Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Jika Ini Takdirku

Asha_Mikhayla
--
chs / week
--
NOT RATINGS
13.3k
Views
Synopsis
Hayla merupakan anak kepada seorang bekas banduan. Dia sering kali dikeji, dihina dan dicaci oleh rakan-rakan sekelasnya. Takdir menemukan dia dengan seorang lelaki iaitu Qash yang sentiasa melindungi dirinya. Derita yang menimpa ibunya juga membuat dia rasa tertekan sehinggakan dia dianggap gila oleh orang-orang sekeliling. Dapatkah dia keluar daripada segala bebanan masalah kehidupannya?

Table of contents

Latest Update2
: Bab 24 years ago
VIEW MORE

Chapter 1 - : Bab 1

Pada pagi yang hening ini hembusan angin meniup lembut ke arah diriku. Aku pergi ke sekolah seperti biasa pada hari itu. Salam dan cium tangan ibuku lalu bergerak ke sekolah dengan menaiki basikal ku. Belum hendak sahaja sampai ke perkarangan sekolah pasti ada sekumpulan budak lelaki yang suka mengacau di laluan utama untuk ke sekolah. Seperti biasa mereka menahan basikal ku dan meminta wang namun aku sering dipukul dan dibuli tanpa pengetahuan sesiapa. Mujur mereka cuma mengambil duit dan bukannya 'maruah' wanita ku.

Kali ini lengan kiri baju ku terkoyak sedikit akibat rentapan yang kuat daripada ketua mereka Razif. Aku meletakkan basikal ku perlahan-lahan dan segera menuju ke perhimpunan sekolah. Rakan-rakan ku memandang ku pelik dengan tudung yang agak serabai dan baju yang sedikit kotor. Sahabatku Anis menegur ku "Hay, apasal kotor baju kau ni? Jatuh basikal ke? Ni tudung tu dah macam kena taufan aku tengok." Aku hanya tersenyum dan menggelengkan kepala ku. Bagiku biarlah aku sendiri yang uruskan segala hal ku dan aku tak mahu melibatkan sesiapa yang aku sayangi.

Kringggggg! Loceng sekolah yang menanda kan waktu rehat sudah bermula. Anis mengajak ku turun kerana dia teringin untuk memakan nasi lemak Cik Zah yang sangat sedap itu. Baru sahaja aku hendak keluar kelas sekumpulan gadis yang suka membuli orang itu berhenti di depan kelas ku seraya salah seorang dari mereka mulakan pergaduhan "Eh anak banduan ni sekolah lagi rupanya. Sekolah ni tak layak ar terima budak macam kau ni. Jijik dan kotor!" kemudian dia terus meludah ke arah muka ku. Terasa panas makin membara. Belum sempat hendak ku balas namun Anis terlebih dahulu menyerang nya kembali "Kau apahal nak kata dia macam tu? Ingat suci sangat ke kau? Bapak dia yang banduan bukan dia! Aku yang jijik tengok muka hodoh kau tu serupa anjing!" Anis terus menarik tanganku dan kami menuruni tangga dengan agak laju.

"Nis, maaf lah sebab aku kau jugak terlibat" ujarku semasa dalam perjalanan ke kantin. "Takde apalah Hay. Diorang tu mmg patut aku balas tadi geram betul aku. Jangan bagi muka sangat dekat diorang tu. Makin lama makin biadab." Balas Anis. Sesudah kejadian itu kami terus membeli dua pinggan nasi lemak dan air teh ais yang sangat menyelerakan.