Chereads / perkahwinan paksaan / Chapter 3 - Kekecewaan

Chapter 3 - Kekecewaan

Kini hati Armina menjadi tidak tenang disebabkan cadangan menjodohkan dia dengan Tengku Armisyah.Dia perlu memberitahu tentang Tengku Armisyah kepada Danel iaitu kekasihnya yang bersamanya selama enam tahun sejak dari alam sekolah menengah lagi tetapi hatinya tidak sanggup untuk memberitahu Danel dan dia takut perkara itu akan memberi kesan terhadap peperiksaan akhir tahun yang akan dihadapi oleh Danel yang kini berada di Jepun. 'Mmmm....perlukah aku beritahu dia tentang perkara ini,Ya Allah tolonglah berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian ini'luah hati Armina.'sabarlah Armina ini mungkin dugaan buat kau'pujuk hati Armina bagi meredakan kerisaunnya. Lalu Armina mengeluarkan telefon bimbitnya untuk membuat satu mesej kepada Danel.

Assalamualaikum,awak tengah buat apa?

Lalu Armina meletakkan telefonnya ke atas meja.Armina merasakan tidak keruan sambil menunggu balasan mesejnya dari Danel.Tiba-tiba....

Waalaikummussalam,awak minggu depan saya balik Malaysia sebab exam saya sudah tamat.

Diri Armina terus membeku selepas membaca mesej dari Danel yang amat mengejutkan Armina.Dugaan demi dugaan menimpa Armina.

Baiklah kalau begitu,saya berharap selepas awak balik ke Malaysia boleh kita berjumpa sebab saya ada hal penting nak beritahu awak.

Hal penting apa?ooo...saya tahu mesti awak rindukan saya sebab tu awak beritahu yang awak ada hal penting nak beritahu saya.Okey nanti kita jumpa sayang.

'Apa yang harus aku buat ni?'ujar hati Armina.Fikiran Armina kini menjadi serabut memikirkan cara untuk memberitahu Danel tentang perjodohan dengan Tengku Armisyah.'Mampukah dia untuk terima kenyataan ini?'soal hati Armina. Lalu Armina membuat satu panggilan....

Assalamualaikum beb,kau sibuk dak?

Tak kenapa?

Boleh kita jumpa dak?

Okey,bila?dekat mana?

Nanti aku share location

Okey,see you

See you too,bye

Armina lantas bangun dan mengambil kunci kereta untuk berjumpa rakannya itu.Armina memandu kereta dengan cermat tetapi laju disebabkan tidak mampu untuk menyimpan masalahnya sendiri.Kereta Armina sampai di lokasi yang ingin berjumpa dengan rakannya itu.

"Wei beb!!!"panggil Armina setelah melihat kehadiran rakannya itu. "Ya,kenapa dengan kau ni beb?"tanya Tasha rakan Armina dari sekolah menengahnya lagi. "kau tahu tak ayah aku nak jodohkan aku"jawab Armina.Reaksi muka Tasha berubah dari muka tertanya kepada muka kegembiraaan.

"kau ni kenapa beb,senyum sorang-sorang?",tanya Armina dalam keadaan bingung.

"Saja,kenapa?",tanya Tasha kepada Armina dengan soalan pertanyaan.Secara tidak langsung riak muka Armina berubah dengan marahnya dan memberi jelingan maut kepada sahabatnya itu.'kecil besar kecil besar ja aku lihat minah ni nanti tidak pasal makan cili minah ni'geram hati Armina kepada sahabatnya itu.'senyum-senyum minah ni,aduh geramnya aku lihat minah ni'luah Armina lagi."sudah,jom order makan,aku sudah lapar ni",jawab Tasha yang sudah lapar . "Aku ingat kau tak lapar sebab dari tadi asyik tersengih je?",balas Armina dengan memerli sahabatnya itu.Tiba-tiba telefon Armina berdering.Secara tidak langsung badan Armina menjadi kaku setelah membaca mesej yang dihantar oleh seseorang.