"Seriously?! Aliph dengan Hariz....," itu kata2 pertama yang keluar dari mulut Afie selepas aku ceritakan
peristiwa pagi tadi..Dia pun tak sangka bahawa Aliph seorang yang 'unstraight.' Setahunya, Aliph mempunyai ramai teman wanita di sekolah lain.Hish, hairan bin ajaib ! Playboy tu bisex ke???!
"Yang kau nampak,baru berciuman..Entah2, diorang dah..." aku cubit lengan Afie sebelum dia sempat menghabiskan kata2nya.Mulut, masin betul!
Aku masih lagi menangis. Afie pun sudah hilang idea untuk memujuk aku. Sudahnya, dia pun termenung memandang langit.
Sedang kami berdua melayan perasaan, kami dikejutkan dengan salam daripada seseorang.Serentak kami berdua menoleh.
'Arghhhhhhhhhh!' aku menjerit dalam hati.
"Apa kau buat kat sini?" soalku dingin. Aku menjeling Hariz kekal tersengih. 'Haih,kenapa la awak ni handsome sangat? Melting kita tau.'Tapi aku buang perasaanku itu jauh2..Aku tak mahu tunjukkan yang aku ni mudah kalah dengan pujukan.
Aku baru perasan yang tangan kanannya disorokkan dibelakang badan.
"Aku tanya ni, kau buat apa kat sini??.Menyibuk jer," aku masih mengekalkan kedinginan..Dia duduk di sebelah kanan aku. "Aku cari kau la,"balas Hariz sambil mencium pipiku.Aku tak sempat nak mengelak.Muka aku dah merah padam.
"Pahal cari aku?Dah bosan dengan Aliph?" aku terus menempelaknya kasar. Air muka Hariz terus berubah. "Jimi, dengar dulu..Tu semua salah faham..Aku dengan Aliph sebenarnya.." belum sempat dia menghabiskan kata2nya,aku serta merta bangun untuk beredar. Dia menarik tangan aku. Memaksa aku untuk kembali duduk.Nanti.Aku baru perasan sesuatu. Aku toleh kiri kanan.Hanat!Afie tinggalkan aku berdua dengan mamat ni!!Hish, siaplah kau nanti!.
"Jimi,dengar dulu apa aku nak cakap ni.."sekali lagi aku memintas percakapannya dengan 'menghadiahkan' satu tamparan ke pipi Hariz. Dia terdiam.
Mata aku dah mula berair."One more word from you, and we are done.Okay?Forever!" marahku sebelum beredar dari kawasan tangki tersebut.
MALAM ITU....
DI HOSTEL CHARLIE...
Afie masuk ke dalam dorm.Di tangannya terdapat coklat Kinder Bueno. Dia letakkan coklat tu di atas katil aku.
Aku jeling Afie. Masih geram dengan perlakuannya meninggalkan aku di kawasan tangki itu bersama Hariz. Alasannya, dia sakit perut! Aku malas nak gaduh, jadi aku pun percaya kata2 Afie.
"Sapa bagi?"soalku.Terliur melihat coklat Kinder Bueno tu..Maklumlah, aku ni hantu coklat.Hehe
"Suami kau!"balas Afie sebelum keluar meninggalkan dorm.
Aku pandang coklat tu.Suami aku bagi?Siapa?Hariz ke?Ah,mampuslah. Kalau dah rezeki jangan ditolak.Hehe
Ah,late night snacks is another level of pleasure....