"Crazy!" Sejurus itu Mikael terus berjalan melangkah keluar dari bilik itu. Belum sempat dia memulas tombol pintu untuk keluar, dia terdengar ada sesuatu yang jatuh di belakangnya. Dia menoleh. Matanya terbuntang melihat Maya Adelle yang rebah di tepi meja.
Mikael segera mendekati Maya Adelle yang terduduk. Lututnya menyentuh lantai agar sama tinggi dengan kedudukan Maya Adelle. Dia dapat melihat wajah wanita itu berkerut seribu menahan sakit dengan mata yang masih terpejam.
"Awak okay tak?" Tanya Mikael sedikit gelisah. Walaupun dia tidak suka dengan perempuan ini tapi sifat kemanusiaannya masih ada.
"Hehehe...risau juga awak kat saya." kata Maya Adelle dengan sengihan dibibir. Dalam sakit sempat lagi wanita itu bergurau. Mikael berdecit kegeraman.
"Kalau awak okay, saya pergi dulu." Ulas Mikael tidak mahu dipermainkan oleh wanita itu lagi. Lantak kau, malas aku nak peduli. Belum sempat dia bangun untuk beredar, Maya Adelle mencengkam pergelangan tangannya. Dia terkesima. Cengkaman itu terlalu kuat seolah wanita itu menanggung kesakitan yang sangat teruk. Wajah Maya Adelle kembali berkerut.
"No! No! Please jangan tinggalkan I. Call my secretary. I rasa bila-bila masa I boleh pitam." gesa Maya Adelle. Ini mesti kes dia migrain teruk. Arghhh!!! Sakitnya.
"How?" Dia bertanya dan Maya Adelle menunjukkan interkom di atas meja. Dia mengikuti segala arahan wanita itu hingga muncul seorang perempuan Chinese di muka pintu sambil membawa segelas air suam.
Mikael memapah tubuh Maya Adelle ke sofa berdekatan. Dia duduk di sisi Maya Adelle dan tanpa sedar tangan kanannya masih melingkari tubuh Maya Adelle yang lemah. Tangannya memegang bahagian siku wanita itu untuk memberi sokongan. Maya Adelle hanya diam menahan sakit. Matanya masih terpejam.
Mikael menyuakan segelas air yang dibawa oleh wanita Chinese itu kepada Maya Adelle. Maya Adelle meminum air itu dengan rakus. Dia tidak tahan. Dia mahu pulang. Ubat dah makan tapi tak jalan.
"Call my dad, Kelly. Suruh my dad datang ambil I. I nak balik." Arah Maya Adelle dalam kesakitan yang bersisa. Mikael hanya diam di sebelah.
"I dah call sebelum datang sini. Tapi his secretary said your dad masih dalam meeting." Jawab Kelly.
"My brother?" Tanya Mary. Tolonglah ada. Doa Maya Adelle di dalam hati kerana kalau dia jadi seperti ini, daddy atau abang dia tidak segan silu mendukung dia bawa sampai ke bilik tidur. Nak berjalan sendiri dia tak mampu. Rasa mahu dihentak kepalanya di dinding.
"Mr Brad ada dekat hospital dengan isteri dia untuk check up baby dalam perut." Kata Kelly lagi. Maya Adelle sudah terdiam. Matanya mula berair. Dia menunduk sambil memegang kepalanya yang terasa sakit. Kesakitan yang dia rasa menjadikan dia tidak berdaya.
Kemudian mata Kelly tertacap pada wajah Mikael yang berada di sebelah Maya Adelle. Lelaki itu masih memeluk tubuh Maya Adelle. Nampak intim.
"Why not this guy bring you back to your home? Could you?" Cadang Kelly kepada Maya Adele sambil matanya memandang ke arah Mikael yang ternyata sangat terkejut dengan permintaan Kelly.
"Hmm...kenapa tak awak je hantarkan bos awak balik?" Tolak Mikael. Dia resah. Niatnya hanya untuk membayar hutang bukan untuk terjebak dengan masalah Maya Adelle.
"Sorry, Mr..?"
"Mikael." Balas Mikael sepatah.
"Okay, Mr. Mikael. Unfortunately, lepas ni I terpaksa ambil seseorang di airport. Kebanyakkan kaki tangan dah ramai yang balik dan shift petang baru je mula. Kalau I nak panggil driver makan masa paling kurang setengah jam lagipun Cik Maya memandu kereta sendiri, so..." Kata-kata Kelly terhenti bila Mikael terus memotong percakapannya.
"Okay, stop! Maksudnya, awak tetap mahu saya hantarkan bos awak juga kan?" Tanya Mikael dengan rasa tidak puas hati. Pertayaan yang tidak memerlukan jawapan. Kenapa dia?
Kelly memandangnya dengan simpati. Pandangan Mikael berkalih ke arah Maya Adele. Kasihan pula Mikael melihatnya.
"Okay. Tapi saya bawa motor dan ibu saya tengah tunggu di luar." Mikael memberi persetujuan setelah dia fikir semasak-masaknya. Apa salahnya membantu orang yang memerlukan pertolongan? Pada masa yang sama dia memberitahu kedudukan dia yang sebenar.
"It's okay. Awak boleh drive? Awak bawa kereta Cik Adelle sekali dengan ibu awak. Nanti sampai sana biar driver hantar awak dan ibu awak pulang. Pasal motor awak, nanti biar staff sini hantar ke rumah awak. Settle?" Kata Kelly mengatur semua perjalanan.
Haih...kenapa dia tak suruh staff dia je hantar bos dia pulang. Kenapa mesti aku? Keluh hati Mikael. Nak tolak semula dia sudah setuju. Melihat Maya Adelle yang menahan kesakitan di sisinya membuatkan hatinya serba salah. Akhirnya, dia hanya menganggukkan kepala.
Setelah itu dia memapah Maya Adelle ke kereta wanita itu bersama-sama dengan ibunya. Sampai di garaj tempat letak kereta, mata Mikael hampir terjojol melihat McLaren di depan mata.
Lupa pula minah ni orang kaya. Aku ingat kereta biasa-biasa, rupanya sportcar. Aku tak pernah bawa kereta mahal-mahal ni. Kalau jadi apa-apa, arwah aku nak membayarnya. Bicara hati Mikael. Hatinya resah.
Puan Ema pula menekup mulutnya dengan tangan. Terkejut melihat kereta mewah di depan mata. Kenapalah anak aku ni bengap tolak tuah? Cik Maya punyalah kaya, nak juga ke Arissa yang tak ada apa-apa tu. Rungut hati Puan Ema.
Puan Ema memasuki kereta tersebut terlebih dahulu kemudian diikuti Maya Adelle dan Mikael. Maya Adelle bersandar di tempat duduk sebelah pemandu. Setelah mendapat arahan serba sedikit daripada Maya Adelle, kereta McLaren itu mula meluncur laju membelah jalan. Mikael sedikit gentar tetapi dia beranikan diri memandu kereta tersebut. Uhmm....memang terasa lain pandu kereta mahal. Patutlah orang kaya sanggup berhabis duit untuk membeli kereta idaman mereka. Ada yang sesetengahnya siap ada koleksi kereta yang pelbagai.
Sesekali Mikael menjeling ke arah Maya Adelle. Wanita itu hanya tersandar lesu sambil memejamkan mata. Bibir Maya Adelle terkunci rapat dengan dahinya sedikit berkerut. Mungkin cuba menahan kesakitan yang dirasainya. Melihat Maya Adelle yang sedang menanggung kesakitan tidak terhingga menyebabkan kaki Mikael deras menekan pedal minyak hingga kelajuan di meter kereta meningkat.
Puan Ema di tempat duduk belakang tertelan air liur, kecut perut melihat kelajuan meter yang tertera di dashboard kereta. Mak aihh....anak aku ni nak pergi mana sampai pecut tak ingat dunia?
"Kael, perlahan sikit bawa kereta tu. Takut mak. Kita pergi rumah Cik Maya bukan pergi hospital bahagian kecemasan." Teguran Puan Ema, membuatkan Mikael tersedar. Dia mula memperlahankan kelajuan kereta di paras normal.
Apalah yang merasuk fikiran aku tadi? Tengok dia menahan sakit, macam aku pula yang terasa. Fikir Mikael dan dia kembali memandu dalam keadaan yang lebih tenang.
Sampai di rumah Maya Adelle, kedua-dua anak- beranak itu terpegun lagi melihat sebuah banglo mewah tersergam indah di hadapan mereka. Tidak tahu berapa kali mereka berdua dikejutkan dengan kemewahan seorang wanita yang bernama Maya Adelle.
Mikael melenyapkan segala keindahan yang ada di depan mata. Fikirannya mula kembali fokus kepada tujuan asal dia datang ke rumah Maya Adelle. Semakin cepat dia selesaikan tanggungjawab manusiawinya semakin cepat dia boleh pulang. Dia tidak sanggup berlama-lama di sini.
Dia membuka pintu kereta dan memerhatikan wanita itu yang masih terkial-kial untuk bangun. Dia cuba menarik kasar tangan Maya Adelle agar wanita itu berdiri tetapi belum sempat dia memapah wanita itu, Maya Adelle sudah terjelepok jatuh di tepi pintu kereta. Mata wanita itu terpejam rapat tetapi di tubir matanya jelas kelihatan titisan air mata yang mula mengalir.
"Kael cubalah berlemah lembut sikit dengan Cik Maya. Jadi 'gentleman' sikit macam ayah kamu. Arwah ayah kamu tak pernah berkasar dengan mak." Protes Puan Ema yang masih terperangkap di tempat duduk belakang.
Mikael berdecik kegeraman mendengar teguran daripada ibunya. Dia mengeluh kecil. Kenapa dia yang berada dalam situasi seperti ini?
Tanpa berlengah lagi, Mikael terus merangkul tubuh Maya Adelle yang tidak berdaya. Dia mendukung Maya Adelle seperti seorang puteri. Lagaknya seolah itu perkara biasa dilakukan. Melihat mata Puan Ema yang terbuntang, Mikael hanya membalas dengan senyuman sinis.
"Bukankah ini gentleman yang mak maksudkan?" Perli Mikael dalam nada tanda tanya lalu terus berjalan meninggalkan Puan Ema sendirian.
Puan Ema hanya merengus melihat tindakan anak lelakinya. Bertuah punya anak! Aku ingat dia papah je. Tak sangka dia pergi dukung anak dara orang macam bini dia. Ni macam mana aku nak keluar ni? Tekan apa nak bagi kerusi ni bengkok macam masa aku naik tadi. Bisik hati Puan Ema.
"Mak tarik penekan tepi tu kalau nak keluar!" Laung Mikael yang mula jauh.
Kemudian dia kembali merenung Maya Adelle yang sudah berada dalam dakapannya.
"Miss, tolong paut tangan awak pada leher saya. Awak bukan ringan macam kapas." Arah Mikael bersahaja.
Maya Adelle yang mendengarnya, termalu sendiri. Dia hanya menurut perintah dan kerana malunya masih bersisa, dia terus menyembam mukanya di dada bidang milik Mikael. Kepalanya yang masih terasa sakit membuatkan mulutnya terkunci untuk membalas kata-kata Mikael.
Belum sempat Mikael melangkah masuk ke dalam banglo mewah milik Maya Adelle, dia terdengar deruman enjin kereta yang mula memasuki garaj bersebelahan dengan McLaren yang telah diparking tadi. Tidak lama kemudian terjonggol seorang lelaki yang sangat kemas dan segak penampilannya tetapi agak berumur, berjalan ke arahnya. Mata lelaki itu tidak lekang merenungnya tanpa sedikit senyuman. Hanya tatapan yang tajam membuatkan Mikael sedikit gerun. Dia ada buat silap ke?