Chereads / Dia yang ku cari / Chapter 16 - Upahan

Chapter 16 - Upahan

"Bos ada idea lagi ke?"

Melisa berpeluk tubuh dan berfikir mencari idea untuk merosakkan lagi hubungan Alex bersama Nicca.Noah memberi idea.

"Kalau saya minta maaf dengan Nicca dan couple dengan dia?"

"Macam lah dia nakkan awak lagi,kita kena putuskan hubungan diorang berdua sampai Nicca tu sukakan kau dan Alex sudi nak khawin dengan aku faham"

Noah dan Melisa berfikir sekali lagi untuk mencari idea.Jen membuka mulutnya untuk memberi cadangan.

"Kalau saya jumpa dengan Nicca lepas tu saya couple dengan dia dan bawa dia pada awak Melisa awak setuju tak?"

Melisa senyum dan bertepuk tangan

"Clever idea itu yang saya nak dengar"

Jen turut tersenyum

"Mestilah dulu kan masa saya tikam Alex mereka langsung tak nampak muka saya dalam keadaan gelap jadi kalau saya jumpa dia pasti dia tak dapat mengsyaki saya"

Melisa dan Noah senyum melihat Jen dan mereka bangga kerana mempunyai Jen dalam kumpulan mereka.

Nicca berjalan menuju ke keretanya.

Tiba2 seorang lelaki mengekori Nicca dari belakang dengan membawa pisau dan seorang lagi lelaki menumbuk lelaki yang membawa pisau itu.

Nicca terkejut apabila dia menoleh belakang.Kemudian lelaki yang membawa pisau itu berlari,lelaki yang membantu Nicca tadi bersalaman dengan Nicca.

"Nama saya Jen."

Nicca senyum melihat Jen.

"Saya Nicca thanks tolong saya"

Jen membalas senyuman Nicca dan Nicca mengajak Jen untuk membawanya makan di restoran.

Jen mengekori Nicca dari belakang sambil menoleh ke belakang dan senyum melihat Melisa dan Noah dalam kereta.Melisa dan Noah memberikan isyarat yang bermaksud 'terbaik'.

Alex bersembunyi di sebalik pokok melihat Nicca dari jauh,dia baru sahaja ingin berjumpa dengan Nicca namun niatnya dihalang apabila dia ternampak Melisa dan Noah mengupah lelaki itu untuk berkenalan dengan Nicca.

Alex marah melihat mereka.

"Tak habis2 lagi dengan plan mereka berdua tu!"

*****

Nicca dan Jen tiba di restoran.Jen mengajak Nicca berjalan beriringan.

"Saya belanja"

"Tak apa saya belanja"

Nicca memesan makanan untuk Jen dan dia.

"Kmau kan yang selalu bantu saya kalau saya diserang?"

Jen terkejut apabila ditanya oleh Nicca dan dia berpura-pura tahu dan menipu Nicca walaupun bukan dirinya yang sentiasa membantu Nicca dulu apabila diserang oleh konco2 Melisa.

"Ya saya"

"Tapi kenapa kau tau masa saya akan diganggu?"

"Sebab saya ditakdirkan untuk jadi hero kau"

Jen senyum melihat Nicca dan Nicca membalas senyumannya.Jen gembira kerana Nicca mempercayainya.

"Sudah lama saya mahu berkenalan dengan kamu ,hero saya"

Mereka berbual dan saling memperkenalkan tentang diri mereka.

Mereka makan sama2 apabila makanan mereka pesan tadi telah pun sampai di meja tempat mereka berdua.

Alex sedih melihat Nicca bersama lelaki itu yang diupah oleh Melisa dan Noah.Alex kembali ke hospital untuk bekerja.

Alex juga tidak menyangka Nicca akan percaya 100% pada lelaki itu.

Nicca mengajak lagi Jen berjalan-jalan di bandar.Nicca sentiasa keluar bersama Jen dan kini hubungan mereka berdua juga mulai rapat.Nicca gembira kerana John telah berpindah bekerja ke tempat lain dan Alex tidak mencari Nicca.

Jen meluahkan perasaannya pada Nicca dan Nicca menerima cinta Jen dengan hati yang terbuka.