Chereads / Arien Zahira / Chapter 2 - 2- Arien Zahira Pada hari itu, merupakan hari minggu

Chapter 2 - 2- Arien Zahira Pada hari itu, merupakan hari minggu

"Arien,, saya ada kat bawah ni,, turun sekarang," kata Iskandar lalu segera mematikan telefon bimbitnya. Arien sedikit kaget. 'dah kenapa tiba tiba saja Is datang kat kolej aku ni?' getus hati Arien. Tanpa melengahkan masa Arien segera turun ke bawah.

"kenapa tiba tiba awak datang?" sapa Arien sebaik sahaja tiba disisi Iskandar. Iskandar hanya tersenyum manis melihat Arien.

"jom, kita keluar pergi makan. Mesti awak belum breakfast lagikan," kata Iskandar tanpa menjawab pertanyaan Arien. Arien memandang Iskandar.

"mesti Akif ada bagitahu awak apa apakan?" tanya Arien lagi.

"Akif? bagitahu apa? tak ada pun," jawab Iskandar selamba.

"dah,, jom pergi makan.. nanti gastrik pula awak tu," sambung Iskandar lagi. Arien hanya memuncungkan bibirnya. Dan mengikut sahaja Iskandar menaiki kereta Produa Axia milik Iskandar itu.

Perjalanan untuk ke kedai makan itu mengambil masa selama 10minit dari kolej Arien. Setiba mereka di sana, mereka memilih tempat duduk yang paling hujung. Iskandar memesan makanan nasi hidang dan milo ais untuknya dan Arien.

"awak ada masalah?" tanya Iskandar sebaik sahaja pelayan kedai makan itu berlalu dari meja mereka.

"masalah? Akif ada bagitahu awak apa apa ke?" tanya Arien kembali.

"kenapa pula dengan Akif? Dia takde bagitahu apa apa laa. Saya tanya awak, awak ada masalah ke? Saya tengok awak macam takde mood je," kata Iskandar dengan lembut. Arien menghela nafasnya panjang sebelum memulakan bicara. Dia merenung ke dalam mata Iskandar. Iskandar dapat merasakan yang Arien berada dalam masalah. Namun dia cuba untuk tidak memaksa Arien menceritakan tentang masalah itu walaupun dia sebenarnya betul betul ingin tahu apa yang ada dalam hati Arien.

"saya takut!" jawab Arien dengan nada yang sedih.

"apa yang awak takut? cuba awak bagitahu saya,"

"saya selalu mimpi, mimpi yang sama. Saya takut Is,,," Arien mula menangis. Iskandar cuba untuk menenangkan Arien. Iskandar mengeluh perlahan.

"Arien,, awak still makan ubat tak?" tanya Iskandar perlahan. Arien mengangkat mukanya, memandang wajah Is yang berada di hadapannya. Kemudian, dia menggelengkan kepalanya. Sekali lagi Iskandar mengeluh.

"awak tahukan, awak masih belum pulih lagi. Kenapa awak tak makan ubat? saya tak nak awak sakit. Dengan keadaan awak yang Akif ceritakan kat saya semalam, saya risau tahu tak. Saya tak nak sesuatu yang buruk berlaku kat awak," Iskandar cuba menasihati Arien.

"tapi sampai bila? sampai bila saya hidup dengan terus bergantung pada ubat tu? saya tak gila lah! awak ingat saya ni sakit mental ke?" marah Arien tiba tiba. Para pelanggan yang berada di dalam kedai itu memandang ke arah Arien. Iskandar cuba untuk menenangkan Arien. Namun, belum sempat apa apa, Arien pergi meninggalkan kedai tersebut. Iskandar mengeluh perlahan.

***************