Arien menyusun buku buku yang berselerak di atas meja tulisnya. Dia meletakkan bukunya di dalam bakul yang bewarna merah jambu dan menyusunnya dengan teratur sekali. Arien berasa amat penat pada hari itu kerana kelas terakhirnya tamat pada jam 4:50pm dan di susuli pula dengan latihan kawad kaki yang mana adalah wajib bagi setiap pelajar semester 1 peringkat diploma. Setelah selesai mengemas, dia merebahkan tubuhnya ke atas katil. Ayuni dan Syaida (roommates Arien) masih belum pulang dari latihan kawad kaki mereka. Arien berasa begitu bosan bersendirian di bilik itu. Lama kelamaan, tanpa dia sedari yang dia terlelap.
"Arien,, Arien,, bangun sayang!"
Arien cuba membuka mata apabila terdengar suara seseorang memanggil namanya. Dalam sinaran lampu yang terang, Arien cuba membuka matanya.
"ayah.....?"
"ye Arien,, ini ayah.. cepat Arien, cepat.. Kita kena pergi dari sini,"
"tapi mana ibu?"
"cepat Arien cepat,,, kita dah takde masa," ayahnya menarik tangannya dengan kasar. Arien terpinga pinga. Dia terkejut apabila mendapati dirinya kini berada di ruang tamu rumahnya. Dan dia melihat api yang sedang marak dari arah dapur dan tingkat atas rumahnya. Arien menjerit kuat kerana ketakutan.
Tiba tiba,, 'dubb'.. Sekujur jasad milik ibunya jatuh betul betul di hadapan Arien. Ibu Arien menggelupur dan meraung kesakitan oleh kerana api yang marak menjilat tubuh milik ibunya itu. Arien yang ketakutan terus menjerit. Dan jeritannya semakin kuat. Kemudian, dia terdengar pula suara adiknya yang baru berusia 4bulan menangis dari dalam bilik tidur. Arien betul betul ketakutan. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Lalu dia mengumpul seluruh tenaganya dan berteriak sekuat hatinya sambil matanya terpejam ...
"Arien,,, Ariennn,,, kau okey tak ni?" lantas Arien membuka matanya setelah mendengar suara Syaida dan Ayuni memanggik namanya. Arien memandang sekeliling.Arien terpinga pinga.
"aku kat mana ni? mana ayah dengan ibu aku?" tanya Arien dalam keadaan air matanya deras mengalir membasahi pipi.
Syaida dan Ayuni terkedu. 'Ibu, ayah,?'
"kau cakap apa ni,, kau kan kat Universiti sekarang ni.. ibu dengan ayah kau kat rumah la.. hish, kau mengigau ni,, homesick teruk sangat kau ni" kata Ayuni sambil tergelak kecil.
"aku tak mengigau laa, aku nampak dia orang tadi. aku dengar adik aku menangis," marah Arien sambil menangis.
"Arien,, dah,,dah,, kau mimpi jer tadi,, kau tertidur. dah maghrib ni, apa kata kau pergi mandi, lepastu solat.. okey,, tenangkan diri kau," kata Syaida cuba memujuk.
"ahh, kau diam laa," bentak Arien lalu bingkas bangun dan keluar dari bilik itu. Syaida dan Ayuni agak terkejut dengan kelakuan Arien. Sebelum ini tidak pernah pula Arien marah marah seperti itu walaupun sudah acap kali dia mengigau.
"aku rasa macam ada yang tak kena laa dengan si Arien tu.. yela, cuba kau fikir, hampir setiap malam dia menangis sorang sorang,,, pastu selalu mengigau. tak pelik ke? mesti dia ada masalah tu," kata Syaida kepada Ayuni.
Ayuni hanya terdiam, beberapa ketika selepas itu dia hanya menjongketkan bahunya lalu menyambung kembali tugasan yang perlu disiapkannya.
Arien masih menangis. Dia berjalan tanpa arah dan tujuan. Seketika kemudian, kedengaran azan maghrib berkumandang. Arien mengeluh panjang. Lalu dia mengambil keputusan untuk singgah di surau berdekatan untuk menunaikan solat maghrib.
***************
"Arien,, tolong ibu,"
"ibu? ibu kat mana?"
Arien melihat asap tebal keluar dari arah dapur rumahnya. Arien cemas. Dia tidak tahu bagaimana harus bertindak.
"Arien,, lari,,, selamatkan diri kamu,"
Arien terdengar seperti suara ayahnya menjerit. Dia tercari cari dari mana arah datangnya suara itu. Dalam keadaan asap yang tebal itu menghalang penglihatan Arien dengan jelas. Arien ketakutan dan memejamkan matanya sambik kedua tangannya menutup kedua dua belah telinganya.Arien menangis. Air matanya kian deras mengalir. Dan dia dapat merasakan bahang api yang dekat dengan tubuhnya. Namun, Arien tidak berani untuk membuka mata. Dia hanya terus menangis.
"Arien? kau okey tak ni?"
Arien terkejut lantas membuka mata apabila terasa bahunya dipegang oleh seseorang.
"Akif.... Akif tolong aku,, aku takut, ada api," kata Arien yang masih bingung dan ketakutan.
"Api? apa kau merepek ni? gila ke?" kata Akif yang sedikit marah.
"kau buat apa kat jalan belakang kolej lelaki ni? bahaya tahu tak! kau tu perempuan. Sorang sorang pulak tu. Kau mengigau eh,?" sambung Akif lagi.
Arien bagaikan hilang kata kata. Dia memandang sekeliling. Betul kata Akif, dia kini berada di jalan belakang kolej lelaki. Tapi persoalannya, bagaimana dia boleh sampai ke situ? Padahal, seingatnya tadi, dia berada di surau. Arien melihat jam ditangannya. Waktu sudah menunjukkan pukul 11:34 minit malam. Patutlah suasana di situ sunyi sepi. Arien memandang ke arah Akif yang berada di hadapannya.
"kau tolong temankan aku balik kolej aku," kata Arien dengan nada sedih.
Akif hanya mengangguk.
"kau okey tak sebenarnya ni? kenapa kau menangis tadi? kau ada masalah?" tanya Akif bertubi tubi. Arien hanya membisu.
"macam mana kau boleh sampai kat sini? padahal jarak kolej kitaorang dengan kolej kau jauh kut, larat kau jalan kaki?" tanya Akif lagi.
Arien menarik nafas panjang kemudian menghembus perlahan seraya berkata "aku pun tak tahu macam mana aku boleh ada kat situ. Tapi, seingat aku, maghrib tadi, aku solat berjemaah kat surau. Lepas tu aku tak ingat apa apa dah," jelas Arien. Mukanya hanya murung sahaja. Akif hanya diam mendengar penjelasan dari Arien. Setelah itu mereka hanya meneruskan perjalanan tanpa bersuara.