Chereads / PUISI HATI / Chapter 2 - Dunia Aku

Chapter 2 - Dunia Aku

Aku menangis teresak

Tidak mampu menahan

Lelah ku berfikir

Ke mana haluan hidupku?

Aku dihina,dicaci,dipinggirkan

Asbab diriku tiada indahnya

Aku mencuba untuk mencari

Walau hanya satu

Kelebihan dalam diriku

Andai aku punya kuasa

Inginku lakar duniaku

Inginku tebarkan sayap gemilang

Mengukir senyuman tanpa keperitan

Namun,aku sedar

Semuanya hanya mimpi

Untuk aku seorang manusia biasa

Perit aku dilampiaskan cacian

Hidupku musnah penuh onar

Aku terduduk merintih

Merelakan takdir hidupku

Membuka ruang untuk duniaku

Yang langsung tiada bahagia

Aku bertanya pada diriku

Adakah duniaku hanya permulaan

Untuk aku mengorak langkah

Mencapai pingat kebahagiaan?

Andai ini sasakalaku

Inginku bisik ke pelosok dunia

Bahawa perjalanan hidupku

Berakhir dengan senyuman