16 Februari 2019 ialah tarikh kepulangan ibu dan ayah dari London atas urusan kerja.kini hidup Armina kembali lengkap setelah kepulangan kedua orang tercinta.
"Assalamualaikum Mina,tolong ambik ibu dan ayah di airport".mesej dari ibu mengejutkan Armina dari pemanduan dia.'Bukankah ibu dan ayah pulang hujung minggu ni'.kata hati Armina yang belum sempat membalas mesej dari ibu kerana sedang memandu kenderaan.Lalu Armina melakukan lencongan ke KLIA untuk mengambil kedua ibu bapa dia.
"Bukan ke ibu dan ayah pulang hujung minggu ke?".tanya Armina dengan bingungnya
"Seharusnya hujung minggu tapi disebabkan kerja ayah selesai awal,jadi kami cadang balik awal lagipun ibu kamu ni katanya rindu sangat dekat kamu itu yang ayah dan ibu balik awal ni". jawab Tan Sri Khalil untuk anaknya itu.
"Baguslah begitu,lagipun Mina rindu sangat dekat ayah dan ibu ni tambahan pulak masakkan ibu lama sungguh Mina tidak rasa masakkan ibu kan".cakap Armina sambil senyum selebarnya kepada Puan Sri Ainon.
"Yelah,nanti ibu masakkan lauk kegemaran Mina yer".jawab Puan Sri Ainon.
"Yeeee".Armina kegembiraan.
"Sudah jom pulang ayah sudah tidak larat ni rasa macam ingin pulang rumah cari bantal dan katil ja"jawab Tan Sri Khalil.