Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

BUAH APPLE JIRAN SEBELAH

MrsRaBBit_93
--
chs / week
--
NOT RATINGS
10.2k
Views
Synopsis
Menceritakan kisah seorang remaja yang bernama Camilla Rhea Evandar, yang berumur 17 tahun yang mengikuti ibunya berpindah ke Negeri Chalcedony sebuah negeri yang aman dan makmur serta merupakan sebuah desa perkampungan yang semakin moden, kisah hidupnya bermula apabila ia mengenali seorang lelaki yang agak begitu misteri semasa ia hendak mengambil buah epal di perkarangan rumah jirannya tersebut, Rhea " Maafkan saya tuan rumah, saya tidak bermaksud untuk bersikap tidak sopan seperti ini. saya hanya teringin untuk memakan buah epal yang ada di kebun tuan rumah" Lelaki misteri "kamu seorang wanita yang tidak mempunyai adab, beraninya kamu bertindak seperti ini" Pelbagai misteri yang muncul setiap kali Rhea cuba untuk mendekati jejaka misteri itu, tidak kurang juga dengan cerita yang ia dengar daripada orang kampung berkenaan dengan rumah misteri milik jirannya itu, dalam pada itu Rhea mula menyimpan hati pada jejaka misteri itu. Apakah cinta Rhea terbalas dan Apakah misteri di sebalik semua ini.......
VIEW MORE

Chapter 1 - HARI PERTAMAKU DI CHALCEDONY

Bunyi kicauan burung mengejutkan tidur lenaku, sinaran cahaya sang suria di pagi hari memancar masuk kedalam kamar tidurku membuatkan aku sedikit terganggu, namun deruan ombak dan desiran angin membuat jiwaku tenang kembali. Ya ini hari pertama aku berada di Chalcedony setelah bertahun lamanya aku tidak kembali ke kampung halaman ibuku ini, keadaan di sini terlalu banyak yang berubah pekannya yang dahulu hanya menempatkan beberapa buah kedai kini semakin pesat membangun namun ciri-ciri keaslian dan tradisional chalcedony tetap masih diterapkan dan di kekalkan.

Aku bangkit dari tempat peraduanku, sambil bersiul girang aku melangkah menuju ke jendela di bilik tidurku, tatkala ak menyingkap tirai dan membuka seluas-luasnya pintu jendela bilikku, "hummmmmmm segarnya bau alam" aku menghirup puas udara yang segar, kemudian dengan perlahan-lahan aku membuka mata "aduhhhhhh cantiknya pemandangan laut di Chalcedony, lama sungguh aku tak menikmati udara dan pemandangan yang macam ni". Aku melihat jam di dinding "aduh aku dah lambat untuk pendaftaran sekolah, macam mana ak boleh lupa ni" dengan pantas aku mencapai tuala bergegas ke bilik mandi yang terletak di ruangan bawah rumah tersebut, oh ya untuk pengetahuan semua bilik aku berada di tingkat atas. Kedengaran suara ibuku dan nenek sedang berbual di ruang makan aku sempat mengerling ke arah ruangan dimana ibu dan nenek sedang berbual, ibu hanya tertawa begitu juga nenek mereka tahu aku sudah terlewat untuk hari pendaftaran sekolah.

Setelah selesai menyiapkan diri, aku turun ke bawah dan bersedia untuk menikmati sarapan yang telah ibu sediakn untuk aku. " Rhea, hari ni kan hari pertama Rhea berada di sekolah menengah, jadi ibu ada suprise untuk Rhea" ibu menatapku dengan penuh ceria, sambil tangannya membelai lembut pipiku "ala ibu ni ada-ada saja, tak perlu semua tu Rhea tak suka susahkan ibu" aku mencubit manja pipi ibuku "tak kira kamu satu-satunya anak ibu dan harta yang ibu yang paling berharga tau" ibu membalas dengan nada seakan-akan merajuk, aku terdiam kaku sebentar, ya selepas kematian ayahku 5 tahun lepas, ibu berusaha membesarkan aku dengan selengkap yang mungkin, ibu menatang diriku bagai minyak yang penuh ibu berkelakuan sedemikian kerana ibu bimbang aku merasa kosong dan kurang kasih sayang dari seorang ayah. "Rhea!!!, cepatlah kamu kata kamu dah lambat eish mengelamun pula budak ni" aku tersentak, tersedar dari lamunanku "ya,,, ibu Rhea dan siap dah ni, kejap Rhea nak pakai kasut" aku bergegas ke pintu utama dan ketika itu ibu meminta aku untuk menutup mata "Rhea kena tutup mata, ibu kan ada kejutan buat Rhea" aku tergelak kecil dan menutup mataku dengan kedua belah tanganku.

"Camilla Rhea Evandar, this is a little present from you mom to you sempena genapnya umur kamu 17 tahun, walaupun hari jadi kamu lambat lagi.." aku membuka mata alangkah terkejutnya aku apabila di hadapan perkarangan rumah terdapat sebuah kereta yang sudah lama menjadi idaman hati ini, aku melihat wajah ibu, jelas terpapar kegembiraan di wajahnya aku berlari memeluk ibu "ibu, kenapa susah-susah macam ni ahdiah nie terlalu besar buat Rhea" aku mula menitiskan air mata "Rhea tak perlu nak bermadah bagai ya, kamu cuba lihat jam sekarang ibu rasa kamu dah terlewat sangat ni" ak melihat jam di tanganku, 15 minit lagi jam 8.00 pagi " ibu,,,, Rhea dah lambat, Rhea pergi dulu ya ibu" ku tatap wajah ibu sekali lagi terasa bahagi menyelubungi segenap jiwa dan ragaku, "Rhea hati-hati bawa kereta tu, walaupun kamu dah ada lesen" jeritan suara ibu mengiringi kepergian klu pada pagi itu.

"fuh rasa dii lain macamlah, tak sangka Mini Cooper 5 door ni jadi milik aku, TERIMA KASIH IBU!!!!!" jeritku, walaupun aku tahu bahawa ibu tidak mungkin mendengarkan apa yang baru saja aku ucapkan sebentar tadi. Sesampai aku di perkarangan Sekolah Menengah Labradorite, aku mencari tanda meletakakn kenderaan bagi pelajar di sekitar kawasan sekolah tersebut, "ha itu pun dia, wah tak sangka pula aku diterima masuk di sekolah ni." Sekolah Menengah Labradorite merupakan 3 sekolah terbaik di Chalcedony, senibina moden dan tradisional yang digabungkan menambahkan lagi kemegahan sekolah ini,sekolah ini terletak di hujung negeri Chalcedony, di belakang sekolah ini masih terlihat hutan belantara yang masih terjaga rapi menciptakan suasana yang harmoni dan damai, kemudahan dan persekitaran sekolah ini sangat memuaskan hati, tidak kurang juga dengan tahap pendidikan dan pelbagai matapelajaran serta aktiviti sekolah yang mencabar serta menyeronokkan yang ditawarkan disekolah ini, pendek kata sekolah ini merupakan sekolah yang amat sempurna dan menyeronokkan pada pandanganku.