Chereads / enam sekawan / Chapter 12 - bab 12

Chapter 12 - bab 12

semasa mereka berempat sibuk mencari maklumat di dalam komputer.. richard dan edward bertungkus lumus bergerak ke sana ke.mari berlari ke sana ke sini merangkak sebagai pengintip yang berkarisma dan berwibawa... mereka sedang mengintip seorang lelaki iaitu thomas yang dipercayai ada kaitan dengan kes penculikan dua tahun lalu.. mereka juga menggunakan 'dron' untuk mengambil video setiap saat yang berlaku secara sembunyi-sembunyi... mereka memulakan intipan mereka tiga hari lepas selepas dapati info yang thomas mempunyai kaitan dengan penculikan itu... mereka ingin menyiasat lebih mendalam..

"wei, ed, tengok tu.. tu bukankah penaja utama sekolah kita? mr. Lee kn?.. kenapa thomas ada bersama dengan dia?.." bertalu-talu soalan yang datang dari bibir merah richard.

" entah lah.. aku rasa kita kena siasat sama la mr. lee ni.. aku syak dia ada kaitan jugak.. takkan la saja-saja si thomas beku tu nak berjumpa dengan mr. lee.. bukan calang-calang orang yang dapat berjumpa dengannya.. lagipun.. kita kan dah siasat siapa thomas ni.. profil diri dia saja sudah penuh dengan pelbagai jenayah.. dia orang yang terkenal di antara semua tahanan polis.. dia jugak disenarai 'hitam' oleh pihak paling besar dalam jawatan polis.. seperti dikehendaki.." jawab edward dengan penuh elegan sehingga menjernihkan kesemua soalan yang bermain di minda richard..

richard hanya mengangguk faham dan membuat mimik muka seperti oooo... edward terus melihat dan merakam segalanya..

"aku rasa kita perlu pulang sekarang.. sudah 3hari kita mengekori si beku ni.. kita perlu sampaikan maklumat dan kita perlu meminta agar katniss dan romeo dapat mencari maklumat tambahan berkaitan mr. lee.. marii" ajak edward yang mula mengorak langkah meninggalkan orang yang disiasat dan mengajak richard untuk mengikutnya pulang bersama..

"baikk tuan.. mari kita pulang... akhirnya selama tiga hari dapat jugak aku makan masakan suzannee..ahhhh rindunyaa aku.. oh wei ed... baru aku perasan.. kenapa eh selama tiga hari ni kau asyik panggil si thomas tu beku??.." richard berceloteh dan bertanya perihal thomas yang dipanggil sibeku oleh edward sambil menggerakkan tubuh badannya yang gagah itu mengikut arah edward pergi..

"hahah.. rindu masakan ka rindu orangnya.. HAHAHAH.." edward mengusik richard dan memusing ke belakang untuk melihat rakan baiknya itu..

"hahah.. ok.. gurauu je la.. kau nii.. mengada.. gitau suzanne baru tauu.. HAHAH" edward berhenti mengusik selepas melihat wajah richard yang cemberut mengalahkan perempuan.. edward menyambung bicara selepas puas mengusik richard.. sambil memperlahankan langkah nya untuk memberi peluang richard mendekatinya...

"tak delaa.. kau ni takkan kau tak nampak.. muka thomas tu macam ketul ais.. keras je memanjang.. tak reti nak senyum langsung.. sebab tu aku panggil si beku.."

"hahah kau ni.. kalau aku.. kau gelar apa?"

"kalau kau eeh?hmm yang ni kena ambil berbulan berfikir ni.. susah sangat soalan ni.."

"kau ni ed.. senang la soalan ni.. cuba la jawab.."

"ok.. gelaran kau aku bagi.. si suzri... KAHKAHKAH.. nak tau maksud takk?.." edward bertanya untuk memanjang kan perbualan mereka memandangkan kereta mereka diletakkan di tempat yang jauh..

richard mengangguk dengan bersungguh-sungguh kerana ingin tahu maksud suzri...

"suzri ialah....

...SUZanne dan RIchard.."

" hahha kau ni.. comel gak gelaran tu.. HAHAHAH"

mereka berbual dan bergurau senda sesama mereka sehinggalah tidak menyedari yang mereka sudah tiba di tempat letak kereta mereka... richard dan edward menaiki kereta dan terus pulang ke rumah dimana suzanne suzie katniss dan romeo berada...

~DI RUMAH~

"katniss.. kau mari sini dan lihat lelaki ni.." arah romeo dengan serius sambil menunjukkan wajah seorang lelaki di skrin komputer.

katniss pun melihat ke arah yang ditunjukkan oleh romeo...

secara tiba-tiba katniss terus menjadi lelah.. semua orang sibuk menenangkan katniss.. suzanne lari ke dapur untuk melihat sesuatu yang dapat mengurangkan lelah yang dihadapi katniss secara mengejut..

romeo tiba-tiba bersuara..

"suzanne! kau lihat di dapur dalam almari... terdapat paper bag.. kau ambilkannya untuk aku.. sekarang!" arah romeo dengan tegas...

suzanne segera berlari ke arah romeo katniss dan suzie setelah menjumpai paper bag yang diminta romeo... suzanne memberikannya serta merta kepada romeo..

"katniss, nah ambil paper bag ni.. kau cuba bernafas dalam tu.. dalam perlahan-lahan kau cuba perlahankan kadar pernafasan kau.. faham?" romeo memberi satu arahan yang ringkas kepada katniss sambil memberikan paper bag kepadanya...

katniss menyambut paper bag itu sambil menganggukkan kepalanya tanda memahami arahan yang diberikan romeo... katniss dengan kadar segera melakukan arahan tersebut..

setelah 10 minit berlalu.....

pernafasan katniss mula beransur perlahan dan kembali normal.... dia mula mengeluarkan suaranya yang seperti tersekat-sekat...

"laki tu... laki tu..."

"laki tu adalah penaja utama sekolah kita.. mr.lee"

mereka semua terkejut mendengar suara yang lantang dan tegas.. mereka berempat memusing kepala dan badan untuk melihat gerangan yang bersuara sebentar tadi..