruhkan." selesai ia berkata,ia pun kembali kerumahnya.
Dirumahnya kedengaran suara yang riuh. Walaupun suara mereka tidak terlalu kuat namun ia boleh jelas sangat mengetahuinya. Rumah yang selalu tenang takkan ada riuh pertarungan adu mulut.
Dan adu mulut itu hanya boleh ada diantaranya dengan isterinya.
Dibukanya pintu rumah dengan kencang sehingga pintu itu terdengar seperti dibanting dengan kuat.
Seisi rumah menatap Sek Gu dengan pandangan terkejut dan tidak percaya dengan tindakannya terhadap pintu yang sudah lama berkhidmat kepada mereka sekeluarga.
Sek Gu terkejut dengan kehadiran Lvyan dirumahnya.
Ditutupnya pintu itu semula dengan perlahan sebelum ia bertanya kepada Lvyan.
"Kenapa kau berada disini?"
Lvyan meletakkan air minumannya lalu menatap seperti tidak memahami apa maksud dari kata-katanya.
"Hanya melawat dan berhajat." ayat yang simple namun penuh makna.
"Tiada hajat yang boleh kau dapat dariku.Pergi enyahlah dirimu dari pandangan keluargaku." arah Sek Gu yang penuh amarah.Ia akan cuma mempertahankan keluarga dari orang yang memiliki sumpahan janda ini.
"Pak Cik Gu,apa autoriti anda untuk menghalau tetamu sepertiku.Biarpun tidak diundang,kalau memiliki hajat aku pasti bisa datang jua."
Tergamam ia mendengar kata-kata dari Lvyan. Sungguh ia berkata seolah seorang ulama terunggul.Penuh keyakinan dan penegasan dalam berkata.
Apa yang ia hadapi sehingga boleh menjadi seorang yang bijak berkata.Setahunya Lvyan tidak pernah kesekolah dan ia dikenali dengan kebodohannya kerana tidak tahu membaca dan menulis.
"Hajat aku sederhana.Jangan takut,aku akan pergi setelah mendapatkannya."
"Apa hajatmu?" tanya Sek Gu kerana ia tidak sabar untuk menghalaunya pergi.
Sudahlah datang kerumahnya tanpa dijemput dan kini ia berani untuk membuat hajat dengannya.