Nicca melawat sepupunya yang berada di hospital.Selepas Nicca siap melawat sepupunya tadi,Nicca berjalan ke kantin untuk membeli makanan.Nicca keluar dari kantin dan berhenti apabila Alex berada di depannya.
Alex menjeling Nicca dan berjalan tanpa mempedulikan Nicca lagi.
Nicca memanggil Alex dan dia berhenti tetapi tidak menoleh ke arah Nicca.
"Kenapa awak tak percayakan saya?Awak cakap walau banyak rintangan kita berdua awak akan tetap percayakan saya tapi awak tipu!Sebenarnya hari tu Noah yang culik saya masa saya jogging di taman seorang diri,then dia bawa saya di rumah dia sebab ni semua plan dia dengan Melisa nak..."
Nicca tidak sempat menghabiskan kata-katanya kerana Alex menoleh ke arahnya.
"Stop! Jangan tuduh Melisa lagi! jangan jumpa saya lagi sebab saya dan Melisa akan berkhawin tak lama lagi,so lupakan kenangan kita berdua dulu dan saya tak nak nampak muka awak lagi!"
Alex menjeling Nicca dan meninggalkan dia,Nicca terkejut dengan kata-kata Alex dan memegang dadanya yang semakin berdebar-debar.Air mata Nicca mulai keluar dan Nicca mengusap air matanya.
Alex menyesal dengan kata-katanya tadi terhadap Nicca.Dia berterus terang tadi walaupun niatnya belum bersedia untuk berkhawin dengan Melisa.
Selama 3 minggu Alex langsung tak brjumpa dengan Nicca dan sering 'berdating' dengan Melisa.Walaupun Alex tak berjumpa dengan Nicca,namun Alex sentiasa merindukan Nicca dan Alex sentiasa melihat gambarnya bersama Nicca.Dia tidak mampu untuk memadamkan gambarnya bersama Nicca dan kenangan mereka berdua.
Oleh sebab itu Alex tidak bersetuju untuk berkhawin dengan Melisa walaupun Melisa sentiasa memaksanya untuk berkhawin.Alex hanya menggunakan alasannya dengan keadaanya sekarang yang sentiasa sibuk.
Alex mendapat berita daripada Aiman bahawa Nicca telah berpindah bekerja ke sekolah tadika lain.Namun Aiman tak tahu tempat Nicca berpindah kerana Nicca tidak memberitahunya.Aiman memujuk Alex untuk mencari Nicca.
"Abang carilah cikgu Nicca"
"Abang takde hubungan apa2 lagi dengan dia biarkan dia"
"Alah abang ni cakap sayangkan cikgu Nicca"
"Tu dulu dan sekarang tak"
"Eh kenapa?"
Alex menggelengkan kepalanya dan Aiman tidak mahu mengganggu Alex dan dia masuk ke biliknya.
Alex merenung memikirkan Nicca.
"Mana dia pergi?"
Alex mengambil telefonnya dan menelefon Nora.
"Hi Alex "
"Hi Nora,boleh saya tanya?"
"Boleh apa dia?"
"Nicca pindah kat mana?"
Nora berjanji pada Nicca agar tidak memberitahukan pada Alex dan Nora menipu Alex mengatakan Nicca tidak memberitahunya.
"Oh dia tukar nombor ke?"
Nora menipu Alex sekali lagi kerana Nicca juga memberitahu pada Nora agar tidak memberitahu Alex bahawa dia menukar nombornya.Alex hanya percaya pada Nora dan dia menamatkan perbualan mereka.
"Mana awak Nicca?"
Nora menekan nombor Nicca dan menelefonnya.
"Hi Nora"
"Hi Nicca kau mau tau Alex cari kau tau"
"Kenapa dia cari saya pula?"
"Entahlah mungkin dia rindu kau"
Nicca terkejut kerana Alex mencarinya
"Takkanlah ,apa dia tanya tentang saya?"
"Dia tanya sekolah tadika mana kau mengajar sekarang dan dia tanya lagi Nicca tukar nombor ke"
"Jadi kau jawab apa?"
"Saya jawab tak tahu dan dia tak tukar nombor"
Nicca lega kerana Nora menepati janjinya.Nora bertanya soalan pada Nicca.
"Tapi kenapa kamu tak nak jumpa Alex lagi?"
"Kan dia cakap dia tak nak tengok saya lagi jadi saya pun taknaklah jumpa dia juga lagipun dia akan berkhawin dengan Melisa"
"Nicca you need to know that.."
Nora tidak sempat menghabiskan kata-katanya kerana Nicca menyuruhnya untuk berhenti
"Biarkan dia saya mahu mulakan hidup baru saya"
Nora hanya bersetuju dan tidak melarang Nicca membuat keputusannya sendiri.Nicca menamatkan perbualan mereka berdua.
"Kenapa dia cari saya?,takkanlah dia mahu berbaik dengan saya? tak mungkin.. saya tak nak berjumpa dengan awak lagi Alex..hati saya sakit.."
Nicca mengambil gambarnya bersama Alex dulu dan membakarnya.
Nicca mengubah penampilannya dan memulakan hidup baru.
Nicca telah berkenalan dengan seorang guru lelaki semasa di tempat kerja barunya.Nama lelaki itu ialah John dan juga merupakan satu-satunya guru lelaki yang mengajar di sana.Hubungan Nicca bersama John mulai rapat walaupun sekadar kawan.