Lokasi: Padang Ragbi UiTM Jasin
Masa: 6.00 petang
"Alright, boys gather up! Dengar eh aku ada nak cakap sikit ni" Hannan mengumpulkan pemain-pemain ragbinya. Ini sesi latihan pertama mereka pada semester ini. Ramai muka-muka baru yang tampak bersemangat untuk mewakili UiTM Jasin ke kejohanan-kejohanan yang akan dihantar. Hannan memerhati wajah mereka satu persatu sambil mulutnya terkumat-kamit tidak tahu apa yang digumamnya.
"Nice ada 27 orang. We have good depth in this squad, much better daripada semester lepas. Aku ucapkan selamat datang kepada player-player baru, nampak muka semua dah macam Dan Carter ni, main mesti lagi power ni kan?" Hannan membentangkan ucapan muqaddimahnya sambil disambut gelak tawa daripada rakan-rakan yang lain.
"Nan nan" Hannan mengalihkan pandangan ke arah suara yang memanggilnya tadi.
"Ye Akim, apa kau nak?" Akim, rakan sebilik Hannan kelihatan seperti ingin meluahkan sesuatu yang serius sambil tanggan kanannya diangkat tinggi.
"Aku hensem sikit Nan, McKenzie hahaha" Akim menyamakan dirinya dengan Damian McKenzie, bintang ragbi pasukan kebangsaan New Zealand.
"Buto hahahahahahaha jogging 2 round padang pun semput!" Makian Hannan itu disambut dengan gelak tawa kesemua pemain yang ada di situ kepada Akim.
PAP! PAP! PAP! PAP! Hannan menepuk tangannya beberapa kali untuk meredakan keadaan dan kembali menarik perhatian semua kepadanya.
"Okay since harini first day training kita, kita tak buat yang heavy lagi kot. Kita akan start dengan basic balik. So yang akan handle training harini macam biasalah....." Hannan tak sempat menghabiskan ayatnya. Matanya melilau ke kanan dan ke kiri, ke belakang kemudian berpusing kembali ke hadapan. Riak wajahnya bingung. Tangan sudah pun dicekak di pinggang.
"Wey what the fuck, mana Zul!?" Hannan bertanya kepada semua yang ada di hadapannya. Lantas dengan itu keadaan jadi riuh seketika kerana masing-masing bertanya kepada satu sama lain tentang ketidakhadiran kapten mereka. Hannan mendekati rakan sebilik Zul. Dicuitnya perlahan punggung Amir. Amir yang terkejut menoleh ke belakang menghadap Hannan.
"Weh Amir, Zul mana?"
"Entah la do, tadi masa aku nak turun dia dah siap tukar baju dah, tapi dia suruh aku gerak dulu. Ada hal sikit katanya" Amir memaklumkan kepada Hannan berkenaan Zul. Memang tadi masa di bilik, Zul yang mengajak Amir turun ke padang, namun selepas siap menukar pakaian, Zul menyuruhnya turun dahulu kerana dia hendak balas message Whatsapp.
"Adehh cenggitu pulak. Hurm takpe ah biar aku handle la training harini." Keluh Hannan. Sebenarnya tiada masalah pun bagi Hannan untuk mengendalikan latihan pasukannya kerana pada beberapa bulan lepas, dia dan Zul telah dihantar oleh Unit Sukan UiTM Jasin bersama beberapa orang lagi pemain senior pasukan ragbi UiTM Jasin ke Kursus Kejurulatihan World Rugby Tahap 1 yang dianjurkan oleh Persatuan Ragbi Negeri Melaka. Jadi sedikit sebanyak Hannan mempunyai ilmu pengetahuan untuk mengendalikan latihan pasukannya walaupun kebiasaannya ia akan dipimpin oleh Zul.
Hannan kembali berjalan ke tengah-tengah bulatan pemainnya. PAP! PAP! PAP! Hannan menepuk tangan beberapa kali meminta perhatian. Kesemua pemain yang masih bingung itu kembali mengarahkan penglihatan kepada Hannan.
"Okay guys, sokay Zul ada hal last minute pulak harini, so untuk training harini aku yang akan handle. Kita akan start dengan warming up kemudian kita buat handling, then we move to other basic skills, we good? Let's go!"
"Ai ai captain!" kesemua pemain membalas pertanyaan Hannan tadi tanda mereka faham. Mereka semua kemudian berlari-lari anak memasuki kawasan tengah padang untuk memulakan sesi latihan.
Lokasi: Bilik 2209 B
Masa: 5.00 petang
Pintu bilik dikuak deras, dua orang lelaki melangkah masuk ke dalam sambil melemparkan beg sandang masing-masing ke atas katil. Kemudian dengan serentak kedua-dua tubuh jejaka itu sudah direbahkan di atas tilam yang keras umpama keranda itu. Itulah tilam yang perlu mereka terima. Walaupun sudah banyak aduan kepada pihak kolej tentang masalah pelajar yang mengalami sakit belakang kerana tidur di atas tilam yang keras ini, namun tiada tindakan diambil. Zul mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar, diamati skrin telefon bimbitnya itu. Jam sudah menunjukkan pukul 5.15 petang. Dia teringat bahawa hari ini merupakan hari pertama sesi latihan dijalankan untuk pasukan ragbinya. Ditolehkan wajahnya ke arah Amir.
"Mir, kau turun tak training harini?"
"Ouh harini eh start? Ha turun la kot, lama tak main ni. Pukul berapa nak gerak?" tanya Amir kembali.
"5.40 gerak lah. Budak-budak ni pun bukannya on-time sangat pun. Kata pukul 6 mau turun pukul 6.30 tu" Amir mendengar kata-kata Zul tersebut sambil mengangguk-angguk kepala tanda setuju. Sudah menjadi adat orang Melayu untuk tidak menepati masa dalam apa jua keadaan dan dia faham benar tentang perkara itu.
"Haa beres kalau camtu aku tidur kejap lah, nanti kau nak gerak kejut tau" kata Amir sebelum menekup mukanya dengan bantal.
Zul membuka aplikasi Twitter di telefon bimbitnya. Terdapat banyak cerita panas terbaru yang berlegar-legar di laman sosial itu. Jarinya lincah meluncuri skrin sambil kadang-kadang butang 'retweet' ditekan pada beberapa tweet yang dirasakan menarik baginya. Untuk seketika matanya tertumpu kepada satu 'quote' yang di tweet oleh pengguna dengan nama akaun "__chix__". Zul rasa tertarik dengan apa yang disampaikan oleh pengguna itu lalu dia menekan butang 'retweet with comment' untuk membalasnya. Kemudian dia menyambung semula membaca tweet-tweet lain.
Tidak lama selepas itu, satu notifikasi masuk. Pengguna akaun __chix__ tadi telah membalas kembali apa yang Zul tweet beberap minit lepas. Selepas beberapa kali membalas tweet antara satu sama lain. Zul terpanggil untuk membuka profil pengguna itu, dilihatnya gambar profil yang tidak kelihatan wajah. Zul rasa seperti terpanggil untuk menekan follow, kemudian dia menekan butang 'direct message'. Zul ingin sekali mengenali lebih lanjut tentang perempuan yang baginya agak misteri.
"Hai" Zul menekan butang hantar. Dadanya sedikit berombak. Jarang sekali dia berminat untuk memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi rasa ingin tahu yang membuak-buak dalam dada telah mendorong dirinya memberanikan diri. Dia menunggu...
Namun setelah hampir lima minit tanpa sebarang respon, Zul pasrah. Mungkin peremuan itu memang tidak mahu membalas mesej yang dia hantar sebentar tadi. Zul bangkit daripada katilnya, ditatap jam pada dinding, sudah pukul 5.40 petang. Dia menggoncang badan Amir.
"Mir bangun mir dah nak pukul 6 ni. Jom ah turun training" kata Zul sambil menampar pipi Amir perlahan
Amir yang sedikit terkejut dengan tamparan Zul itu bingkas berdiri sambil membulatkan matanya tanda bingung. Dilihatnya jam pada dinding sebelum dia bergerak perlahan ke almarinya untuk menukar pakaian. Zul yang sudah siap berseluar pendek serta berjersi ragbi duduk di birai katil. Sambil menunggu Amir siap menukar pakaian, dia mencapai telefon bimbitnya. Terjegil matanya sebentar kaget. Namun dia menekan pada notifikasi tersebut untuk membukanya sebelum dia tersenyum kegembiraan. Mulutnya dicekup untuk beberapa saat kerana tidak mampu menyembunyikan senyuman terujanya itu.
Amir yang rupa-rupanya sudah lama siap menanti Zul di pintu ruang tamu, berasa hairan kerana Zul masih belum muncul. Dia berjalan semula ke arah bilik sebelum dia lihat Zul sudah baring semula di atas katil dengan riak senyuman yang tak putus di bibir.
"Wey cepat ah kata nak turun?" Amir mencekak pinggang di hadapan Zul.
"Errr kau turun dulu ah Mir. Aku ada hal kejap ni. Nanti aku follow belakang jangan risau hehehe" Zul menjawab sambil tersenyum malu-malu.
"Hermm jumpa marka la tu, haa ye lah aku gerak lu" kata Amir sebelum berlalu pergi.
Zul masih tidak percaya dengan apa yang dibacanya. Beberapa kali dia ulang menutup dan membuka kembali skrin telefonnya. Senyuman tak lekang di bibir, hampir mencapai ke telinga. Pengguna akaun __chix__ itu telah membalas mesej awal yang dihantar oleh Zul. Zul membuka mesej yang dihantar pengguna itu.
"Hi too"