Chereads / PUISI HATI / Chapter 3 - Aku Menanti Bebas

Chapter 3 - Aku Menanti Bebas

Dahulunya aku sempurna

Mampu melihat, mendengar

Aku mampu melangkah

Ketawa riangku bagai disyurga

Hadir suatu hari

Mereka datang dengan bengis

Mereka kejam, sombong

Mana simpati?

Bahkan mulia jauh terkubur

Merampas milik kami, hak kami

Keluargaku, satu demi satu meninggalkan

Aku sedih meratap kesunyian

Mereka tiada lagi menemani

Siang dan malamku

Aku melihat teman-temanku

Tanpa tangan dan kaki

Letupan yang menakutkan

Membawa kehancuran

Mereka jahil

Mengap mereka menyakiti kami?

Mengala mereka membunuh??

Apa mereka tidak takut

Akan dosa mereka?

Tiada siap diluar sana

Yang mampu mengerti keperitan kami

Tiada siapa diluar sana

Yang sanggup menjadi seperti kami

Tidur dan makan kami tiada tenangnya

Kami berdoa memohon redha Ilahi

Kami tidak takut

Bahkan kami bersyukur

kerana lidah masih bernyawa

Untuk menuturkan kalimah

Alhamdulillah

Ya Tuhan kami, Yang Maha Esa

Kami inginkan syahid indah

Tumpaskan mereka, pembunuh durjana

Selamatkanlah bumi Palestinku