Selama sebulan aku menetap bersama doktor ilham. Kehidupanku semakin hari semakin baik dari aku dahulunya aku melakukan semuanya sendiri.
Kehidupanku sama seperti kanak-kanak yang lain. Pagi di sekolah, petang di rumah dan malam pula tidur. Sejak berusia 15 tahun, aku mula mengikut ayah angkatku ke makmal miliknya yang tidak jauh dari rumahnya.
Semenjak itu, aku memulakan kajianku sendiri, tidak membuang masa dengan perkara remeh-temeh yang boleh mengganggu usahaku.
Ayah angkatku sangat bangga dengan pencapaian diriku, begitu juga ibu angkatku.
Pada suatu hari, aku mengambil keputusan untuk berehat dari melakukan kajianku. Memandangkan kajianku sudah hampir ke penghujungnya, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar koridor makmal ayah angkatku. Jam menunjukkan pukul 10:00 A.M.. Terlalu awal untuk aku memulakan kerjaku. Aku tiba-tiba tertarik dengan sebuah bilik usang yang sudah lusuh keadaannya. Aku menghampiri pintu bilik itu sambil tertanya, "bagaimana bilik usang yang sudah lusuh ini boleh berada di dalam makmal yang di perbuat dari keluli tahan karat ini?". Banyak hipotesis yang bermain di dalam otakku sehingga aku tidak sedar bahawa pintu itu sudah berkarat dan mudah merekah. Maka sebaik sahaja aku menyentuh pintu itu, ia pecah seribu bagai kaca yang di hempap ke tanah. bilik itu kecil dan hanya mampu untuk memuatkan seorang hanya di dalamnya. di dinding dan lantai banyak habuk yang sudah menebal.
Aku melihat kesan, Darah! Ada kesan-kesan darah yang sudah lama tidak dibersihkan di merata tempat. Terlalu banyak sehingga bau disekelilingku bagai sebuah bangkai rusa yang sudah berkulat.
Aku menutup hidung sambil meraba mencari pintu keluar. Sebaik sahaja aku cuba mencapai pintu keluar, aku melihat susuk tubuh badan manusia menghampiriku.
Ia adalah bapa angkatku. Aku lantas melemparkan soalan bertalu-talu, "apakah semua ini?", "siapa kamu?", "apa yang kamu mahu dari aku sebenarnya?". "Kamu masih daif dalam hal ini? Bukan?", balas ayah angkatku tetapi dengan suara yang berlainan. Suaranya menyerupai orang diraksuki oleh iblis atau syaitan. adalah ayah angkatku diraksu? Tidak dia masih boleh mengawal tubuh badannya. Adakah dia di pukau atau dia sememangnya iblis yang menyamar?