Chereads / Jika Ini Takdirku / Chapter 2 - : Bab 2

Chapter 2 - : Bab 2

Aku pulang ke rumah dengan rasa yang hiba. Salah kah aku menjadi seorang anak kepada bekas banduan? Ayah ku difitnah! Dia tidak bersalah dalam kes pembunuhan Dato Azmin 10 tahun lalu. Ayah yang bekerja sebagai pemandu Dato Azmin pula dituduh sebagai pembunuh. Namun aku bersyukur kerana kes ini telah selesai kerana ada seorang peguam yang berhati mulia untuk menyelesaikan kes ini. Rupa-rupanya anak Dato Azmin sendiri yang membunuh ayahnya itu dengan meletakkan racun ke dalam minuman ayahnya sendiri demi membolot seluruh harta kekayaan bapanya! Sungguh kejam!

Sampai sahaja dirumah aku melihat adik ku Harraz tidak ke sekolah Agama Rakyat pada petang ini. Aku menyoalnya kenapa tidak ke sekolah pada hari ini dan dia memberitahu bahawa dia demam dan telah pulang awal pada hari ini selepas guru nya menelefon ayah ku.

Aku terus ke dapur dan memasak makanan tengah hari. Hal ini kerana ibu ku bekerja sebagai seorang kerani di pejabat dan ibu selalu pulang pada lewat petang. Jadi aku lah yang mengambil tugas ibuku untuk membersihkan rumah. Manakala ayahku bekerja sebagai pemandu lori dan kerjanya tidak menentu. Balik lewat malam kadang-kadang. Harraz selalu tinggal seorang diri dirumah apabila dia pulang daripada sekolah paginya. Kemudian dia akan memakan lebihan sarapan pagi tadi sebelum berangkat ke sekolah Agama Rakyat.

Aku memasak lauk dan nasi kemudian terus masuk ke bilik untuk mandi dan solat. Harraz masih terbaring lemah dan tak bermaya. Aku menyuapnya nasi namun dia muntah kembali. Aku agak risau dengan keadaanya itu. Aku memberinya ubat dan dia terus terlena. Lega.