Aku seorang anak lelaki kecil, berumur antara 13-14 tahun. Dahulu, aku di pelihara di rumah anak yatim.
Pada suatu hari, aku di ambil sebagai anak angkat oleh seorang doktor perubatan. Aku tidak mengharap di angkat kerana oleh umur yang sebesar ini? Tetapi jika ada yang sanggup mengambil diriku ini, apakah daya.
Aku melangkah masuk ke dalam kereta doktor itu sambil membalas senyuman manis doktor itu yang berusia 30-an.
Dalam perjalanan, aku memberanikan diri untuk menanyakan soalan kepada doktor itu. Tidak sempat mengujakan soalan, beliau terlebih dahulu menanyakan khabarku. Dengan jujurnya aku membalas dengan tenang. "baik sahaja", kataku. "Selama ini, kamu keseorangan atau mempunyai ramai rakan di sana?". Soalan itu membuatkan diriku tersentak dan hampir menangis mendengar soalan itu.
Aku memang tiada rakan, disebabkan kebanyakan budak di rumah anak yatim itu berumur belasan tahun. kesemua mereka lebih besar dariku. Bagaimana aku mahu berbual dengan mereka? Jika dapat pun, mahu berbual tentang apa?
Maka aku membalas dengan, "tidak... Saya tidak rakan". Doktor itu seperti memahami perasaanku pada masa itu. Pandangan doktor itu padaku menerusi cermin pandang belakang itu jelas kelihatan.
Setiba di rumah doktor itu atau juga di kenali sebab doktor ilham, aku di sambut oleh seorang wanita yang cantik paras rupa. Wanita itu bernama Siti Hajar, berumur sekitar 20-an. Sejurus aku melangkah kedalaman rumah doktor itu tadi, aku memahami mengapa doktor itu mengambilku sebagai anak angkat.
Mereka sudah berkahwin selama 10 tahun dan tidak di kurniakan seorang anak. Setelah berusaha mencari penyelesaian dengan pelbagai kaedah, maka doktor ilham dan isterinya mengambil pilihan untuk mendapatkan anak angkat yg berumur belasan tahun. Sebab mengapa mereka mahu mengambil anak belasan tahun itu tidak dapatku pikirkan kerana banyak kebaikan jika mengambil anak berumur 5 tahun kebawah kerana budak di bentuk daripada diriku yg sudah hampir akil baligh ini.
Aku di layan bak raja di dalam rumah itu, kesemua keinginanku di tunaikan ibu dan bapa angkatku. Aku berasa gembira mempunyai ibu bapa angkat yang baik dan ramah.
Tetapi, keseronokan itu tidak kekal lama. Kebenaran yang sangat kejam dan lebih gelap bakal dirungkai.