Chapter 4 - Bab 3

"Woi hang pi mana? Sembang palatao nak turun bagai habuk pun tarak!"

Amir bercekak pinggang di hadapan Zul. Bajunya basah lencun, peluh menitik laju dari seluruh badannya. Kasut but ragbinya dicampak ke bawah katil, baju dipecat lalu dikibas kibas ke arah Zul.

"Babi takyah la bodoh aaaaaa sialla kau" Zul yang tengah sedap berbaring di atas katilnya ketika itu, mencapai bantal di hujung katil lalu dilindungkan mukanya daripada terkena hujanan peluh Amir.

"Hahaha mane aci orang lain mandi lecak kau tak kena hehehehe kau kan kapten" Amir tersengih puas. Dia kemudian merebahkan badan ke atas lantai bilik mereka berdua, mengharapkan angin daripada kipas siling mengeringkan sedikit peluh pada badan.

"Haa, kau gi mana? Hannan bising kau takde tadi" Amir mencucuh rokok Peter Stuyvesant yang baru dibelinya di Merlimau sebelum bergerak ke kelas pagi tadi. Dia memandang kembali Zul sambil mengangkat kedua-dua kening nya. "Ha? Ko gi mane? Citer aaa babi"

Zul menutup telefonnya, kabel pengecas dicucuk ke telefon lalu diletakkan di bucu katil. Dia bangkit dari posisi baring lalu duduk bersila di atas katilnya, menghadap Amir.

"Hehehe, awek twitter dm tadi" Zul sengih tersipu.

"Ala aku mula nak turun, tapi ye lah, bukan selalu aku dapat awek twitter ni Mir, takkan aku nak lepaskan camtu je"

Amir yang mendengar alasan Zul tadi mendengus. Rokok yang masih tinggal setengah dicampak ke luar tingkap

"Huh dasar lo bocah aku dah agak dah mesti marka punya. Babi babiii je tak turun train sebab perempuan hahahaa sial ek" Amir mengibas lagi sekali bajunya yang basah dengan peluh itu ke arah Zul.

"Pantat kau hahaha gi mandi la babi!" Zul meloncat ke tepi sebelum bantal sekali lagi menjadi perisainya.

"Pus kau bocah hahahaha" Amir menggantung bajunya pada belakang pintu bilik. Tuala yang tersangkut pada dinding dicapai, baldi basahan dikelek keluar menuju bilik air. Namun tak sampai 5 saat, Amir kembali.

"Eh duk ralit sampai lupa lak aih haha. Weh, pa cita dah marka tadi tu? Nama apa? Lawa dak?"

Zul hanya melontarkan senyuman pada rakannya itu. Sebaris giginya kelihatan.

"Aku agak dah kau akan tanya soalan tu Mir hahahahahaha, kau mana pernah tak ambik port benda benda camni"

Amir menjentik dahi Zul, bergegar Zul rasa otaknya sekejap. "Kau ni, aku ni kawan kau, kau pulak dah lama tak pernah bercinta. Kau perlukan nasihat dan bimbingan dari orang berpengalaman macam aku ni"

Zul mengangkat jari tengah, ditepeknya pada dahi Amir. "Ingat aku noob ke babi hahaha"

Zul mencapai telefon di bucu katil. Dibuka kembali profile __chixx__ tadi lalu ditunjukkan kepada Amir.

"Tak nampak muka pun?" Amir mula menggodek profile picture akaun perempuan itu. Kemudian dia mengimbas satu persatu gambar di medianya. Hampa, tiada satu pun gambar dengan wajah perempuan itu kelihatan.

"Haah memang takde gambor, tapi aku yakin dia ni cun mir hang caya la cakap aku" bersemangat Zul meyakinkan rakannya itu. Firasatnya kuat mengatakan __chixx__ ini seorang yang amat jelita, jauh lebih menawan daripada bidadari.

"Hang duk buat teruk apa ni babi ahahahaha jangan duk yakin sangat Zul, aku takut dia ni fake account ja"

Amir menepuk-nepuk bahu Zul. Telefon bimbit dipulangkan kembali. Hajat untuk melihat wajah empunya akaun twitter itu terbantut.

"Tah tah muka dia sama macam makcik Gerai 27 tu kot. Haaa kau jangan main-main Zul" Amir terus meniup hasutan iblisnya ke dalam telinga Zul. Terngiang di fikiran Zul muka makcik Gerai 27 medan selera UiTM Jasin, astaghfirullahalazim, loya!

"Uish seriau aku Mir hahahaa takde lah, aku yakin dia ni cun, caya la cakap aku, kau nak bet?" Zul dengan yakin mencantas segala hasutan Amir tadi lalu mengajak rakannya itu bertaruh tentang pilihan hatinya.

"Okay takdehal hahaha, kalau buruk, kau belanja aku makan sebulan la sial hahaha" Amir menghulur tangan, digarap kemas oleh Zul.

"Hahahaha kita tengok sape belanja sape nanti, aku takut kau je nanti berebut dengan aku nak dia" Zul menjelirkan lidahnya pada Amir.

Zul menolak pinggannya ke tepi, air tembikai laici dicapainya lalu disedut puas. Jam di dinding menunjukkan jam 8.34 malam, alang-alang tiada apa nak dikalutkan malam itu, mereka cadang ingin lepak santai di cafe tersebut. Amir yang juga telah selesai menikmati hidangannya mengeluarkan kotak rokok daripada poket seluar. Dihulur rokok itu kepada Zul, sebelum diselitkan ke bibirnya sebatang. Asap berkepuk keluar daripada rongga tekak masing masing. Memang menjadi rukun makan bagi kedua-dua sahabat ini, setiap kali lepas makan, mesti diakhiri dengan menyedut asap nikmat ke dalam paru-paru. "Barulah lengkap amalam diet seimbang kita" bak kata Amir.

'Ting!'

Bunyi notifikasi daripada telefon Zul kedengaran, Zul mencapai Samsung Galaxy J5 Prime miliknya, ternyata notifikasi tadi datang daripada Twitter.

"Weh fuck hahahaah" Zul secara tanpa sedar telah berdiri, melonjak gembira. Riak mukanya tak tumpah seperti kanak-kanak yang dapat masuk ke Legoland.

"Wo wo wo wey wey wey asal do asal asal asal asal" spontan reaksi balas daripada Amir yang terkejut dengan kelakuan rakannya secara tiba-tiba itu. Tangannya sudah mula mencapai telefon Zul, ingin turut mengetahui apa yang terjadi tetapi ditepis oleh Zul.

"Hahahaha wey babi laa hahaha dah ah Mir jom balik bilik" Zul mengutip semua barangannya di atas meja, dompet diselit ke dalam poket belakang seluar jeans Levi's nya, sekeping not RM100 ditinggalkan di atas meja lalu kakinya melangkah keluar dari cafe tersebut. Amir yang masih tercengang hanya menurut sahaja rakannya ke kereta.

"Weh pahal do, bagitau la siak" Amir bertanya sejurus sahaja mereka berdua memasuki perut kereta.

"Hehehehe awek Twitter tu balas dm aku, dia bagitahu nama dia" Zul menjawab pertanyaan Amir dengan senyuman keterujaan tidak lekang di wajah. Hatinya sudah berdegup kencang, bunga-bungaan di dalam taman hatinya mekar ketika itu. Merah mukanya.

"Hah? Awek muka Gerai 27 tu ke? Apa nama dia? Wey meh aaa nak baca apa nama dia" Amir meninggi suara, dia juga turut teruja mendengar perkembangan rakannya itu. Tangannya masih cuba mencapai telefon bimbit Zul namun seperti biasa, Zul menepis tangan Amir berkali-kali.

"Hehehehe ada laa neleh bagitau nama diaa uwekkk" Zul membuat muka selenga di hadapan Amir. Jelas dia sudah dibuai mimpi yang nyata. Bait cinta sudah menyingkap tirai di dalam dirinya. Dia mula menghidu peluang yang terhidang di depan mata. Bukan selalu dia mengalami perasaan sebegini. Rasa suka dan cinta bergaul sebati.

"Babi..." Amir kembali menyandarkan badannya pada kerusi. Dia memandang rakannya itu dengan pandangan tidak percaya. Amir menggeleng tanpa bicara.

"Angau dah ni.."