Chereads / Dia yang ku cari / Chapter 5 - Mimpi?

Chapter 5 - Mimpi?

Ingatannya terhadap kelakuan Noah menyebabkan dirinya membenci Noah iaitu pada suatu ketika dahulu semasa mereka masih bersekolah di sekolah menengah ,

Noah sentiasa bergaduh dengan Nicca dan sentiasa memaki dirinya pada ketika itu seorang perempuan tomboy dan hodoh kerana tidak tahu bergaya sehingga Nicca ditertawakan oleh rakan-rakan Noah tetapi Nicca tidak mudah berputus asa dia bertekad mahu mengubah penampilannya ,setelah dia berubah barulah Noah tiba-tiba jatuh cinta terhadap dirinya tetapi Nicca menolak cinta Noah yang hanya mencintai kerana paras rupa kerana mencintai hanya kerana rupa seseorang itu tidak akan kekal sama juga akan dibuang seperti sampah jika tidak dapat menerima kelemahan seseorang itu

Sehingga sekarang Noah masih mencintainya kononnya juga ingin meminta maaf daripada Nicca kerana membuatkan hatinya sakit dan berjanji mencintainya dengan setulus hati tetapi Nicca bukanlah gadis yang cepat termakan dengan kata-kata manis Noah.

Selama 7 tahun Noah belajar di Kuala Lumpur dan sekarang dia bekerja di Sabah sebagai doktor tetapi hatinya tetap untuk Nicca dia tetap berusaha untuk mencuri hati Nicca

"Kenapalah dia lagi yang muncul dalam hidup saya?Kenapa?Bencilah haihh"

Nicca menarik nafas panjang-panjang untuk menenangkan hatinya, dia tahu Noah itu seorang yang tidak mudah berputus asa semua dia akan dapat apabila dia berusaha tapi untuk memujuk Nicca mencintainya amat susah dan merupakan 1 kegagalan yang terjadi dalam hidup Noah ,1 kali sahaja dia pernah gagal mencapainya?

1 pertemuannya tadi bersama abang sepupu Aiman membuatkan dirinya tersenyum sendiri kerana senyuman manis dan sangat ikhlas daripada abang sepupu Aiman membuatkan dia teringat kembali pada Alex begitulah senyuman Alex sentiasa kelihatan hensom kalau sahaja lelaki itu adalah Alex ....Nicca ..Nicca adakah ini merupakan cinta pandang pertama?

Tidak mungkin kerana Aiman ada menceritakan padanya bahawa abang sepupunya sudah mempunyai girlfriend ..jadi tiadalah peluang untuk berkenalan dengannya atau straight to the point jatuh cinta? Terpaksalah dia menunggu Alex yang sebenar tapi sampai bila?

Alex hanya menganggap dirinya sebagai sahabat selamanya dan bukan cinta ? Nicca teringat Alex pernah bertanya padanya erti cinta Nicca sengaja tidak tahu maksudnya kerana malu untuk menjelaskan pada Alex sedangkan Nicca pada masa tu sudah mulai jatuh cinta terhadap Alex tapi dia pendamkan sehinga sekarang

Kenapa? sebab takut cintanya ditolak dan berasa malu terhadap dirinya tetapi adakah Alex sudah mencintainya sekarang atau sudah berbahagia dengan perempuan lain haih Nicca kau ni hanya berangan-angan mahukan Alex sedangkan bertemu dengan Alex pun belum ..patutkah saya lupakan dia dan menerima cinta Noah?

Alex melihat bintang-bintang di luar rumah dan Alex teringatkan cikgu tadi cikgu? ya cikgu Aiman

"Kalau sahaja dia tu Nicca"

Alex hanya meluahkan katanya tu dalam hati bintang tu seperti Nicca yang sentiasa menyinari hidupnya dahulu dengan senyuman manisnya dan merajuknya sudah membuat dirinya terhibur berbanding sikap Melisa yang sentiasa mengada-gada dan sentiasa menuduhnya bukan-bukan mahu saja dia putus cinta dengan Melisa dan cuba berkenalan dan mencuri hati cikgu yang dikenalkan oleh Aiman tadi tapi niatnya gagal kerana mengingatkan kembali keluarganya dia tidak mahu membuatkan mereka kecewa dengan keputusannya sendiri but why? sampai bila dia nak bertahan dengan gaya Melisa

"Nicca semoga awak cepat hadir dalam hidup saya saya nak sangat bertemu dengan awak lagi goodnight Nicca.."

khayalan Alex berhenti apabila Pak Long memanggilnya untuk masuk

*****

"Morning doktor Alex saya Noah"

Alex yang dari tadi hanya melihat 1 kertas kerjanya kini berpaling ke sebelah untuk melihat orang tu

"Hei bro"

mereka berjabat tangan ,Noah merupakan rakan lama Alex dan Melisa semasa mereka belajar di Universti yang sama dahulu di Kuala Lumpur

"Noah it's that you?"

"Hei Melisa tak sangka dapat jumpa korang berdua lagi kat sini betullah tekaan saya dulu awak berdua yang akan berpindah kerja kat sini"

mereka bertiga mula bercerita

*****

Semasa Nicca pergi ke hospital untuk melawat sepupunya yang sakit, dia terserempak dengan abang sepupu Aiman iaitu Alex ,abang sepupu Aiman menegur dia dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Nicca semasa Nicca bersalaman dengan Alex dia dapat merasakan tangan jejaka di depannya itu seperti Alex mereka memandang lama antara 1 sama lain Nicca merenung mata jejaka tu hingga membuatkan dia pengsan ,sempat Alex menahannya daripada jatuh di lantai "awak! bangun!"

Nicca masih belum bangun dan Alex mengangkatnya untuk membawanya pergi ke ICU

Mimpi ?

Nicca membuka matanya dan menyedari dirinya berada di katil

"Hi mujurlah awak dah sedar saya risau tadi awak tiba-tiba je pengsan"

Nicca melihat jejaka tersebut dia tidak mampu bersuara kerana tangannya dipegang olehnya

"Awak ok ke?"

Nicca hanya merenung jejaka tu yang membuatkan dirinya tadi pengsan melihatnya

"Ok"

Nicca hanya menjawab dengan bersahaja , Alex memberikan senyuman manis pada Nicca dan berasa lega kerana Nicca telah sedar

"Kenapa awak pengsan tadi tengok saya?"

Alex masih pegang tangan Nicca membuatkan Nicca berasa malu untuk menjelaskan

"Tkde boleh saya balik sekarang?"

Nicca menarik tangannya yang dipegang oleh Alex

"Boleh tapi betul ke awak ok ni kalau tak .."

Doktor Melisa membuka pintu masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu

"Sekarang awak boleh balik and hati-hati ya kalau nak tengok bakal suami saya tu jangan pura-pura pula lagi nak pengsan so sekarang awak boleh berambus"

suka hati sahaja Melisa menghalau Nicca dengan begitu sahaja seperti hospital itu adalah milik bapanya

"Baiklah maafkan saya kerana menyusahkan dia"

Nicca turun dari katil dan meninggalkan Alex yang hanya tunduk ,

Selepas Nicca keluar Alex pergi mengejarnya tetapi dihalang oleh Melisa

"Alex!Yang awak nak kejar dia lagi kenapa saya ni bakal isteri awak tapi awak kejar perempuan lain sama juga awak curang terhadap saya tau"

Alex melepaskan tangan Melisa

"Awak tu jaga sikit mulut awak tu"

Alex menjeling Melisa dan meninggalkan Melisa berdiri di sana dengan muka yang masih terpinga-pinga

"Tunggu!"

Nicca menoleh ke belakang dan melihat Alex yang memanggilnya

Nicca hanya tunduk malu dan tidak melihat muka Alex

"Terima kasih sebab tolong saya saya nak balik dulu"

Alex pegang lengan Nicca untuk menahannya

"Saya nak tau nama awak dulu"

belum sempat Nicca menjawab pertanyaan Alex dia mengambil telefonnya untuk mengangkat panggilan Nora ,selepas Nicca selesai menelefon dia bergegas untuk pulang kerana Nora menyuruhnya balik untuk meminta pertolongan

"Sorry saya terpaksa balik dulu"

Nicca melepaskan tangan Alex sekali lagi Alex hanya berdiam tapi dalam hatinya dia terasa sakit hati.

Air mata Nicca mengalir keluar Nicca cepat-cepat mengelap air matanya supaya tidak diketahui oleh orang lain

"kenapa saya sedih ni?"

Nicca hanya bercakap dalam hatinya pasti sahaja apabila mereka bertemu terdapat banyak halangan

"Saya dah balik"

Nicca membuka pintu dengan muka yang tidak berdaya

"Happy saya bila kau sudah balik mari ajarkan saya buat kuih donut untuk boyfriend saya dia pergi sini nanti" Nora menarik tangan Nicca masuk ke dalam untuk membantunya

Melisa merenung tajam melihat dinding ,Noah ternampak Melisa berdiri dengan muka yang sangat marah Noah pergi menegurnya

"Kenapa ni Melisa saya tengok awak marah je ni pada siapa?"

Melisa menarik nafas panjang-panjang untuk menceritakan hal tadi

"Benci I tengok perempuan tu"

"Siapa?"

"Cikgu si Aiman tu mengada-gada je tadi pengsan"

"Maksud awak dia adalah Nicca?"

Melisa terkejut kerana dia tahu Nicca adalah sahabat Alex dan menoleh melihat Noah

"Nama dia Nicca?"

"Ya tadi saya nampak dia cuma tak nak tegur je sebab dia tak suka saya tegur dia"

"Dia ada tak ceritakan awak tentang sahabatnya dulu?"

"Ada juga jap yang saya ingat nama dia Alex takkanlah Alex dia ?"

"Ya dialah tu memang sah dia tu Nicca sahabat Alex dulu please tolong saya Noah"

Melisa merayu pada Noah

"Tolong apa?"

"Tolong saya jangan ceritakan perempuan yang tadi dia jumpa tu adalah Nicca please jangan saya tak nak kehilangan Alex saya rasa Alex suka dengan Nicca sahabat dia dulu"

Alex mencari kelibat Melisa dan Noah tetapi tiada bayangan mereka berdua dan dia mencari lagi ternyata Melisa bercerita dengan Noah seperti perkara yang sangat serius Alex pergi tegur mereka berdua.

"Apa awak berdua ceritakan tu?"

Melisa dan Noah terkejut melihat Alex yang datang secara tiba-tiba dan berharap Alex tidak mendengar perbualan mereka berdua

"Doktor Firdaus panggil kita bertiga jom"

Alex berjalan mendahului mereka berdua tapi dalam hati Alex masih tertanya-tanya untuk mahu tahu perbualan Melisa dengan Alex tadi

*****

"Kerja rumah apa tu Aiman"

"Bi cikgu Nicca yang bagi"

"Cikgu Nicca?"

"Ya cikgu yang saya kenalkan tu pada abang kenapa abang suka eh"

Alex tertanya dalam hatinya "jadi tadi tu adalah Nicca? dia ke?"

"Aiman nak tolong abang tak?"

"Nak, apa dia?"

Alex dan Aiman berbisik kerana tidak mahu Melisa dengar rancangan mereka berdua