Chereads / Nights at Hostel / Chapter 7 - 7th Danny

Chapter 7 - 7th Danny

"Weyh kau kenal Danny tak?" soal Afie.Disebabkan Miss Layla aka English teacher kelas kami tak datang, masa terluang ini kitorang gunakan untuk membawang jelah..Hairan aku,dah kenapa cikgu2 asyik mc ni? Er, sukatila....

"Danny,siapa tu?Pelajar baru ke?" nama familiar sangat dalam hidup aku..Tapi itu cerita lain. Aku tak layan pertanyaan Afie.Dia tahu,kalau aku tak layan soalan2 dia,maknanya aku tak tau jawapannya.

Aku keluarkan dua air kotak milo dari beg. Satu daripadanya aku bagi Afie. Dia sambut dengan senyuman melebar. Tak cakap terima kasih pon. Tapi aku tak kisah sebenarnya.

"Aku dengar Danny tu handsome gile! Muka ala2 Jungkook BTS.."Sambung Afie selepas dia habiskan air kotak."Really,sama macam Jungkook? Taste kau bukannya boleh percaya," balasku sambil tersenyum mengejek.Afie hanya mencebik.

"Nama dia...Danny Shah," hampir tersembur air milo aku bila terdengar nama tu..Danny Shah? Takkanla..Ah,kebetulan mungkin! Ramai je orang nama Danny Shah dalam dunia nii.

"Danny Shah bin Shazali Harfiz", Muim, yang entah datang dari mana,menyambung.Kali ni,aku betul2 tersentak. Aku tersedak air milo..Sampai tersembur sikit kat meja. Afie yang terkejut dengan reaksi aku terus bertanya "Weyh,kau okay tak?"

"Aku okay," balas ku pendek. Selepas itu,aku bergegas ke tandas..Kepala tiba2 rasa pening..Sejurus itu,aku terimbas zaman kanak2.....

IMBAS KEMBALI.....

"Danny akan akan lindungi Jimy sampai bila2," budak lelaki tu memeluk aku..Mengikat janji untuk melindungi aku dari sebarang mara bahaya..

Aku hanya menangis ketika itu...Membiarkan Danny memeluk tubuh ku yang kecil sedikit berbanding dirinya..

Danny mengukir senyuman penuh makna.